ADSENSE

Rabu, 7 Disember 2016

Ayam Goreng Daun Pandan

Sedapnya kalau dapat sebungkus dua ayam goreng dalam daun pandan! Jadi, kalau nak makan tu janganlah kedekut gerakkan tulang empat kerat! Cepat cari daun pandan!

Bahan-bahan:
600 gram isi ayam - potong dadu 2cm
garam, gula / perasa pilihan
daun pandan secukupnya
lidi penyemat secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan kisar / tumbuk
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
7 biji cili padi minyak
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 batang serai - ambil isinya dan hiris

 Cara membuat:
1. Gaul isi ayam dengan semua bahan kisar. Biarkan selama 15 minit.
2. Ambil sehelai daun pandan dan buat bentuk kon, isikan ayam perapan tadi. Caranya sama seperti membuat ketupat palas.Sematkan lidi supaya lebih kemas dan ayam tidak terkeluar semasa digoeng.
3. Goreng di dalam minyak yang banyak sehingga masak..
4. Angkat dan toskan.

Walaaa.. bukan setakat dapat dua bungkus, tapi berpuluh bungkus!

3 ulasan:

Phong Hong berkata...

Sedap ni. PH usually makan ni kat restoran Thai. Kalau nak buat sendiri, malas sebab kena bungkus ayam dengan daun pandan...

inahar ali berkata...

Wah sodap nih! feveret saya ni cuma tak pernah try masak sendiri lagi..hihi!

Amie berkata...

PH,
betul tu buat sendiri rasa malas, lagilah sorang2 kat dapur. Kalau ada yang tolong okey gak.

Inahar,
memang sedap....tak puas makan ha ha haaa...