ADSENSE

Khamis, 27 Jun 2013

Sup Ayam Hadnyai

Lamanya tak hirup Sup Ayam Hadnyai yang penuh dengan pelbagai  aroma yang sungguh menggoda selera! Orang sakit pun agaknya terus berselera bila dihidangkan masakan sup dari selatan Thai ini. Apa tidaknya... pelbagai jenis herba seperti serai dan lengkuas serta rempah-rempahan bertemu menjadi satu dalam periuk sup!


Terima kasih buat penyumbang resepi ini, Pyonda. Amie minta izin panjangkan resepi ini di sini pula ye...Sebenarnya Amie pernah mencuba masakan ini DI SINI di bulan puasa tahun lepas sebagai hidangan untuk bersahur.

Resepi : Sup Ayam Hadnyai
Sumber : pyhonda


Bahan-bahan ( 3 orang makan )
  • 1) Sebelah ayam dipotong-potong
  • 2) 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat
  • 3) 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya
  • 4) 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan
  • 5) 2 sudu besar ketumbar , 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat
  • 6) 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • 7) daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri


Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya!


Nak tahu sedap tidaknya Sup Ayam Hadnyai ni kenalah masak sendiri  ye... resepi dah ada di atas tu. Cubalah masakan yang sungguh lazat dari kampung Patani dan Hadnyai ini.

11 ulasan:

whitecappuccino berkata...

menyelerakan dan menyihatkan!

Cikgu Ani Bawok berkata...

Amie.. cabai tu cili api atau cili merah?

EmbunRosaliza berkata...

Sedapnya sup yg beraroma mcm ni, sedap ni mkn panas2 n ada sambal belacan pulak mmg terangkat hehhe

cik cek berkata...

Kalau sup memang akak tak tolak...orang tak sakit ni pun suka la sesgtnya...hirup panas2..slurp..slurp....emmmm...sedapnya..:)

Bbwana adienia berkata...

salam kak amie..

em, bestnya..memang saya pun selera tengok sup ayam tu kak..sedapnya hirup kuah..hihi..

Amie berkata...

Whitwcappuccino,
betul WC.

Cikgu Ani,
cili padi.

Rosa,
meleklat terus di meja makan ye Rosa.

Amie berkata...

Cik Cek,
time panas tulah sedap sangat mengirupnya ye Cik Cek... lagilah aromanya masih segar!

Bbwana,
meh hirup sekali...sekali je tau... slurrppp!

Tina Othman berkata...

Sedapnya kak amie, nak buatlah rang sb bahan mmg ada tu, lapar pulak tgk hehe

tun_telani berkata...

salam kak amie.. sedap! sedap! tun dh byk kali wat sup ayam hadnyai nih..

MulutPayau berkata...

Mmng nampak sedap sangat...nak cuba buat jgk nanti...

faa.rosli berkata...

faa tengah selsema ni..kalo dapat semangkuk sup kak amie ni, Ya Allah mesti lega..huhu