ADSENSE

Ahad, 24 September 2017

Ayam Penyet Sambal Ulek

Selamat berhujung minggu buat semua. 
Hari ini Amie kongsikan menu Ayam Penyet Sambal Ulek. Resipi ini pernah tersiar dalam majalah SAJI. Terima kasih buat rakan Amie, Cikgu Warite kerana sudi kongsikan resipi yang sungguh istimewa ini. Beberapa tahun lepas Amie pernah paparkan resipi ayam penyet sambal ulek di dapur maya  ini, dan sudah semestinya Amie sering mengulang masak sebab rasanya sungguh istimewa! Kenapa Amie katakan sungguh istimewa? Bayangkan ayam direbus terlebih dahulu bersama air kelapa dan rempah-rempah, dan kemudian tempe serta tauhu pula direbus menggunakan bahan yang sama! Tempe yang dihasilkan lain dari rasa tempe yang kita makan dalam hidangan nasi ayam penyet biasa! Ditambah pula dengan rasa sambal ulek yang sungguh enak!



Bahan-bahan:
3 keping daging ayam bahagian peha
10 keping hirisan tempe
4 keping tauhu basah – belah 2
1 liter air kelapa
1 sudu besar gula Melaka parut
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu kecil jintan putih kasar
1 sudu kecil jintan manis kasar
1 suduu besar ketumbar biji
1 batang serai – ambil isinya yang putih dan hiris-hiris
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2cm kunyit hidup

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan kisar dan daging ayam  kecuali tauhu dan tempe ke dalam periuk.
2. Didihkan dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat daging ayam dan toskan. Ketepikan.
4. Kemudian masukkan tempe dan tauhu ke dalam periuk rebusan ayam tadi.
5. Masak tempe   dan tauhu menggunakan api sederhana  sehingga air rebusan menjadi kering. Angkat dan toskan.
6. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan. Kemudian tekan atau penyetkan ayam goreng tadi dengan menggunakan belakang parang sehingga tulang ayam patah.
7. Dengan menggunakan kuali dan minyak yang sama, goreng tauhu dan tempe sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.



SAMBAL ULEK

Bahan-bahan
20 biji cili padi
3 cm belacan
7 biji bawang merah – hiris kasar
2 biji tomato – belah 8
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
1.            Goreng hingga layu kesemua bahan di atas kecuali garam dan gula. Angkat dan
toskan minyaknya.
2.            Tumbuk semua bahan di dalam lesung, tetapi jangan sampai hancur.
3.            Perasakan dengan garam dan gula.

Hidangkan Ayam Penyet bersama Sambal Ulek, nasi, tempe  dan tauhu goreng serta ulam.


 

Tiada ulasan: