ADSENSE

Selasa, 18 Jun 2013

Mencari Resepi Kuih Raya? Jom Selongkar Dapur QASEY HONEY.

Assalamualaikum.
Bertemu kembali dalam Segmen : Meriahnya Dunia Masakan untuk menambahceriakan lagi perkongsian pelbagai menu dan resepi tanahair kita. Memandangkan di sana-sini sudah terpapar banyak resepi kuih-muih sebagai persediaan menyambut lebaran tidak lama lagi.... he he ehhh melebih-lebih sudah nih! Puasa pun belum lagi sudah cerita tentang hari raya pula! Tapi apa salahnya kan... eloklah kita buat perancangan awal agar segala urusan perbelanjaaan  dan sebagainya sentiasa dalam keadaan terkawal, cukup untuk keperluan dan harapnya tidaklah berlaku sebarang pembaziran.
Untuk paparan kali ini Amie dengan penuh hormat dan sukacitanya menampilkan QASEY HONEY yang sememangnya kaya dengan kreativiti dalam menghasilkan pelbagai resepi di dapurnya. Terlebih dahulu Amie ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian dan segala sumbangan resepi yang Qasey Honey kirim dalam kumpulan MERIAHNYA DUNIA MASAKAN.
Sesiapa yang berkunjung ke dapur Qasey Honey sudah tentunya tidak melepaskan peluang untuk menjamu mata dengan paparan pelbagai jenis biskut yang cantik terhidang dan sudah tentuknya enak rasanya!

Biskut Almond Beauty


 Biskut Kacang Mazola

Biskut Cappuccino Slice

Biskut Mama Oren Cadbury

Biskut Daisy

Fruits Clusters

Dark Chocolate Chip Comfort Cookies


Tart Nenas Conflakes

Biskut Nestum Coffee Nut


Biskut Aiskrim Oreo

Biskut Donut

Biskut Coklat Urai

Chocolate Macarons

Apalagi? Sila pilih biskut yang memikat hati. Anda pasti rasa teruja untuk mencubanya di dapur sendiri. Semoga paparan Amie kali ini memberi manfaat untuk rakan-rakan pengunjung yang mula mencari-cari resepi biskut raya!


10 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

memang tabik dgn org yg rajin buat biskut comel2 ni... madiha org paling malas nak buat biskut raya.. hehe..

mama sara nur berkata...


wah terasa nak raya dah ni
cantik2 biskutnya, moden2 belaka
rajinkan Honey ni
akak raya suka makan biskut lama2
yg moden2 ni pandang je he hee sayang nak makan

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

dah start order biskut raya ker???
rajin betui org yg buat ni ngeee

Nooriah Abdullah berkata...

Salam Mie, wah banyak biskut di sini, cantik2 pulak tu kan kalau selongkar dapur QH ni, kak noor pun selalu jugak selongkar tanpa pengetahuan puan dia hahaaa

Bbwana adienia berkata...

salam kak..

memang menarik semua biskut yang ada di dapur Qasey Honey tu sebab sebelum ni pernah selongkar dapur dia..hihi..

qemaishak berkata...

salam kak amie..
terliur tgk gambar biskut raya, mau buat awal hbs awal sblm raya nih hihi

Suzana Ibrahim berkata...

paparan yang amat berguna untuk dikongsikan dengan orang lain.tapi tahun ni rasanya nak tempah saja sebab bulan puasa nanti confirm kena kerja terus sebab nak cuti raya!

Mieza berkata...

Kak Amie sayang...mieza kan memang fail kalau buat sekut raya..mesti tak sedap..jadi suami kata tak usah buat lagi, u mmg tak terer buat sekut..membazir je tak makan pun yg u buat..kita beli jer...

Hahhaa..berterus terang sungguh suami mieza tu kak..langsung tak menjaga perasaan mieza huhuh jadi tahun ni pun main tunjuk je kat kedai

Melly Octaviana berkata...

rajin nya QH buat biskut raya, Melly malas mau buat, nanti sama sama Kak Amie kita minta sebalang sama QH..hehehe

Qasey Honey berkata...

slm syg Kak Amie..
terharu!!! terima kasih kak atas n3 tersebut..secara xlangsung mempromosikan blog QH yg terbiar tu..hehe..

alhamdulillah biskut raya thn lps yg QH cuba tu ramai yg kata sedap..siap nk oder lg..tp stakat ni..masih blom mmpu lg nk amik tempahan..kengkangan keje yg xmnentu skrg ni..kerap outstation..

insyaallah utk thn ni QH dh senaraikan dh beberapa resepi biskut raya utk dcuba...tgu yer kemunculannya...hihi..klau mjadi la :)