ADSENSE

Ahad, 24 April 2016

Ikan Baulu Masak Sambal Cocos

Selamat berhujung minggu ....
Hari ini ada kesempatan masak menu kegemaran Encik Suami. Walaupun tak disuarakan, tapi kita faham sangat... salah satu hidangan kegemarannya tu, ikan masak sambal cara orang Cocos. Untuk memasak sambal ikan ini, MIL dan family Encik Suami hanya menggunakan ikan bayan atau ikan merah sahaja. Kita derhaka sikit... kita gunakan ikan lain pulak! He he hee.... satu lagi penderhakaan yang kita lakukan... tak goreng ikan setengah masak seperti kebiasaannya, sebaliknya terus masukkan ikan dalam kuah sambal yang sedang mendidih!


Boleh klik DI SINI dan DI SINI untuk resepi yang asal. Kelainan masakan sambal ikan masyarakat Cocos ini ialah dari segi pemilihan bahan perencahnya. Ketumbar wajib ada! Dan masakan ini diakhiri dengan perahan jus limau nipis!


Bahan-bahan:
1 kg ikan baulu - bersihkan dan potong ikut citarasa
200 ml santan pekat
500 ml santan cair
2 biji limau nipis - perah jusnya
garam / perasa pilihan
serbuk kunyit
1/2 cawan minyak

Bahan kisar:
20 biji cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar ketumbar biji

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan ikan dan setelah kuah mendidih sekali lagi, tambahkan santan pekat.
5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
6. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua.
7. Ikan Baulu Masak Sambal Cocos sedia untuk dihidangkan. 




Tiada ulasan: