ADSENSE

Isnin, 3 Jun 2013

Jom Singgah Di BK CORNER!

Selamat petang buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Paparan Amie kali ini bukan dibawa dari dapur sendiri tetapi dari BK Corner, kilang roti, kek dan pastri milik sepupu Encik Suami di Batu 6, Kampung Cocos, Jalan Segama, Lahad Datu, bersebelahan dengan rumah MIL & FIL.


Kami selalu ulang-alik ke kampung menziarahi keluarga sebelah Encik Suami atau menghadiri undangan kenduri-kendara, tetapi baru petang kelmarin Amie berkesempatan masuk ke kilang roti, milik Puan Rosfeah Hatin ini. Jom, kita lihat gambar yang sempat Amie rakam. Kebetulan sewaktu Amie sampai, proses membakar roti sedang dijalankan. Di bawah ini merupakan beberapa jenis roti yang sedang menunggu giliran untuk dibakar dalam oven.


Dan di bawah ini pula merupakan beberapa jenis roti yang sudah siap dibakar  menunggu untuk dibungkus.


Ada roti kacang hitam pintal, roti sandwich, roti kacang tanah, roti pandan kaya, roti kacang hitam telinga gajah, roti blueberry, roti sosej dan sebagainya.


Harum wangi bau roti yang  baru dikeluarkan dari oven!



Selain roti, Puan Rosfeah juga menerima pelbagai tempahan biskut dan kek termasuk kek blueberry, kek blueberry mixed fruit, kek pandan, kek coklat, kek keju, kek black forest dan sebagainya mengikut tempahan dan kehendak pelanggan.



Kilang ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 7 pagi untuk menguli bahan dan sebelah petangnya pula proses membakar dijalankan. Sebanyak 50 kilogram tepung diadun  setiap hari untuk dijadikan roti. 



Amie sempat rakam roti kacang hitam pintal yang baru dikeluarkan dari oven.



Gambar atas: Roti pandan dan roti kacang hitam.
Gambar bawah : Roti sandwich di atas redai menunggu giliran untuk dipotong.



Syukur Alhamdulillah. Bertambah lagi seorang usahawan bumiputera dalam perusahaan roti ,  kek dan pastri di negara kita. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli hasil keluaran yang sudah terjamin halal dan bersihnya ini terutama di sekitar daerah Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Sandakan, bolehlah berhubung terus dengan Puan Rosfeah Hatin. Tel: 019-5827411


15 ulasan:

QASEEH HATIKU QASEEH berkata...

Wow..bes nya...bangga bla ada org tmptn brjaya bkk bisnes mcm ni...klu dkt d kk mcm mo p kilang mmbeli roti pns2 baru kluar oven..sedap tu kn mkn bun yg pns2..

Mamasya berkata...

Aslmkum Amie
bagus ada roti keluaran bumiputra Islam....jamin halal dan bersih.

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum amie...
wooowwww... bestnye.. terjamin halal dan kebersihan.. :) tanpa was2 gitu..

Wani berkata...

SALAM kak amie .. wah .. bestnya masuk kilang roti... kalau dekat boleh la nak p melawat

Ayu berkata...

Assalam Amie,
seronok bila tengok roti2 yang ada tu..tentu semerbak bau roti bila berada didalam kilang roti tukan..pasti perut pun terasa lapar..heheh ..sepupu hubby amie yang empunya kilang ya..tahniah..jarang betul seornag bumiputra ada kilang buat roti sendiri kan..

Kita baca posting amie, kat bawah tu..wah macam2 yang terjadi bila amie balik kampung hari tu kan...Amie ni rendang aje orangnya ya..tengok bila berdiri dengan Ucu dan remaja2 yang menang dalam peraduan menulis tu...:)
Tahniah buat Faridzuan kerana menag mini ipad tu ...
Dan good luck untuk cabaran mychef tu ya..:)

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

MaDiHaA suka sangat tengok pengusaha roti yang berjaya mcm ni.. mungkin tak boleh lawan kilang roti yg besar2 tp rasa cukup bangga bila pengusaha melayu berjaya buka kilang/kedai roti sendiri mcm ni.. mak pernah sarankan MaDiHaA berhenti kerja & buka kedai roti & kek kat kg (felda) dulu... tp MaDiHaA pula yg belum cukup yakin dengan kemampuan diri... tp bila lihat kejayaan org lain rasa seronok sgt..

Ain Fajar berkata...

seronoknya tengok..sehari 50kg tepung..satu kejayaan yang sgt membanggakan..berangan nak jadi mcm nie..

MulutPayau berkata...

tumpang bngga dgn kejayaan beliau.....

Temuk berkata...

Assalam, Amie
Ayah memang teruja melihat kedai-kedai apa lagi kilang macam BK Corner tu. Roti panas memang menyelerakan. Amie bolehlah buka cawangannya di Ijok, Ayah jadi General Managernya, hihi. Ceria selalu.

Norzila Zakaria berkata...

kak amie zila nak yg pintal kacang tu..sedapnye..suka tgk melayu berjaya..

Amie berkata...

Qaseeh,
memang sedap makan bun panas!

Mamasya,
waalaikumussalam.... betul tu Mamasya, dan memang perlu disokong.

Jasnani,
waalaikumussalam.... bismillah terus Nani he hehehh.

Amie berkata...

Wani,
memang seronok... boleh tahu dan kenal lebih lanjut cara & pemprosesannya.

Ayu,
waalaikumussalam... syukurlah ada pembekal roti dalam kalangan bumiputra yang memang sudah terjamin halal dan bersihnya.
Amie memang rendang sikit dari ucu hihihiiii... 5 kaki je, terima kasih ucapa tahniah untuk my son tu, hmmmm tak tahulah nak masuk ke tidak cabaran mychef tu Ayu...tapi produk yang dicari selama 3 hari dah berlonggok depan mata!

Amie berkata...

Madiha,
memang rasa teruja kan Madiha... dulu sebelum ada mesin pemotong roti sandwich, katanya Puan Rosfeah, dia potong sendiri roti sandwich secara manual menggunakan pisau...

Ain,
satu hari 50kg memang banyak rotinya kan Ain.

MP,
alhamdulillah... moga terus berjaya pada masa akan datang.

Amie berkata...

Ayah Temuk,
waalaikumussalam... ooohh strategik sungguh tempat yang Ayah pilih itu! Nanti penuh harum semerbak dengan bau roti sampai ke Kuala Selangor he he ehh.

Norzila,
yang pintal tu ye... memang sedap inti kacang hitam tu. Sama-samalah sokong & doakan kejayaan bumiputra....

tun_telani berkata...

seronoknya ada kilang roti sendiri..