ADSENSE

Isnin, 27 Jun 2016

Berbuka Puasa di Aman Santai Corner

Cadangnya, nak ikut Encik Suami ambil Farid di airport Lahad Datu.
Tapi perancangan tak menjadi sebab tiba-tiba ada taklimat merangkap mesyuarat di sekolah. Terpaksa batalkan hasrat.... dan sempat pesan dengan Encik Suami : Tolong tempah meja untuk kita berbuka puasa petang nanti di Aman Santai Corner. Ambil Set A. Kalau dah balik lewat ke rumah, rasanya dah tak larat nak masak. Kesian Abang Farid yang baru balik dari Bangi. Baiklah buka puasa di luar.

Warung Aman Santai Corner letaknya di hujung barisan antara warung makanan yang ada di Taman Aman 3. Boleh rujuk sini dalam entri : BERBUKA PUASA DI WARUNG KHADIJAH IKAN BAKARWarung Khadijah Ikan Bakar terletak betul-betul di tepi jalan masuk dari arah Lahad Datu berhadapan dengan SMK Sepagaya, manakala Aman Santai Corner LDU pula terletak paling hujung sebaris dengan Warung Khadijah Ikan Bakar ini.

Harga yang ditawarkan mengikut set pilihan sangat berpatutan. Kami tempah Set A untuk 5 orang dengan harga RM100.00. Yang penting, kita sudah tahu kalau makan di sini mesti tidak mengecewakan selera! Maklumlah...kalau tak bulan puasa pun memang di sinilah tempat kita selalu kunjungi sekeluarga, atau kalau balik sekolah.... dah rasa lapar, rasa penat, terus singgah isi perut terutamanya tom yam dan air kelapa!

Sewaktu kami tiba, 20 minit sebelum waktu berbuka puasa, sebahagian hidangan sudah diletakkan di atas meja kami. Encik Suami bukan main suka hatinya bila melihat 3 jug air di atas meja!

 Paling kita suka.....! Tom yam kelapa!

 Ketam Masak Sambal.... dibubuh sekali kulit cengkerangnyanya, ada telur ketamnya di dalamnya!
Suka...suka...suka! Sebab kita suka cari ketam betina yang ada telur!

 Udang Goreng Butter. Macam tau-tau saja kami suka yang kering!

 Sayur Campur.
Dah ada pilihan lauk lain, dah tak pandang dah....ahaks! 
Encik Suami jew yang ratah!

 Ikan Masak Tiga Rasa... yang ni berebut makan dengan Firdaus!

 Ada lagi.... Ikan Bakar! Ikan putih tu... panas dari panggangan!

 Sup Jagung Isi Ketam semangkuk besar!

 Pencuci mulut... kurma, epal hijau dan tembikai.

Hei Firdaus!
Jom buka puasa!

Selain menu yang sedia terhidang, boleh order menu lain seperti sayap bakar di atas tu!

2 ulasan:

wmm chevy berkata...

Assalam Kak

Saya silent reader, harini terpanggil untuk komen.Terima kasih selalu berkongsi info tentang tempat makan di LD atau yang sekitarnya. Rasa macam nak pergi je tapi tak sampai2 lagi. InshaAllah kalau ada rezeki berkunjung memang nak refer kat sini je lokasi2 tempat makan yang menarik.

Salam lebaran.

Amie berkata...

Wmm,
waalaikumussalam... setakat ini, memang di sinilah warung makan paling sedap di LD!