ADSENSE

Rabu, 12 November 2014

Jeruk Betik & Timun

MIL and Encik Suami kata ini rojak! Banyak dijual di gerai dan biasanya diperbuat daripada campuran betik mengkal dengan timun yang dihiris nipis. Kemudian dijeruk bersama garam, gula dan cuka. Jika suka pedas memang penjual jeruk ini sudah sediakan sambal kicap!

Selalu juga Amie buat di rumah, tapi jangka hayatnya hanya seketika..... dan orang yang paling sukakannya sudah tentulah Encik Suami! Kadang-kadang dia buat sendiri tau.... tapi katanya kalau Amie yang buat lagi sedap! Ahaks!!!

Tak banyak songel kalau nak buat jeruk begini. Yang penting ada timun dan betik mengkal. Itu aje. Amie gunakan 7 biji timun kampung seberat 1.5kg dan 3/4 biji betik mengkal seberat 1kg. Amie tak gunakan cuka, sebaliknya gunakan jus limau kasturi, tambah sedikit garam dan gula. Nak pedas, tambahlah cili padi atau buat sambal kicap!

Bahan-bahan:
1.5 kg timun muda - hiris nipis panjang - gunakan pisau pemotong / sagat
1 kg betik mengkal - hiris nipis panjang
1 sudu makan garam
6 sudu makan gula
12 biji limau kasturi - ambil jusnya
hirisan cili padi atau sambal kicap (jika suka pedas)

Cara:
1. Gaulkan hirisan betik dan timun bersama garam, gula dan jus limau kasturi.
2. Biarkan seketika sehingga bahan menjadi layu dan mengeluarkan air.
3. Boleh dimakan bila-bila masa bersama sambal kicap atau tambahkan hirisan cili padi jika suka pedas.

Amie masukkan sekali kulit limau kasturi, sebab suka aromanya! Kalau tak habis makan, bolehlah simpan dalam peti sejuk.

Rangup je bunyinya... krup kraaaapppp!


Amie makan sikit je, & suka kuahnya tu yang masam manis.... tak risau dan bimbang jadi basi, sebab dah tahu Encik Suami yang akan habiskan, tak kiralah siang atau malam!

11 ulasan:

Cik Sal berkata...

musim jeruk kembali lagi..

Bicara Kak Noor berkata...

tak lembik ke Mie timun buat macam ni, kalau tak boleh try ni mcam jeruk dah skrg ni kan janji ada bahan semua boleh jadi

kasihilmar.com berkata...

Askm Amie. Waaa... nmpk begitu menarik!

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam kecur..kecur lak tgk jeruk tu..hihi

Bbwana adienia berkata...

Wana pun suka mkn Kak..sedap :)

Amie berkata...

Cik Sal,
suka suki menjeruk datang lagi :)

Kak Noor,
cubalah kak, setakat ni tak pulak lembik timun tu, lagilah kalo pakai cuka yang dibuat jualan orang tu.

Zanita,
waalaikumussalam... jeruk gini biasa di tempat kami, jualan gerai

Amie berkata...

Azatie,
salam kecur juga ha hahaha

Bbwana,
agakanya rata2 orang Sabah tahu & makan jeruk ni kan Bbwana :)

Delima Zamrud berkata...

Isk isk isk terliur sungguh d5 tgk nyer xsabo nk cuba :)...

Yana Shaiful berkata...

suami yana pun suka jeruk jgk..yana xmkn sgt..nmpk jeruk akk nii mmg menarik..nnt nk try bg suami rs ^__^

Elaine berkata...

OMG it looks so tempting and my saliva drooling... my favourite snacks... will try, thanks for sharing

زوريده بنت مومين berkata...

aduhai!!! kemecer kak mie...