ADSENSE

Rabu, 28 Disember 2016

Bercuti ke Surabaya (12) : Makan Tengahari di Resto Bu Atik

Pak Bachtiar sering bertanya Amie bila tiba waktu makan, mau makan apa?
Amie jawab begini: Cari tempat makan yang enak-enak Pak! (Jawapan untuk mewakili selera rakan yang lain...ahaks!)
Sahut Pak Bachtiar : Siap!
Ya... nak pilih makanan apa? Selera masing-masing tak sama. Kalau Amie, senang saja jawab: Cari saja makanan yang sedap! Sebab Amie memang suka ambil kesempatan untuk merasa makanan yang berlainan dari tempat kita. Inilah peluang keemasan untuk cari pengalaman baru!
Pak Bachtiar memberhentikan basnya di hadapan sebuah restoran. Walaupun tempat letak keretanya sangat sempit, tetapi ruang di dalam restoran sangat luas dengan dekorasinya yang menarik! Bila Amie intai di TripAdvisor, restoran ini berada di tempat ke 19 daripada sejumlah 47 buah tempat makan popular di Malang. 




Istimewanya di hujung sana... ada musolla! Jadi selepas kami pesan makanan, sementara menunggu makanan tiba, kami solat dulu di situ! Inilah yang kami suka sangat kalau berada di negara jiran ini, nak solat memang sangat mudah sebab musolla dan masjid ada di mana-mana.


 Restoran Bu Atik ini terletak di Jalan Imam Bonjol No. 29, Sisir, Kec. Batu, Kota Batu, Malang, Jawa Timur.




 Antara makanan yang dipesan.

 Rata-rata pesan ayam goreng penyet dan ayam goreng kremes.


 Amie pesan tempe dan tahu goreng.

 Waduh buk!
Tiba-tiba terkenang tempe goreng di puncak penanjakan...huhuhuuuk!
Di mana lagi nak cari tempe goreng selazat itu?

Walaupun dah makan Rawon Dengkul di Pondok Tempoe Doeloe di Surabaya, tapi Amie nak merasa sup rawon di Malang pula. Wooo..berminyka-minyak kuahnya! Ni sebab dimasak lama, keluar segala lelemaknya! Kawan-kawan tanya, sedap sangat ke sup rawon tu sampai nak makan lagi? Sedap atau tidak itu subjektif sifatnya he he heee... yang penting dapat pengalaman makan menu yang sama di tempat berbeza. Lagi pun selama ini asyik tengok di tv saja tentang sup rawon ini!
Dari segi harga memang jauh berbeza! Di Pondok Tempoe Doeloe semangkuk berharga 50,000 rupiah tapi di sini hanya 25,000 rupiah. Separuh harga bukan? Bagaimana pun isinya juga berbeza. Di sini sup rawon bahagian daging, di sana sup rawon bahagian dengkul (lutut) yang kenyal rasanya! Dan di sana siap dengan tungku api sekali. Okeylah tu kan!

Sama juga, bersama sup rawon ada taugeh tak berekor serta sambal, cuma ada tambahan tempe sedangkan di Pondok Tempoe Doeloe tidak disertakan tempe sebaliknya diiring sekali dengan 2 keping keropok! Biasalah tu beb! Lain tempat lain cara hidangannya! Apa pun, dapat juga merasa sup hitam bercampur buah keluak itu!

Ini sayur asem!
Rasanya manis, ada rasa asam dan sedikit pedas. Kalau tak biasa makan memang rasa pelik sikit. Tapi yang pelik inilah yang Amie cari sebenarnya! Bertambah lagi kamus 'rasa' dalam dapur Amie nanti! Campuran sayur termasuk sayur beludru. Teringat masa kecil-kecil dulu Bonda selalu masak buah beludru! 

 Bismillah... jom makan!

 Ada pesanan makanan yang belum sampai. Tapi Amie makan dululah... lapar!

Dah kenyang makan, kami pun teruslan perjalanan.

Entri berkaitan :

1 ulasan:

Phong Hong berkata...

Amie, nampak sedap2 belaka! Oh, best ada tempeh :)