ADSENSE

Rabu, 6 September 2017

Margaret River Chocolate Company, House of Honey & Noughts & Nuts

Selesai makan tengahari di Caversham Wildlfe Park, kami bertolak menuju Margaret River Chocolate Company di 317 Murray St, Perth WA 6000, Australia. 

Macam-macam jenis dan bentuk coklat di kilang ini. Ada tiga bekas besar berisi coklat disediakan sebagai sample, tapi tak dapat nak kongsi gambar sebab gambar tak jelas. Satu lagi, tak dapat kongsi gambar memproses coklat yang Amie tangkap melalui dinding kaca...juga tak jelas!


Melihat coklat yang pelbagai jenis dan bentuk ini, mata pun jadi rambang sampai tak tahu nak pilih mana satu! Harganya pun boleh tahan!







 Cantikkan? Sesuai untuk dijadikan hadiah atau buah tangan untuk yang tersayang!



 Jangan lepaskan peluang beli oleh-oleh dari sini ye!
Jangan dah sampai tanah air, teringat-ingat pulak sebab tak beli!



 Akhirnya....
Inilah yang kami beli!
Aiskrim!
 Punyalah besar saiz aiskrim!
Yang di depan tu aiskrim Amie, yang di belakang tu aiskrim Izah dan Iah.

Ada tiga saiz aiskrim boleh dibeli dengan harga AUD3, AUD 5 dan AUD6. Amie beli pada harga AUD6. Bahagian atasnya kacang macadamia dan bahagian bawahnya mangga! 

 Waduh! Jenuh nak habiskan aiskrim nih!

Perjalanan diteruskan

Ini gambar pemandangan pokok anggur di ladang. Hanya tunggul-tunggul anggur sahaja yang kelihatan kerana ketika ini baru sahaja berakhir musim dingin, dan peralihan ke musim bunga. Buah anggur akan dipetik menjelang bulan Januari. Pastikan jika anda peminat alam semula jadi, datanglah ke sini pada masa yang sesuai.


Sempat mendekati tunggul anggur, dan ada juga yang sudah mengeluarkan dahan kecil, dengan beberapa helai daun dan putik anggur!

 Sempat juga mengambil gambar pemandangan pohon-pohon limau yang tumbuh berbaris.

 Dah buah-buahnya yang gugur bertaburan ke bumi!

 Dan sekarang, kami sudah sampai ke House of Honey!

 Sebelum melangkah ke pintu masuk, hirup dulu udara segar di sini!
Arrggghhh! Nyamanya!



 Welcome....



Pada mulanya Amie sangka kami akan dibawa ke tempat penternakan lebah....hiks!

 Rupanya masuk ke sini... 



 Antara produk berasaskan madu.

 Boleh rasa madu di sini! Ada pelbagai perasa....sedap!



 Seterusnya kami dibawa ke Mondo Nougat pula.
Jom masuk ke dalam...apa yang ada di sini?



Kepada yang berminat bolehlah beli. Dulu Amie suka makan, selalu beli di airport tapi bila sudah ada depan mata, tak berminat pula.

 Harganya pun memang cantik!


 Amie menyelinap keluar sementara menunggu mereka yang lain membeli nougat di sini.

 Saja jew ambil gambar buah lemon!

 Geram tengok pokok-pokok limau di sini.


Ini sahajalah sambungan kisah pada hari ketiga kami di Perth. Sebelah paginya kami ke Caversham Wildlife Park, manakala sebelah petangnya pula mengunjungi chocolate factory, house of honey dan mondo nuogat.


Tiada ulasan: