Kenali Hidangan Hari Raya Masyarakat Bajau Pantai Timur & Bugis di Sabah, Masakan Minang & Indonesia dalam Resepi Amie's Little Kitchen di Majalah SAJI Edisi Ogos 2015
12:23 PTG
Panjangnya tajuk......!
Maklumlah... negara kita ini selain penduduknya berbilang bangsa, pelbagai kaum, agama dan kepercayaan serta pegangan hidup, sudah tentunya masing-masing mengamalkan budaya atau cara hidup yang tersendiri. Unik bukan? Dan semestinya memberi peluang untuk kita saling memahami dan mengenali budaya hidup mereka terutamanya yang beragama Islam melalui hidangan yang tersaji khususnya ketika menjelang hari raya.
Maklumlah... negara kita ini selain penduduknya berbilang bangsa, pelbagai kaum, agama dan kepercayaan serta pegangan hidup, sudah tentunya masing-masing mengamalkan budaya atau cara hidup yang tersendiri. Unik bukan? Dan semestinya memberi peluang untuk kita saling memahami dan mengenali budaya hidup mereka terutamanya yang beragama Islam melalui hidangan yang tersaji khususnya ketika menjelang hari raya.
Terima kasih berjuta-juta buat Encik Joha Ahmad, pengarang Majalah SAJI kerana memberi peluang sekali lagi untuk Amie tampilkan hidangan hari raya dari Negeri di Bawah Bayu.
Dan berjuta-juta terima kasih daun keladi gajah untuk rakan-rakan Amie yang dengan seikhlas hati berkongsi resepi dan menu hari raya mereka khususnya masakan suku kaum Bajau Pantai Timur dan juga masakan kaum Bugis.
Jom kita kenali hidangan hari raya dari daerah Lahad Datu.
Pada mulanya memang agak sukar untuk Amie mencari menu hidangan hari raya masyarakat ini. Setelah beberapa hari merujuk teman-teman berketurunan Bajau dari Lahad Datu dan Semporna, termasuk teman Encik Suami... jawapan yang Amie terima : Tidak ada juadah khusus semasa sambutan hari raya bagi suku kaum ini. Oh! Tentu ada sesuatu isu budaya yang perlu dikupas.... ya! In sha Allah, entri akan datang Amie akan kongsikan lebih lanjut tentang hal ini, kaitannya dengan makanan dan juga agama serta adat dan kepercayaan mereka.
Orang kata, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Alhamdulillah, berkat usaha bertanya ke sana dan ke mari, tanpa rasa jemu dan segan akhirnya Amie dapat kongsikan menu istimewa hidangan hari raya masyarakat ini. Buat Puan Hajjah Al Maidah Al Kanta dan Puan Hajjah Sitti Jaliha Haji
Salman, usah jemu berkongsi dan bercerita tentang juadah hari raya yang
sentiasa menjadi kebanggaan serta identiti masyarakat Bajau Sibutu dan
Bajau Ubian.
Menurut Puan Hajjah Al Maidah, berdasarkan pengalamannya bersama ahli keluarga dan masyarakat Bajau Ubian, antara hidangan utama di pagi hari raya ialah Nasi Kuning atau Buas Kuning. Nasi Kuning dihidangkan bersama lauk-pauk yang lain termasuk ikan, ayam, dan daging rusa, buah-buahan serta beberapa jenis kuih seperti kuih ja dan kuih penyam.
Gambar di atas merupakan antara dua jenis lauk yang dijadikan hidangan untuk dinikmati bersama Nasi Kuning, Ikan Kayu Goreng atau Daeng Landang-Landang Mangkuk-Mangkuk dan juga Rusa Masak Hitam atau Payau Ballahan Ittom.
Yang di bawah ini pula hidangan wajib di hari raya dalam masyarakat Bugis. Tanpanya... ia bagaikan lagu tanpa irama he he heee.....
Terima kasih banyak kawan-kawan terbaik di dunia.... Ramlee, Kamsiah, Misa, Jamasri, Waritie... yang sudi kongsi dan tidak lokek mengajar kami membuat buras. In shaa Allah... entri khas tentang pembuatan buras akan menyusul kemudian.
Biasanya buras dinikmati bersama pelbagai jenis lauk pauk, tetapi biasanya yang tak boleh berpisah dengan buras... sudah tentunya Ayam Masak Lengkuas atau Nasu Likku'. Naaa.... unik dan tersendiri bukan? Benarlah orang kata, makanan itu menunjukkan identiti budaya sesuatu kaum. Jadi, marilah kita cuba kenali sesuatu kaum itu dengan mencicipi hidangannya yang ternyata enak-enak belaka!
Gulai Itik Hijau dan Singgang Ayam merupakan hidangan istimewa hari raya masyarakat Minang. Seronok rasanya mencuba masakan ini... dan terima kasih banyak-banyak buat Misa yang sudi 'mencarikan' itik, juga buat kakak ipar yang cabutkan bulu itik... ki kiiiii...
Yang di bawah ini Kek Lapis Legit!
Kek yang menggunakan 20 biji kuning telur untuk satu adunan. Adusssss!
Kalau kita boleh berbangga dengan pelbagai jenis kek lapis Sarawak, teman-teman dari Indonesia pula tentunya punya perasaan yang sama dengan hidangan Kek Lapis Legit mereka! Alhamdulillah... Kek Lapis Legit menjadi walaupun tangan dah kaku sebab lama tak melapis!
Antara hidangan yang disajikan sempena hari raya di Indonesia termasuklah Semur Daging atau dalam bahasa kita Daging Masak Kicap, dan juga Sambal Hati. Masha Allah... bagi sesiapa yang belum pernah cuba masak Sambal Hati, cubalah... tak mahu guna hati tembu boleh gantikan dengan hati atau mempedal ayam! Sedap oooooo.....!
5 comments
tahniah kak....dah beli tp blm baca lg
BalasPadamassalam kak amie..
BalasPadammaaf lama kak wana tak singgah sini..
salam aidilfitri dan maaf zahir batin dari wana..
Mitra303 | Bola Online | Agen SBOBET | Agen Poker | Agen IBCBET | Agen Judi
BalasPadamAgen Judi
Agen Judi Online
Agen Bola Online
Bola Online Mitra303
Agen SBOBET
Casino Online
Poker Online
Agen IBCBET
Agen Asia77
Agen Bola Tangkas
Prediksi Skor
Prediksi Skor JOINVILLE VS CRUZEIRO 14 Agustus 2015
Prediksi Skor TOTTENHAM HOTSPUR VS STOKE CITY 15 Agustus 2015
Prediksi Skor BAYER LEVERKUSEN VS HOFFENHEIM 15 Agustus 2015
Prediksi Skor BAYERN MUNCHEN VS HAMBURGER SV 15 Agustus 2015
Prediksi Skor STADE DE REIMS VS MARSEILLE 16 Agustus 2015
Prediksi Skor CRYSTAL PALACE FC VS ARSENAL 16 Agustus 2015
Tahniah Amie, terbaik!
BalasPadamSekarang baru rasa nak cari fasal cara masakan orang Sabah sebab akhir-akhir ni ramai pula kawan saya asal Sabah daerah Lahad Datu berbangsa Bajau dan Dusun...
BalasPadam