ADSENSE

Jumaat, 1 April 2016

Jom Makan Aiskrim di Sangkaya @ Plaza Shah Alam

Aton nak merasa aiskrim di Sangkaya. Kita ikut sajalah. Kita ni bukan peminat tegar aiskrim. Dapat makan okey, tak ada pun okey saja.

Apa istimewanya aiskrim di Sangkaya ni? Di bahagian luar kita nampak tulisan : Nuts About Coconuts!

Dah order aiskrim kita boleh bubuh tidak lebih 3 jenis kekacang yang diletakkan berhadapan kaunter pesanan. Aton order aiskrim dalam tempurung kelapa. Comel jew .... Aton bubuhlah jagung dengan kacang dan entah apa lagi. Dalam resit pembayaran, aiskrim Aton namanya Signature. RM10.50. Alahai... Aton kata, kecik jew tempurung kelapa ni.... macamana nak makan? Pegang saja ke? Hei... tak habis-habis keluar jakunisnya...ha ha haaaa!

Kita order cendol. Cendol ni kan dah lama kita cari.  Cendol kita tak perlu bubuh apa-apa lagi sebab kata pelayan di situ, dah bubuh lengkap segala kacang di dalamnya. Cendol kita murah 1 sen dari aiskrim Aton.... harganya RM10.49.

 Meera pulak tak tau nak order apa. Dia kata nak makan aiskrim sajalah.... Dapatlah Cone Coconet yang ceconet... kat belakang cendol tu (gambar kabur). Itu pun mencecah RM3.10.

Kita nak juga merasa sikit aiskrim Signature Aton tu...ooohh..memang comel jew bekas tempurung tu, tapi aiskrimnya rasa sangatlah sedap! Taklah manis sangat....memang tak jumpa rasa tu selain dari di Sangkaya. Lepas tu pulak isi kelapanya yang lembut memang sudah dikorek sekali supaya tak melekat di dinding tempurung. Mungkin kelapa panda, sebab ada aroma pandan sewaktu kita makan tu. Akhirnya... cendol kita tak habis kita makan, Kita makan aiskrim Aton...ha ha haaa...
Harga semua termasuk GST : RM24.10.
Terima kasih Ton... ko ajak ke situ, ko laa yang kena belanja...hihihii....

Lokasi Sangkaya ni agak tersorok di belakang sedikit. Kalau anda berada di Plaza Shah Alam, bolehlah singgah sini:
Sangkaya @ Plaza Shah Alam
Lot F19A, First Floor, Plaza Shah Alam,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9, Seksyen 9,
40100 Shah Alam.

Tiada ulasan: