ADSENSE

Rabu, 7 Disember 2016

Apam Balik a.k.a Terang Bulan

Kalau di tempat kita memang tidak asing lagi dengan sebutan apam balik. Di sini pula, pelik nama tu! Yang ada terang bulan! Apam balik dan terang bulan bimakna wahid! Maksudnya sama, cuma panggilannya saja berbeza. Dan satu lagi, di tempat kita apam balik bubuh jagung krim tapi di sini tidak. Apa-apalah... bubuh sekaya pun boleh! Ahaks!
Ni risau punya pasal tengok Fairus dengan Fuad asyik mengintai nasi kuning sambal ikan tuna untuk Firdaus! Cepat-cepat Amie cari tepung, godek-godek nak buat apa... cari bahan-bahan lain, timbil ides nak buat apam balik @ terang bulan. Itu pun berkali-kali Fuad dan Fairus ke dapur menjenguk, bertanya sudah siapkah belum? Sudah boleh dimakankah?

Akhirnya siaplah 11 biji apam balik! Sukatan gunakan cawan saja. Kalau nak warna cantik, tambahlah pewarna tapi Amie tak bubuh. Jom tengok resepinya di bawah ini:

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur gred A
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil instant yeast
1/2 sudu kecil garam
marjerin 

Bahan B - inti:
1 cawan kacang tanah tumbuk / kisar kasar
1 cawan jagung krim
1/2 cawan gula pasir

Cara penyediaannya:
1. Satukan semua Bahan A kecuali marjerin ke dalam mangkuk. Adun sebati.
2. Letak kuali di atas dapur dengan api sederhana.
3.Sapukan kuali dengan sedikit marjerin dan kemudian tuangkan satu senduk adunan dan pusingkan kuali supaya adunan merata.
4. Apabila kelihatan lubang-lubang di atas adunan , taburkan kacang tanah secara merata diikuti dengan gula pasir dan seterusnya jagung krim.
5. Biarkan seketika sehingga masak sempurna.
6. Setelah masak, lipat apam balik dan keluarkan dari kuali.
7. Sapukan sedikit marjerin di atasnya,

Okey bah kan!
Apam balik @ terang bulan homemade!


Jemput minum petang!

8 ulasan:

Mas berkata...

favorite ni kak ... suka ltk jagung & kacang byk2 ..
sambil minum teh 0 .... nikmatnya :)

Amie berkata...

Memang itulah tujuannya buat sendiri hihihiii...

Faizah Syakira berkata...

sedapnyaaa. serius masa belajar dekat jengka dulu. inilah paling fevret. siap request jagung lebih, haha. perangai student sangat time tu. hahaha. demi perut. tapi la ni tepung pun allergik. benda manis2 pun allergik. aiyaa. kene makan bersederhana je. sadis. maybe alah dgn gluten tepung tu rasanya

Ayu berkata...

Assalam Amie,
apam balik ni memang my family suka makan..
dah lama tak buat..tengok acuan tembaga Amie tu..baru teringat
kita ada beli kat Kelatan tahun lalu belum dipecahkan daranya lagi..hehe

Phong Hong berkata...

PH suka apam ni. Dulu selalu beli kat pasar malam. Tapi PH tak suka letak jagung. Just kacang and I am very happy :)

nurul husna berkata...

Salam kak amie, nak tanya bule.. kuali kaler gold tu jenis apa ye? N beli di mana?anyway suke sgt singgah blog nie😍

Amie berkata...

Faizah,
laaa ye ke.. siannya.

Ayu,
ha ha haaa... lama bebeno ko simpan dara ye Ayu.

Amie berkata...

PH,
kalau apam balik tanpa jagung krim tu, di sini (Sabah)memang begitulah... kuih terang bulan!

Nurul,
Kuali tu jenis tembaga, beli di Tawau. Boleh juga cari di kedai pinggan mangkuk, biasanya di kedai Cina.