ADSENSE

Khamis, 12 April 2018

Pahalgam - Hotel Pine Spring - Menunggang Kuda di Kaki Gunung

Alhamdulillah, talian internet sudah pulih! 
Sebelum ini memang sakit hati sangat, nak upload sekeping dua gambar pun memakan masa yang lama.
Wokeh, sambung catatan perjalanan dari Srinagar ke Pahalgam.
Bas kami tiba di perkarangan Hotel Pine Spring ketika malam menjelma. Ketika menjejakkan kaki di situ, barulah terasa kedinginan yang amat sangat. 



Inilah aktiviti kami ketika berada di Pahalgam, menunggang kuda memasuki perkampungan, merentas sungai dan lembah dan meredah kaki gunung.

 Malam itu kami tidak sanggup berada lebih lama di luar hotel.

 Kami berehat seketika di ruang legar, dan kemudian masuk ke bilik. 

 Inilah bilik kami.

Sepanjang malam, pemanas suhu membantu menghangat tubuh. Jangan lupa pakai long john juga ye.


 Paling takut mencecahkan kaki di lantai bilik air!
Sejuk!

Malam itu kami menjamu selera dengan hidangan tempatan. Roti memang tak pernah tak jumpa, dengan segala aksesorinya. Makan sajalah mana yang boleh masuk perut! Paling sedap pada malam itu sudah tentulah sup panas! Sup jagung bercampur sayur-sayuran.

 Agak ramai juga pelanggan hotel pada malam itu. Semua tempat duduk kelihatan penuh.

Mr. Tariq, Mr Candra dan seorang lagi Mr.... orang kuat dalam rombongan kami.
Oh! Ya... nak kongsi info. Di hotel ini turut disediakan perkhidmatan wifi, tapi bukan percuma ye! Anda akan dikenakan caj sebanyak IND5000 sekiranya menggunakan perkhidmatan wifi di sini. 5000 bukan 500 rupee! Pihak kaunter memang akan berikan kata laluan, tapi tidak beritahu akan dikenakan bayaran. Bila check out hotel, barulah akan nampak bayaran tersebut tertulis di dalam resit. Begitu juga dengan pelbagai minuman atau makanan lain selain yang dihidangkan, semuanya akan dikira (mereka akan meminta nombor bilik sewaktu menghantar pesanan) ke meja kita.
Jom tidur!
Esok paginya kami terjaga lebih awal, maklumlah masih terikut-ikut waktu Malaysia. Ketika Amie buka pintu jendela hotel, terpandanglah puncak gunung yang memutih nun di sana!

Tak boleh berlama-lama merenung gunung di jendela terbuka, sebab angin sejuk menerpa masuk ke dalam bilik!

Kami dijadualkan bersarapan pada pukul 9 pagi, dan akan meneruskan aktiviti menunggang kuda pada pukul 9.30 pagi.

Sementara menunggu rakan-rakan yang lain keluar dari bilik untuk ke dewan makan, ambil kesempatan tangkap gambar di persekitaran hotel.

 Inilah pemandangan Hotel Pine Spring di waktu pagi.

 Di belakang sana kelihatan pokok-pokok tanpa daun menjadi latar pemandangan.



 Kita panaskan badan dululah Kam!


 Jom, sarapan pagi.

 Mencuba tosei @ dosa dengan chutney kelapa dan kentang masala.


 Senyum ceria nampaknya Kamsiah.
Moga hari ini mendapat kegembiraan sepanjang berada di Pahalgam!

 Jom minum teh masala!

 Besarnya kerusi maharaja nih!


 Dah alas perut, kami keluar semula ke perkarangan hotel.

 Tangkap lagi gambar di sekitar.

Kelihatan Sungai Lidder di hadapan hotel kami.
Banyak aktiviti boleh dilakukan mengikut pakej yang tertera di papan kenyataan di pintu masuk hotel. Sudah tentu seronok kalau musim buah, sebab boleh masuk ladang epal!

Pemandangan di luar hotel. Hampir kesemua lelaki di sini memakai pakaian berlengan panjang. Mungkin untuk menahan suhu sejuk!

 Sempat bergambar kenangan bersama ahli rombongan.

Tiba-tiba terdengar suara-suara memanggil dari tepi pagar! Ingatkan ada orang sedang menjemur pakaian. Rupanya mereka peniaga di situ

Gigihnya mereka berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Pemandangan seperti ini sungguh istimewa, kerana inilah kali pertama Amie pernah lihat!


 Sudah-sudahlah tangkap gambar tu yunk! Kuda dah memanggil kita tu!

Maka acara menunggang kuda pun bermula!
Bayaran yang dikenakan kepada yang ingin berkuda ialah sebanyak 1000 rupee. 










Amie tak berapa kekok naik kuda sebab ini merupakan kali kedua pengalaman naik kuda selepas pertama kali berkuda di Gunung Bromo.

 Dari kejauhan terlihat tompokan sisa-sisa salji.

Banyak Amie tangkap gambar, tapi sayang semuanya tidak berkualiti! Kabur huhuhuuuuu! Amie..... sudah tiba masanya Amie kena belajar teknik mengambil gambar! Tidak boleh hanya berharap kepada butang automatik sahaja!


Gambar kenangan!
Pertama kali memijak salji, terpijak salji tebal! Rupanya salji itu sifatnya halus lembut seperti ais batu campur! Terperosok kaki masuk ke dalam salji, dan kerana terkejut terus terjatuh.



Di sini pun kami dikejar penjual shawl!
Sebenarnya shawl yang dijual di sini lebih cantik dan lebih murah!

Ini bukna peniaga yang mengeori kami, tapi penjaga kuda kami.




Sempat memakai pakaian Gujerat di balik pokok pine! Sudahlah bulat, pakaian berlapis-lapis, bertambahlah bulatnya badan ketika itu!

Jom Kam, main sorok-sorok di balik pokok kita!

Gaya apa entah... tak tahulah ha ha haaa!





Kami perlu segera meninggalkan tempat ini kerana tiba-tiba titis-titis dingin menimpa wajah! Hujan!






Ketika ini hujan mula turun, dan tidak disangka ia semakin lebat sepanjang perjalanan kami pulang ke hotel. Pada mulanya hanya sejuk-sejuk biasa, lama-kelamaan terasa kebas pula muka dan bibir serta hidung! Bila terlihat wwarna putih halus menimpa tubuh kuda Amie yang berbulu gelap, barulah tersedar itulah titisan salji!

Sampai di sini Amie terpaksa simpan kamera di dalam beg, dan tidak dapat menangkap gambar lagi. Kami basah kuyup ketika sampai di hotel.

Setelah membersihkan diri kami terus ke dewan makan untuk makan tengahari. Di sini barulah dapat merakam gambar kenangan bersama rakan-rakan rombongan.



Ni tak tahulah nak komen apa... gembirakah? Penatkah? Laparkah? Atau apakah? Ha ha haaaa...




Haaa... ini mesti pisang dia bawa dari houseboat tu kaaannn!
Memang bijak!

Gambar curi semuanya ni!


Jomlah... kita makan. Bismillah.





Kalau boleh, semua jenis makanan nak dirasa. Tapi janganlah tamak, nanti tak habis membazir pulak!

Alhamdulillah.

Biarlah gambar yang berbicara!

Terima kasih kepada penjaga kuda ini. Walaupun tidak ingat namanya tapi Amie ingat budi baiknya. Moga bertambah rezekinya, diberi kesihatan buat keluarganya. Perkara yang sangat mengharukan Amie ialah,ketika hujan semakin lebat, penjaga kuda En. Zain yang memimpin kuda di hadapan Amie membuka pakaian sejuknya yang diberikan kepada En. Zain buat penutup bayi kecil yang dikendongnya. Dia sendiri sanggup basah kuyup sepanjang perjalanan!
Sekiranya anda ingin memberikan tips kepada mereka, berilah seikhlas hati dan niatkan saja sebagai sedekah. Mereka sanggup mengambilkan gambar dan video sepanjang perjalanan meredah kaki gunung! Melihat perkampungan dan cara hidup mereka, sebenarnya mereka bukanlah dalam kalangan penduduk yang hidup senang.

Entri berkaitan perjalanan ke India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) :
Melancong ke India : Persediaan Awal
Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - New Delhi
India : Kami Datang! Bermalam di Glitz Westend Inn
Taj Mahal - Sehari Bersama Salman Khan di Agra
Makan Tengahari di Priya Restaurant Agra
New Delhi - Srinagar - Dal Lake
Dal Lake Houseboats
Menjamu Selera di Houseboat Dal Lake
Shopping Saree dan Kacang Walnut
Pahalgam - Hotel Pine Spring - Menunggang Kuda di Kaki Gunung
Gulmarg - Gondola Ride - Sledge - Snowbike - Skiing
Mengintai ke Luar Jendela Pahalgam - Srinagar - Gulmarg

Jejak Kenangan Yang Tertinggal di New Delhi - Agra - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg

6 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

Hai kak amie, seronok baca pengalaman akak kali ni. terasa mcm diri saya sendiri yg alami.. tengok betapa kusyuk nya nani baca kan.. hihihi.. terbaikk lah kak.. jangan lupa apdet lagi.. nani tunggu next episod.

Amie berkata...

Nani,
terima kasih...sayang sekali banyak sangat gambar pemandangan kampung seperti pengembala biri-biri, rumah-rumah dan sebagainya tak jelas sebab saya tangkap semasa naik kuda.

FHA Selemak Santan berkata...

Salam Amie,
Seronok tengok percutian Amie dan rakan-rakan semua. Pemandangan yang cantik dan menarik.
Foto pula nampak klasik sangat. Saya suka. Cantikkk...

Amie berkata...

FHA,
terima kasih banyak,
rasa ingin mengulanginya semula, jelajah seluruh Kashmir.

AiN HuNNy berkata...

Hai kak ami..seronok baca ..sbb kalau sendri mmg xreti menulis mcm ni

Amie berkata...

Ain,
terima kasih sudi masuk dapur kakak...sembang kat dapur jew hihihiiii.