Ikan & Hati Pari Masak Asam Pedas
1:10 PTGAssalamualikum.
Selamat tengahari buat semua rakan pengunjung. Amie baru berkesempatan untuk mengemaskini dapur kecil kami. Hidangan di atas merupakan hidangan makan malam kami. Amie sediakan Ikan & Hati Pari Masak Asam Pedas. Lauk asam pedas memang lauk kegemaran ramai, kalau dihidang selalu pun memang tidak akan menjemukan.
Kali ini Amie tambah dengan hati pari. Oleh kerana hati pari mudah hancur, Amie masukkan semasa ikan pari dalam keadaan setengah masak. Jadi, hasilnya kedua-duanya akan masak serentak.
Resepi : Ikan & Hati Pari Masak Asam Pedas
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
500gram ikan pari & 300 gram hati pari - bersihkan dan potong ikut suka
3 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan - belah 2
12 biji kacang bendi
garam dan gula secukup rasa
3 keping asam gelugur
2 cawan air
minyak
Bahan kisar:
15 biji cili kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1.5cm belacan
1cm halia
1cm kunyit hidup
1 sudu teh lada putih
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak. Jika terlalu kering tambah, sedikit air.
2. Tambah 2 cawan air, dan masukkan asam gelugur, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan kuah mendidih.
3. Masukkan ikan pari dan biarkan sehingga separuh masak. Kemudian masukkan hati pari dan biarkan sehingga ikan dan hati pari masak.
4. Masukkan kacang bendi, dan perasakan dengan garam serta gula.
5. Apabila kacang bendi telah bertubah warna, tutup api dapur.
6. Angkat dan hidangkan.
Walaupun Amie sudah tambah kacang bendi dalam asam pedas, tapi rasa sayang pula melihat lebihan sayur-sayuran yang hampir layu dalam peti sejuk. Amie tambah hidangan dengan tumisan sayur campur bersama udang.
Sedap rasanya meratah sayur campur begini, terutama lobak merah kegemaran Amie!
14 comments
Alamak datang je dapur Amie terus terasa lapar, sedapnya..sedapnya.., favourite ummi juga ni
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamjalan2 tadi nampak blog amie's masak hati pari..
1st time nampak hati pari ni.. nampak cam best.. so far hati ikan yang penah nani makan cuma hati ikan yu.. nyum nyum.. sedap... tapi hati pari ni banyak jual ke? tak penah tengok lagi..
cedappnyerr asam pedas..hehe
BalasPadamnens x pernah makan hati ikan, hati ayam slalu..hehe..
kak amie,mujurlah kak amie suka ngn hadiah tu..lega hati..hehe;)
salam Amie..lama Cm tak masuk dapur Amie ni..
BalasPadamAsam pedas memang kesukaan Cm ni.Tak jemu.Jika ada balance dapat panaskan keesokan harinya lagi sedap.terutama kuahnya...
Salam sejahtera Amie,
BalasPadamSedapnya...hati pari? mama tak tau dan tak pernah tgk.
Thghari ni kami pun makan asam pedas ikan terubuk. Org panggil asam pedas sardin kerana di masak lama. 12 jam dgn api slow hingga tulangnya macam sardin. ini masakn org bugis.Dah 3x cuba.
Ummiross,
BalasPadamjemput makan sama Ummi.
Jassnani,
tak banyak dijual sebenarnya, sesekali ada... ni cuba masak sebab ada kawan bagi resepi buat 'sagol' hidangan tradisi masyarakat Bajau, masak ikan pari dengan hatinya, tapi kakak hilang resepi... jadinya cuba masak asam pedas ajelah.
Nens,
siapa tak suka terima hadiah Nens... hadiah apa pun memang semua orang suka hati menerimanya he he he hh...
ini pun kali pertama dapat hati pari yang agak banyak...
Cik Manggis,
BalasPadamho hohoo.. kalau ada balance kuah asam pedas dipanaskan semula esok harinya memang tambah sedap CM... meresap segala ramuannya!
Mama Ju,
masak 12 jam? Wow! Tentu ada kelainannya tu Mama Ju... hati pari lebih mahal harganya berbanding harga ikannya di tempat kami...
Assalam amie,. hati pari huhu dah lama sangat teringin nak mkn, tapi kat sini tak jumpa pulak org jual, mungkin tak ada kut.. sedapnya asam pedas tu.
BalasPadamAmie, kita baru pas mkn ubi kayu rebus, ni gara2 tgk ubi pikul amie la ni heheh
Rosa,
BalasPadamooo iye ke...tentu sendawa kenyang makan ubi rebus tu he he hehhh... dulu Amie tak pandai makan hati pari, tapi bila kawan bagi cuba rasa macam sedap, tapi memang susah juga nak dapat hati pari...Amie pun terkejut hati pari dijual dengan harga lebih mahak dari ikan pari.
Assallamualaikum Amie..
BalasPadamTak pernahlah pula makan hati pari tapi kalau ikan pari tu mmg selalu mkn dan mmg tau, teramatlah sodap dibuat asam pedas...
Salam kak amie!! aduhhhhhh! sedapnya ikan pari! pari mmg sedap buat asam pedas pastu bako2 eeeee..lamaaaaa sgt tak makan pari tauuuu huhu... kat sini takde ikan pari sob sob
BalasPadamNaz,
BalasPadamwaalaikumussalam... banyak2 resepi ikan pari, asam pedas tetap jadi pojaan!
Ika,
ayok makan sama Ika... siannya...rupanya ikan pari tak berenang sampai Siam ye he he he hehh
wah.nampak sedap.nanti ima p sabah boleh la minta sikit masakan kakak ni.hehe
BalasPadamsatu pinggan nasi memang tak cukup, nampak sedapnya!
BalasPadam