ADSENSE

Ahad, 4 Mei 2014

Mee Hoon Goreng Seafood & Cendawan

Resepi hari ini... Mee Hoon Goreng Seafood.
Maaflah, tak ada rupa mee hoon sebab Amie bubuh banyak aksesori terutamanya cendawan shiitake dan cendawan telinga tikus. Amie tak bubuh sebarang rasa pedas sebab budak kecik Firdaus pun nak makan sama...



Resepi : Mee Hoon Goreng Seafood

Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon (rice stick) - rendam hingga kembang
1 cawan udang bawah siap buang kulit
4 batang sosej ikan - potong bulat
5 biji bebola sotong - hiris nipis
5 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang dan hiris nipis
5 kuntum cendawan telinga tikus - rendam hingga kembang dan hiris kasar
1/2 batang lobak merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
1 labu bawang besar - cincang
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu.
2. Masukkan lobak merah, cendawan shiitake dan cendawan telinga tikus. Tumis hingga empuk.
3. Masukkan udang, sosej ikan dan bebola sotong. Masak lagi hingga udang berubah warna.
4. Masukkan mee hoon dan gaul sebati.
5. Perasakan dengan perencah MAGGI Cukup Rasa.
6. Padamkan api dapur.


Makan Mee Hoon Goreng Seafood & Cendawan dengan secawan kopi panas....

Tiada ulasan: