ADSENSE

Isnin, 27 Februari 2017

Nasi Lemak Aneka Pilihan

Fuad menghabiskan cuti selama seminggu, tetapi faham-faham sajalah bila bercuti ketika seisi rumah sibuk dengan urusan masing-masing. Tinggallah si bujang seorang diri. Pandai-pandailah cari apa yang patut untuk isi perut. Bagaimana pun sempat juga Amie sediakan masakan kegemarannya, nasi lemak! Itu pun selepas balik dari aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu lepas. Sebelah malamnya, pukul 9 malam Fuad bertolak ke Kota Kinabalu dengan menaiki bas ekpress dari LD. Keesokan paginya, sambung perjalanan laut untuk sampai ke Labuan.

 Nasi Lemak dengan kami...berpisah tiada!

 Nasi Lemak biasa-biasa sahaja, cuma lauknya ikut apa yang ada. 

Nasi Lemak Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai, tambah ayam goreng aroma daun kari. Masakan Nasi Lemak yang biasa-biasa inilah yang tak dapat dilupakan anak-anak! Kepada peminat Nasi Lemak, bolehlah klik di sini : NASI LEMAK ANEKA PILIHAN. Banyak resepi Nasi Lemak yang telah Amie kongsikan.

Anak-anak pun suka makan nasi lemak. Tapi pastikan sambal yang disediakan tidaklah terlalu pedas. Di sini Amie kongsikan cara masak sambal tak berapa pedas. Klik saja di sini : TIPS NAK BUAT SAMBAL TAK BERAPA PEDAS.

Ini Nasi Lemak Seri Malaysia. Penduduk di negara kita, tak kira bangsa dan keturunan semuanya boleh menikmati hidangan ini dengan penuh selera. Klik di sini: NASI LEMAK SERI MALAYSIA.

 Untuk adik-adik yang ingin belajar masak nasi lemak, boleh klik di sini untutuk tutorial penuh: ENAKNYA RESEPI TRADISI : NASI LEMAK OH! NASI LEMAK.





Ini Nasi Lemak Kukus. Sebanranya kebanyakan nasi lemak yang Amie buat, memang Amie suka cara kukus. Klik di sini: NASI LEMAK KUKUS.




Klik di sini: NASI LEMAK SINGAPURA untuk melihat kelainan penyediaan sambalnya yang sangat sedap!


Selebihnya, mari kita jamu mata dengan gambar-gambar di bawah ini. Kalau rajin, carilah sendiri resepinya di dapur Amie...hiks!












2 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

Assalam kak amie,
nasi Lemak walau hanya sesimple sambal ikan bilis+telur+timun pun sudah cukup sedap.Apatah lai kalau digandingkan dgn pelbagai lauk macam ni kan..memang kenyang dr pg sampai ke ptg

Phong Hong berkata...

Waduh, Amie!!! PH dok scroll naik turun naik turun menjamu mata dengan aneka nasi lemak yang Amie sediakan. Sedap2 dan cantik2 belaka. Nanti lah one day PH pun nak cuba masak nasi lemak.