ADSENSE

Jumaat, 2 Mei 2014

Asparagus Goreng Belacan

Bertemu kembali setelah beberapa hari dapur tak berasap. 
Kami menghabiskan masa selama 3 hari perjalanan untuk membawa pulang bujang kami, Farid yang baru menamatkan pengajiannya di KML. Memang letih yang teramat sangat! Perjalanan bermula pada hari Selasa pagi tepat pukul 7, dan sampai ke Kota Kinabalu pada pukul 2 petang. Menginap semalaman di Condotel Seapark, Tanjung Aru, kami meneruskan perjalanan ke Menumbuk seawal pukul 6 pagi dan tiba pada pukul 8 pagi untuk menaiki feri ke Labuan selama 2 jam lagi. Hari Khamisnya pula, bersusun di jeti berlepas seawal pukul 11 pagi untuk menyeberang dari Labuan ke Menumbuk. Feri dijadualkan berlepas pada pukul 1.30 tengahari tapi terlewat hampir pukul 3 petang! Tiba di Menumbuk pada pukul 5 petang, dan selepas solat di masjid berhampiran kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu selama 2 jam lagi!
Encik Suami mahu terus pulang ke LD, dan kami tidak berhenti rehat selepas pukul 8 malam bergerak lagi selama 7 jam dan hampir puku 3 pagi sampailah ke rumah!


Memang kepala terus berpusing bila  sampai ke sekolah , maklumlah badan pun rasa letih tak tertanggung. Balik sekolah, kami berehat dan tertidur sampai petang. Bila terjaga....oh! Perut terasa sangat lapar! Nak makan di luar terasalah perut dah tak boleh nak terima sebab dah 3 hari tiga malam makan di kedai. Kebetulan malam semalam kami singgah beberapa minit di Pekan Kundasang dan sempat beli beberapa jenis sayur-sayuran termasuk sayur asparagus yang Amie paparkan untuk resepi kali ini.



Resepi : Asaparagus Goreng Belacan

Bahan-bahan:
10 batang asparagus - potong bahagian pucuknya yang lembut sepanjang 3 cm
10 ekor udang harimau saiz sederhana - buang kulit dan belah belakang
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan tumbuk / kisar:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
belacan sebesar ibu jari
7 biji cili kering

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Masukkan udang harimau dan gaul sebari. Biarkan udang sehingga masak.
3. Masukkan asparagus dan tutup kuali selama 1 minit supaya sayur asparagus masak dan warna hijaunya kelihatan cantik.
4. Buka penutup kuali dan taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
5. Gaul sekali dua, dan padamkan api dapur.
6. Asparagus Goreng Belacan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.



Jemput....

2 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

salam kak amie..

perjalanan yang jauh memang memenatkan..tapi apapun sanggup ditempuhi kan demi anak tercinta..^_^

nasa mulia berkata...

fuhhh penatnya kak emie penempuh perjalanan panjang...jalan ok ker kak?