ADSENSE

Khamis, 7 April 2016

Oleh-Oleh Dari Sabah Negeri di Bawah Bayu

Setelah lebih 35 tahun tidak bertemu!
Bersamaan pada hari Sabtu, pukul 2 petang.... 12 Mac 2016 ditetapkan sebagai hari bersejarah pertemuan rakan-rakan Sekolah Kebangsaan Dato Maharaja Lela, Jeram, Selangor. 
Kita yang teragak-agak nak balik kampung, akhirnya terlepas juga dari Lahad Datu untuk terbang melalui Airport Tawau. Petang 11 Mac 2016, Encik Suami dan anak-anak hantar kita.... 
Sayangnya kita tidak berkesempatan membeli oleh-oleh sebagai buah tangan untuk dibawa bersama akibat kesuntukan waktu!
Syukurlah... tiba-tiba dalam perjalanan yang memakan masa lebih dua jam itu, kita terfikir untuk singgah di pertengahan jalan iaitu di Kunak untuk membeli sesuatu sebelum sampai ke Airport Tawau. Tak kisahlah apa yang nak dibeli...apa yang ada di situ... yang penting tidak pulang dengan tangan kosong!

Di sinilah, di Simpang Empat Kunak kita berhenti seketika.

 Terdapat deretan gerai yang panjang menjual pelbagai jenis makanan kering.

Makanan kering yang dijual di sini sebahagian besarnya hasil perusahaan penduduk tempatan khususnya dari daerah Kunak, dan sebahagiannya lagi dari Tawau.

Terdapat pelbagai jenis keropok amplang termasuklah keropok amplang ikan, udang, rumpai laut, sotong dan sebagainya. 

Ada bungkusan kecil dan bungkusan besar.
Keropok amplang dalam bungkusan kecil berharga RM5.00, sama harga dengan amplang di Pasar Tanjung, di Tawau. Bungkusan besar pula berharga RM10.00. Bagaimanapun harganya berubah jika anda membelinya di Simpang Sandakan atau di Kota Kinabalu. Ini disebabkan keropok amplang memang merupakan salah satu perusahaan desa yang paling terkenal di pantai timur Sabah terutamanya di Tawau dan Kunak.

 Dan banyak lagi makanan kering yang lain yang diperbuat daripada ubi, dan pisang.


Selain keropok dan pelbagai jenis kerepek, terdapat juga kuih-muih tradisional yang sedap seperti kuih bangkek di bawah ini...

 Kita sempat sambar dua balang kuih bangkek...

Inilah antara hidangan yang disajikan semasa reunion kami itu... Soto yang sekian lama kita idam-idamkan,,, dapat makan dua mangkuk! Tapi disebabkan kegembiraan dan sibuk bersembang, tak sempat nak makan yang lain.... semuanya sedap dan menyelerakan! Yang hijau bungkus daun pisang tu tapai pulut. Yang lain tu...lontong dengan kuah lodeh serta mee hoon goreng. Hidangan yang enak disajikan di waktu petang....

Dua biji kek di atas itu khabarnya Yan yang buat... terima kasih banyak Yan!
Dan di sekelilingnya kuih-muih yang sempat kita tangkap...

Terselitlah juga oleh-oleh kita..... Antara kuih tradisional yang kita bawa ke majlis perjumpaan kawan-kawan sekolah rendah termasuklah kuih cincin seperti gambar di atas...

 Juga keropok amplang  ikan...

Tidak ketinggalan... kuih bangkek yang sedap itu!

1 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie....sedap2 jajan kat kunak tu yer...ada yg atie xpernah tgk & dgr namanya..hihi.Bestnya dpt jumpa kengkawan lama...