ADSENSE

Ahad, 3 April 2016

Fradoo ABC Special Madness & Makan-makan di Warung Rasa Sayang, Medan Selera, Seksyen 2, Shah Alam.

15 Mac 2016.... kalau tak silap!
Kami menziarahi Makcik Asmah di Hospital Shah Alam bersama Bonda.  Alhamdulillah Makcik Asmah sudah semakin sihat.  Syukur Alhamdulillah, walaupun balik kampung cuma seketika tapi Allah beri kesempatan untuk mengeratkan silaturrahim di antara sanak keluarga. Khabarnya Makcik Asmah sudah keluar dari hospital. 
Sesekali menjeling mesej melalui aplikasi Whatsaap...
Yan tanya... sekarang di mana.
Kita jawab : Hospital Shah Alam.
Yan balas : Jangan lupa singgah Fradoo ABC.
Kita tanya : Di mana tu.
Yan jawab : Tak ingat... tapi di Shah Alam area situ-situ jugak...
Yan hantar gambar ABC Fradoo.
Turun dari wad, kita bagitahu adik dan anak buah pasal ABC Fradoo. Masing-masing tak tahu tempatnya. Mula asalnya nak pergi ke Plaza Shah Alam, nak pergi Sangkaya cari aiskrim kelapa yang sedap tu.... sebab baru jew Aton hantar gambar aiskrim dalam tempurung kelapa! Ambooiii.... dia angkut kawan-kawan makan aiskrim di situ rupanya!
Anak buah terus tanya Pak Google tempat ABC Fradoo.
Katanya.... ada di Medan Selera, Seksyen 2, Shah Alam.
Zooommm....!
Sampai!

Kita hantar gambar kat Yan... betul ke ini tempatnya?
Betul.... kata Yan.
Wokey... order!
Lepas tu baru kita terpandang singboard kat atas tu...


 Fradoo ABC Pilihan TV3
Jalan-Jalan Cari Makan.
Patutlah beriya Yan suruh datang ke sini....
Tentu ada yang istimewa di sin kan... ahaks!

 Ini ABC Milo dengan ABC Jagung.
ABC Milo harga : RM4.50.
ABC Jagung : RM 3.00.


INI ABC Special kot... lupa dah namanya.

RM... tak hingat! Tah siapa punya order ni...hihihii... sebab selain kita dan Bonda, ada anak buah, kawannya dan juga adik bongsu kita.

Ini Bonda punya ... Cendol + Pulut  + Aiskrim RM3.50. Mmmm.. dah ada pulut tambah aiskrim pulak yaa... kreatif! Unsur tradisional dan moden! Nampak sedap jew Bonda kita hirup! Sesekali kita ngacau jugak sesudu dua...hihihiii....

Ini kita punya pesanan : Laici Kang dengan harga RM3.50. He heee... orang lain bukan main lagi dengan ABC dengan aiskrim... kita order ini jew sebab kita suka yang ini. Wokey, jumlah semuanya RM18.50. Ini kita ingat sebab kita yang pergi bayar di kaunter. Maknanya, bila dikira semula,,, yang ABC Special tu harganya RM4.00.

Kita terliur bila tiba-tiba disorong depan kita dengan benda-benda gini.... mmmmm... tak boleh tahan nih! Kita tolak dulu laicikang kita....

 Otak-otak kot!
Kita makan sebungkus!
Sedap!

Satah ikan!
Ada 3 bungkus tersusun dengan menggunakan satu lidi. Kita makan sebungkus... dua bungkus lagi kita sorong kat adik dan Bonda.

Last kopek... sebungkus otak-otak lagi...
Total tiga benda yang kita makan : RM8.50.
Kita saja yang meratah otak-otak dengan satah ikan tu. Yang lain pesan makanan lain. Maklumlah... belum makan tengahari!

 Ini adik bongsu kita punya. Nasi goreng tom yam ke?

 Ini kawan anak buah punya. Tak tahu apa namanya...

Ini Bonda kita punya. Nasi goreng pattaya... kita tahu itu sebab bungkus ngan telur goreng. Yang specialnya, ada daging masak merah di atasnya.

 Ini Mee Ladna... anak buah punya.
Segala nasi goreng dan mee ladna tu order dari warung sebelah... Rasa Sayang.

Keluar dari Medan Selera, macam bunyi bising-bising pulak budak-budak ni... apa yang dibisingkan tu? Cuba kita pasang telinga:

Harga makanan sangat murah.
3 pinggan nasi goreng dengan mee ladna...cuma RM20.00!
Memang berbaloi-baloi..... sangat berbaloi sebab setiap pinggan hidangan hanya berharga RM5.00.

Tiada ulasan: