ADSENSE

Jumaat, 9 Disember 2016

Pulut Pandan & Ayam Masak Kari

Bila membayangkan nasi pulut cicah dengan kuah kari, alangkah enaknya! Jadi, apa tunggu lagi, jom masak beras pulut!


Bahan-bahan:
4 cawan beras pulut 
2 cawan santan pekat 
1/2 cawan jus daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Cara memasak:
1. Rendam beras pulut selama 2 jam - lebih elok rendam semalaman
2. Kukus beras pulut di dalam periuk pengukus hingga separuh masak.
3. Campurkan jus pandan bersama 2 cawan santan pekat dan tambahkan garam.
4. keluarkan pulut dari periuk pengukus ke dalam sebuah bekas dan gaul rata dengan santan.
5. Masukkan semula pulut tadi ke dalam periuk pengukus dan kukus sehingga masak.

Sedap ni kalau makan dengan Ayam Masak Kari! Tu pasal masak lebih tengahari tadi, sebab nak makan dengan pulut! Resepi Ayam Masak Kari di sini:  AYAM MASAK KARI

Jemput!

1 ulasan:

inahar ali berkata...

Waduhh! Pulut my feveret..apa bentuk pulut pun mmg suker banget! pas makan jenuh kembung pewut pulak..hihii!