ADSENSE

Jumaat, 9 Mei 2014

Sup Ayam Idamanku! Sup Ayam Dengan Betik & Daun Kemangi @ Selasih

Dua tiga hari lepas memang asyik membayangkan dapat menghirup Sup Ayam Dengan Betik waktu tengahari! Biar keluar peluh meleleh-leleh.... aduh enaknya! Akhirnya terlaksana juga hajat  hati. Sempat Amie melencong ke pasar mencari sebiji betik mengkal. Sampai rumah, Farid & Fuad belum balik dari solat Jumaat. Sempatlah Amie masak untuk anak-anak.


Sewaktu Amie dalam pantang, memang kakak ipar selalu buatkan Amie Sup Ayam Dengan Betik! Pesan Bonda, eloklah hirup kuahnya untuk tambahkan susu badan. Bukan Amie saja yang hirup sup itu, tapi seisi keluarga! Jadi setiap kali kakak ipar masak sup begini, memang dia gunakan periuk besar! Apa yang sedapnya? Pada Amie, kuahnya rasa sunggu istimewa sebab ada rasa manis-manis buah betik! Ditambah pula dengan lada putih tumbuk... waduh!!!! Dan kali ini Amie tambah dan kemangi supaya aromanya semerbak! Jadinya, bila dah tambah daun kemangi, tak payahlah lagi bubuh daun bawang atau daun sup. Amie tambahkan bawang goreng saja.


Resepi : Sup Ayam Dengan Betik & Daun Kemangi

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - cincang menjadi 10 keping
1/2 kg betik mengkal - kupas dan hiris tebal
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - belah 4
3cm halia - pecahkan
1 -2 sudu teh lada putih - tumbuk
3 tangkai daun kemangi
1.5 liter air
garam / perasa pilihan
bawang goreng

Cara:
1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan daging ayam bersama betik, bawang putih, bawang merah dan halia. 
2. Setelah mendidih, perlahankan api dan tutup periuk. Masak sehingga daging ayam empuk.
3. Buka tutup periuk, dan masukkan lada putih serta daun kemangi.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur dan bolehlah dihidangkan dengan taburan bawang goreng.

2 ulasan:

Mariyatul Qibtiyah berkata...

Salam Kak Amy...
Dah lama ikuti blog akak tapi tak pernah tinggalkan komen. Mesti sedap dan manis sup tu kan kak. Lamanya tak makan betik mcm tu. Last sekali makan masa arwah mak cik masih ada tahun 2010.

Mariyatul Qibtiyah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.