ADSENSE

Isnin, 26 Disember 2016

Bercuti ke Surabaya : Penanjakan - Bromo - Malang (10) : Petik Buah Epal di Kebun Apel!

Apel atau epal? 
Kita sebut epal.
Indonesia eja apel!
Dua-dua betul sebab membawa makna yang sama!
Hei... tak sabar nak serbu masuk ladang epal!
Jooommm....!

Untuk entri kali ini, Amie dah tak boleh nak cerita banyak!
Kami hanya dititip pesan begini: Boleh petik buah apel dan makanlah sepuas-puasnya!
Kalau mau beli apel, petik sendiri, masukkan dalam karung,  perlu ditimbang dengan harga 20,000 rupiah untuk 1 kilogram!

 Akhirnya impian untuk melihat sendiri ladang epal telah terlaksana!









Wokey!
Korang semua dah tangkap gambar kan, sekarang giliran gue pulak untuk beraksi!


 Bila buah epal yang bergantungan di tangkai berada di depan mata, rasa kekok pulak nak beraksi!






 Ha ha haaa... kejakunan!
Nak buat cemana?
Memang betul!

 Dah tak reti nak buat gaya, ambillah gambar lain pulak!

 Hai Bapak!
Boleh saya ambil gambar?
Terima kasih!

 Boleh Bapak pegang buah epal ini?
Ya..bisa saja!
Terima kasih Bapak.

 Selama ini hanya melihat gambar orang dalam internet!
Sekarang lepaskan geram ambil gambar gunakan kamera sendiri!




 Siapalah pulak empunya mulut yang begini besar!
Makan epal atas tangkai!

 Atau saja jew nak beraksi untuk tangkap gambar!

 Rasanya mulut monyet atau tupai taklah sebesar ini gigitannya!

 Cikin kata dah makan 4 biji epal!
Adeeehhh! Kalau aku makan epal, tak sempatlah nak tangkap gambar...hhuhuuuu!

 Layanlah buah-buah epal hasil tembakanku!


 Sebenarnya tak tahu pun mana epal muda, mana satu epal tua!
Ada yang kata bila petik sebiji rasanya getir!
Ada yang kata masam!
Ada yang kata manis!
Amie tak tahu sebab tak sempat makan!










Uwaaaa!
Akibat sibuk tangkap gambar, terlupa pulak nak petik epal!
Kawan-kawan dah berkilo-kilo petik!
Nampak besar-besar pulak tu dalam karung masing-masing!

Syukurlah Bapak ini sudi membantu.
Katanya beliau boleh tolong petik epal yang manis!
Benarkah Pak epal itu manis? Masih hijau kok Pak!
Ya... yang hijau inilah yang manis!

Alhamdulillah!
Dapatlah 3 kilogram epal!
Bila Amie bawa pulang, memang betullah epal hijau ini manis!
Jadi, pastikan anda petik epal yang manis!
Yang merah tu Amie tak tahu rasanya sebab pernah tonton tv tentang ladang epal di sini, epal hijau  lebih sedap dan manis!

 Seronoknya Cikin dan ibunya petik epal!
Petik Cikin, jangan tak petik!
Bukan selalu kita dapat ke sini!

 Ha ha haa.. entah apa diorang buat di situ!
Nampak karung-karung epal masing-masing!




Sebelum meninggalkan kebun epal ini, ambil dulu gambar sepuas-puasnya walaupun tak sempat makan epal sepuas-puasnya!



 Terima kasih Allah!
Terima kasih kerana memberi kami rezeki untuk berkunjung ke sini.

 Walaupun sudah berada di pintu pagar untuk keluar tapi tiba-tiba masuk kebun semula!
Rasa berat hati nak tinggalkan kebun epal! Tangkap gambar lagi dengan entah hape-hape aksinya...hihihiii!



 Sebelum pulang, kami beli oleh-oleh di sini.


 Pertama kali makan keripik epal!
Masha Allah... sedap sungguh!
Tak silap harganya 10,000 rupiah sebungkus.
Tengok tu Nano... sambil membayar harga kerepek, sambil makan kerepek epal!

 Sedapkan Ramle!

Selain kerepek epal, ada kerepek nangka juga.
Dua-duanya sangat sedap!
Habis semuanya kami borong sehingga tuan gerai terpaksa ambil lagi bungkusan lain!
Amie habiskan 200,000 rupiah beli kedua-dua kerepek ini! Oppsss! 140,000 rupiah sebenarnya. 60,000 rupiah lagi bayaran untuk harga epal seberat 3 kilogram.




Terima kasih Ibu... 
Kerna memberi kami mencicipi kerepek epal dan kerepek nangka yang sangat sedap itu!

Sekian.
Cerita dari kebun epal di Malang.

Entri berkaitan :

3 ulasan:

Puan Hazel berkata...

Bestnya K. Amie...
Besaq gebu bolat epal2 tu ye...
Ada rejeki kepingin mau ke sana jugak :)

Norhayati Mohd Isa berkata...

Bestnya Amie..
Kalau akak pun sama jakun..
Iye lah pertama kali keladang epal..
Mahu tak jakun dan beribu-ribu gambar mahu beraksi..
Ada musimnya ke Amie..
Takut bila pergi tak musim pulak :)

Amie berkata...

Puan Hazel,
datanglah ke sana.. tak terkira seronoknya!

Kak Norhayati,
Rasa macam mimpi pun ada... dah ada depan mata macam terkial-kial pulak nak amik gambar!
Katanya epal di sana berbuah sepanjang tahun tapi paling lebat Disember, Januari dan Februari, manakala April, Mei dan Jun tetap ada, Julai, Ogos. September dan Oktober ada juga buahnya tapi kurang. Kami pun bergantung pada rezeki juga, takut2 sampai sana buah tak ada langsung atau hanya beberapa biji atas pokok!