Hurrrmmmm......
Sejak berehat seketika dari masuk dapur maya, rasa semacam pulak bila berada di sini. Tengok folder, macam-macam gambar sedang beratur minta dipaparkan, tapi tak tahu bagaimana untuk memulakan bicara.... ahaks!
Masih cerita balik kampung.
Tak ke mana-mana, hanya pusing-pusing kampung, Puncak Alam, Kuala Selangor dan Sungai Buluh. Dan, lebih banyak masa menemani Bonda berbual-bual di rumah, selain berulang-alik ke Hospital Sungai Buluh melawat kakak yang sedang menjalani rawatan di sana.
Memandangkan kami sewa kereta dari KLIA selama 7 hari, sayanglah pulak kalau kereta ikut duduk memerap di kampung bersama tuannya. Baiklah bawa jalan-jalan, sekurang-kurang pergi mendobi pakaian di Puncak Alam. Adeeehhhh! Selangorku nan makmur! Kenapalah tak ada air? Nak masak pun terfikir-fikir banyak kali, nak cuci pinggan pun terpaksa berjimat habis sewaktu gunakan air! Bujang-bujang kami kuat minum air kosong, jadi terpaksalah membeli banyak air mineral botol saiz besar.
Ada kalanya menemani bujang-bujang kami menjamu selera ikut selera mereka di Puncak Alam.
Kemudian membeli barang dapur untuk Bonda juga di Puncak Alam, dan beberapa kali berbelanja di Kuala Selangor. Kenapa jauh sangat? Taklah jauh mana.... saja jew nak cuci mata melihat daerah nan tercinta!
Firdaus boleh habiskan sekeping pizza ini tau!
Sukanya budak kecik tu makan pizza.
Tak tahulah apa istimewanya di sini, tapi Farid dengan Fuad memang suka sangat masuk tempat ni. Mommy dengan Baba temankan sajalah.
Sebelum sampai Malaya, berangan akan makan durian setiap hari, dan mencuba pelbagai jenis. Sayangnya, hanya 3 ulas sahaja masuk perut sepanjang 7 hari berada di kampung! Kenapa? Entahlah. Tiba-tiba hilang selera nak menjamah durian.
Singgah di mana-mana pasar, mesti tak lupa borong pelbagai jenis buah.
Encik Suami rajin beli buah-buah di pasar malam seperti buah pisang kaki. Lemon pun dibelinya juga. Katanya, harga di Malaya jauh lebih murah dibandingkan harga di LD. Betul tu.... kalau boleh Amie pun nak borong bawang merah dan bawang putih bawa terbang balik....hiks!
Bonda minta Amie masak sup daging korban.
Amie hidangkan untuk Bonda, sup daging dengan ditambah mee hoon.
Dan tak lupa juga, pesan Bonda supaya Amie masak kicap @ semur. Amie masakkan untuk Bonda semur kambing atau kambing masak kicap. Kambing ini kambing korban juga.
Anak-anak buah pula teruja bila Amie kata : Jom bakar-bakar!
Masing-masing sibuk membantu menyediakan tempat memanggang!
Panggang ikan jenahak.
Ayam.
Udang.
Sotong.
Dan sempat pula buat sate daging!
Sementara yang lain sibuk memanggang, bubur kacang dengan durian yang Amie olah pun dah siap seperiuk besar!
Adeeehhh... inilah hasil panggangan anak-anak buah!
Suka hati kamulah labu!
Bukan orang lain yang nak makan.
Masuk mulut kamu juga.....ahaks!
Fairuz tukang buat kicap lada! Hahahaaa.... hentam sajalah.
Kicap lada habis, jadi makan sotong bakar dengan sambal kacang pula!
Benda-benda tak dirancang, biasanya lebih menyeronokkan kejadiannya.... sedaplah pulak makan sotong bakar dengan sambal kacang!
Bila anak-anak buah tidak ada, rasa sunyilah pula rumah Bonda. Senang saja cara nak memeriahkan suasana. Amie masak kuah laksa, kemudian hantar gambar masakan dalam group whatsaap keluarga. Maka berduyun-duyunlah mereka datang walau pun mee laksa belum lembut dicelur!
Jalan-jalan ke Kuala Selangor, bawa pulang ikang tong san yang dibeli di pasaraya TESCO.
Walaupun tak ada setitik air di sinki dapur, singgang ikan tong san tetap terhidang sebagai lauk makan tengahari kami!
Dari kampung kami untuk tiba di Hospital Sungai Buluh mengambil masa lebih kurang 30-45 minit bergantung keadaan traffic. Jauhnya lebih kurang 27 km. Kalau kami ke hospital pada waktu lawatan tengahari, kami sempat sampai ke rumah sebelum waktu asar. Jadi, ada masa untuk jalan-jalan.
Selain pasar malam, kami singgah di Pantai Remis. Kononnya nak makan kerang bakar, tapi kami datang terlalu awal. Gerai pun belum dibuka. Jadi singgahlah di gerai lain di tepi pantai.
Macam-macam makanan goreng-gorengan yang dijual.
Banyak juga petai di pasar malam, dan harganya pun sangatlah murah! Amie sempat beli beberapa ikat. Bawa balik? Ya... bawa balik ke LD!
Tak lepaskan peluang beli kacang kuda!
Dah lama tak makan!
Sedap!
Waktu sekolah rendah dahulu, beli dikantin dengan harga 10 sen sebungkus!
Sekarang harganya RM2 untuk secawan kecil!
Lama tak makan sate Malaya!
Belilah bercucuk-cucuk sebab harganya pun sangatlah memikat jiwa, hanya 70 sen secucuk.
Malam terakhir, sebelum kami berangkat ketika fajar belum menyingsing, Farid belanja kami makan di J-Bross, Puncak Alam. Ikutkan sajalah selera anak muda...hiks!
Bonda sudah sediakan dua buah kotak berisi pelbagai jenis makanan sebagai oleh-oleh kami bawa pulang. Tak terkira entah berapa jenis. Ada keropok. Kerepek. Kekacang dan entah apa lagi.
Dua hari tiba di LD, Amie keluarkan ikan sepat kering yang dibawa dari Malaya!
Aduhai.... Berpuluh tahun lamanya tidak menikmati ikan sepat kering jenis nipis begini!
Kononnya nak temankan dengan kerabu pucuk paku, tapi tak sabar nak makan, goreng sajalah ikan sepat kering ini untuk dimakan bersama nasi dan sambal belacan!
Wokey.... cerita-cerita merapu sudah selesai!