ADSENSE

Selasa, 5 April 2016

Kisah Cendol Mangga, Aku dan Kawan-Kawan!

Petang itu... 14 Mac 2016.
Hasrat untuk menikmati cendol mangga terpaksa dibatalkan. Yan kata ada cendol mangga... aik? Dah cendol bermangga pula ya? Anak buah bawa kita ke merata simpang. Bonda pesan, nanti sampai simpang sekian-sekian, ada orang jual cendol bawah pokok. Dah 4 simpang dilalui tapi tak nampak bayang orang jual cendol! Kita pun terus membelah jalan melintasi jalan tali air...
Esoknya... sewaktu kita melawat Mak Cik Asmah di Hospital Shah Alam, Yan mesej... Yan kata petang nanti kita ramai-ramai makan cendol mangga. Dalam perjalanan pulang, kami pun berbalas mesej untuk memastikan tempat tersebut. Yan kata, mereka akan tunggu sampai kita datang. Yan kata lagi, nak pesan dengan tuan punya warung supaya tinggalkan cendol untuk kita! Maklumlah... pada masa yang sama, kita nak bawa Bonda kita jalan-jalan cari kambing bakar di Meru. Malamnya pula kita ada temu janji dengan kawan baik kita yang lama sangat kita tak jumpa.
Rupanya warung cendol mangga yang Yan maksudkan letaknya di simpang jalan sanun... melewati depan rumah Bonda.... adeeeehhhh! Ketika kita sampai, kawan-kawan sudah agak lama menunggu di situ! Syukurlah... sampai juga kita di sana. Bukan tempat lain pun... tempat kita selalu ulang-alik ke kebun masa kecik-kecik dulu! Tapi... sekarang semuanya sudah berubah... maklumlah...hampir 24 tahun kita merantau tinggalkan kampung. Balik pun sekali-sekala saja!

 Sebenarnya Ais / ABC Mangga!
Bukannya Cendol Mangga.... ha ha haaaaa!
Yaaannnn.....!

Warung tu letaknya berhadapan dengan rumah ungu bertingkat. Bonda kata itulah rumah Wak Amat Bilis.


Muna sampai awal. Katanya, sempat habis semangkuk ais mangga sementara menunggu kami tiba. Terima kasih Muna, sudi luangkan masa bersama pada petang itu.

Inilah baru namanya cendol!
Tak pula dibubuh mangga atas cendol tu Yan.
Yaannnnnn!
Atas cendol tu biji selasih Yan! Bukan mangga... ha ha hahaha!

 Lepas kita sampai, barulah Yan muncul dengan aiskrim coki-cokinya!

 
Tengok aiskrim coki-coki yang Yan bawa ni.... aiihhh nostalgik betul!

 Terima kasih Aznoor. Sudi santai petang di warung hujung kampung!

Terima kasih banyak Zamri Marsid, sudi datang dari Klang ke Kampung Bukit Hijau. Esok kita dah nak terbang ye...

Tidak ketinggalan, Pak Lurah @ Ketua Kampung Bukit Hijau... Encik Zainudin Supangat yang turun padang menyertai kami. Beliau ni bukan sebarang ketua kampung ye... sebab beliau satu-satunya kawan sekolah kami (satu kelas) yang jadi ketua kampung! Beliau ni seingat kita... tersangatlah pendiamnya! Rupanya diam-diam berbakat menjadi seorang pemimpin! Alhamdulillah... moga Kampung Bukit Hijau terus aman damai di bawah pimpinan beliau!

Tiba-tiba muncul Zaid.... jiran dan teman sepermainan kita semasa kecil dulu. Syukur Alhamdulillah... dah usia-usia kami begini, akhirnya dapat bersua kembali... Yang comel di pangkuan Zaid tu bukan anaknya tau, itu cucunya......! Zaid dah ada dua orang menantu! He he heee.... kita lum lagi...hiks!

Petang itu, kita tak dapat sembang lama sebab janji kita dengan anak buah dan adik bongsu nak bawa Bonda makan kambing bakar.

Jadi... setakat itulah sahaja tempoh pertemuan kami... setelah lebih 35 tahun tak bertemu!

Kita sempat ke sekolah.... tangkap beberapa keping gambar yang mana dapat. Lepas itu barulah meneruskan perjalan ke Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara di Jalan Kassim, Meru.


Malam itu... selepas makan kambing bakar, kita berkejar dari Meru ke Kampung Bukit Cherakah.... berhenti depan sekolah lama... Sekolah Kebangsaan Dato Maharaja Lela. Tepat seperti yang kita janjikan, kita sampai di situ sebelum pukul 8.30 malam. Akhirnya dapatlah bertemu dengan salah seorang rakan baik kita...... Hasnah Hamzah (gambar) yang manis itu!.

Hasnah... terima kasih belanja makan Mee Ladna di Aroma Ikan Bakar, Jeram.
Mudah-mudahan kita dapat berjumpa lagi. In shaa Allah.
Malam itu... Hasnah hantar kita sampai depan rumah tepat pukul 10 malam, tapi kami sambung sembang dalam kereta sampai pukul 11.45 malam!
Malam itu... kita tidur dengan pelbagai mimpi...tentang masa lalu yang indah-indah sewaktu di bangku sekolah!

Esok pagi...
Kita kelam kabut belum siapkan beg pakaian dan sebagainya.
Anak buah kita sudah datang ke rumah Bonda, nak bawa kita ke Subang... tempat tinggalnya. Esok pagi, jam 4... sebelum ke tempat kerja, anak buah akan hantar kita ke KLIA. Dalam kita sibuk-sibuk mengemas barang, sempat pula anak buah dan adik bongsu (yang muncul tiba-tiba dari Meru) bercerita tentang ais mangga di warung hadapan rumah Wak Amat Bilis. Anak buah pecut ke sana dan beli entah berapa bekas ais itu dan ais ini. Kita tak sempat jamah yea...
Ketika kita dalam perjalanan, 4.34 petang tiba-tiba dapat mesej dari Zaid:
Zaid : Assalam... tgh lapang ke?
Kita  : Waalaikumussalam... dah nak jalan.
Zaid : Roziah Saad... Siti Raidah... Rozita Sahar... nak jumpa.
Kita  : Ikut anak buah balik Subang...sok pagi terbang.
Zaid  : Oo...ok
Kita  : Maaf ye byk2... dah sampai ujung kg...
Zaid  : Kita org kat cendol semalam...

Ya Allah.....
Jika dengan izinmu jua...Kun faya kuuuunn.... Jadi! Maka jadilah!
35 tahun! 35 tahun lamanya kita tak berjumpa!
Kesempatan itu emas!
Pertemuan itu rezeki!
Reunion p[ada 12 Mac 2016... Siti Raidah dan Roziah Saad tidak dapat menghadirkan diri!
Arah kereta yang bertentangan boleh diubah ke posisi yang kita kehendaki.
Ya Allah... moga ada rezeki untukku...untuk kawan-kawanku... Siti Raidah, Ruziah Saa dan Rozita Sahar untuk bertemu! 
Entah bila akan ada peluang seperti ini.... benar esok pagi aku akan terbang, tapi petang ini masih ada kesempatan!
Kereta membelok arah selatan....

Inilah wajah-wajah yang kurindui....!

 Siti Raidah,

 Roziah Saad.

Rozita Sahar.

Pertemuan di hujung jalan...  tidak lebih dari 3 minit!
Terima kasih banyak Zaid... akhirnya kami dapat bertemu jua!

Adik empunya warung tu kata:
Nanti kami namakan warung ini Warung Reunion....ha ha haaa... maklumlah dari kelmarin mereka menyaksikan kami di situ. Ditambah pula suasan yang sungguh mengharukan sebentar tadi... tak puas rasanya memeluk dan memandang wajah teman-teman!


Yaaannnn...
Cendol Mangga pun okey gak....
Yang penting inilah warung tempat kita gurau-gurau dan bertemu kawan lama!


Oooo yaaa!
Kalau anda ingin ke Kuala Lumpur atau ke Puncak Alam, ikut jalan dari Ijok dan Parit Mahang atau dari arah Kuala Selangor, bolehlah singgah di warung ais mangga ini yang terletak di Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor.


Tiada ulasan: