ADSENSE

Isnin, 10 Jun 2013

Resepi Mee Udang Dari Cardiff

Assalamualaikum.
Sebelum masuk beradu malam ini, Amie paparkan resepi Mee Udang yang Amie hidangkan untuk santapan malam kami. Resepi ini  Amie perolehi daripada Puan MARIA HAKEM dari Cardiff. Terima kasih Umie Maria kerana sudi kongsi resepi yang sungguh sedap ini.


Mungkin ada sedikit kelainan dan perbezaan resepi Mee Udang ini jika dibandingkan dengan resepi mee udang yang lain. Amie sempat meninjau beberapa buah resepi mee udang dan Amie dapati kesemuanya menggunakan keledek dan juga kentang. Resepi Mee Udang yang Umie Maria kongsikan ini mungkin seakan-akan Mee Udang Singapore kerana Amie dapati resepi dari pulau di selatan semenanjung ini tidak menggunakan kentang atau keledek untuk memekatkan kuah. Satu lagi, perkara yang sangat menarik ketika menyediakan kuah Mee Udang ini, kulit udang digoreng terlebih dahulu dan kemudian dikisar hingga halus bersama air! Encik Suami dan anak-anak asyik berulang-alik ke dapur kerana terhidu aroma kuah Mee Udang yang sungguh enak!


Resepi : Mee Udang
Sumber : Puan Maria Hakem
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500gm mee kuning 
15 batang sayur kangkung 
3 keping fish cake
15 biji bebola ikan - Amie tambah
100 gm udang

100gm isi ayam
3 biji telur rebus

Celur kesemua bahan di atas dan kemudian potong ikut citarasa.


Sambal
Bahan-bahan:
100 gm cili kering 
belacan - goreng terlebih dahulu
3 ulas bawang putih
100 gm udang kering
garam dan gula secukup rasa

Cara:

Goreng semua bahan sambal tanpa minyak kemudian dikisar halus.

Kuah:
Bahan-bahan:
1 kg kulit udang -  dibasuh dan ditoskan
50 gm ikan bilis - digoreng 
5 ulas bawang putih diketuk-ketuk
3 inci halia 
sedikit gula batu
garam secukup rasa

Cara:
1. Kulit udang digoreng dengan menggunakan setengah cawan minyak. Kisar kulit udang dengan air dan tapis - Amie gunakan 1 liter air.
2. Kisar ikan bilis hingga halus.
3. Masukkan kesemua bahan kuah ke dalam periuk bersama sambal.
4. Masak sehingga pekat. 
5. Hidangkan mee kuning serta bahan sampingan, dan kemudian tuangkan kuah ke atasnya.
6. Sedia untuk dinikmati.



Jom...nak hantar semangkuk untuk Umie Maria!

3 ulasan:

Sury Abil berkata...

sury pun suka makan mee udang ni,tapi blm pernah buat lagi.kalau nk makan ordr kat kedai je hehe..nampak sedapp bahan2 atas mee pun meriahh..lapoo tgok wooo..

LiNa_Pg berkata...

Assalam kak amei...sopannya udang tu dok beratur..
Ni baru baru betul2 mi udang, kena selak udang baru nampak mee..nmpk sangat menggoda mee udang mu ini kak amie

Norzila Zakaria berkata...

mi udang kak amie mengugat zila tau kak..cukup semua ..sedap ni..