ADSENSE

Selasa, 10 November 2015

Sedapnya Apam Mentega Gula Hangus!

Nak buat macamana....
Dah memang apam begini yang anak-anak suka. 
Baru buat 4 hari lepas, pagi ini buat lagi!

 Sebab apa selalu buat Apam Mentega Gula Hangus?

 Sebab sedaplah!
Ahaks!

Bahannya pun tak susah nak cari. 
Cara penyediaannya pun mudah saja.
Dan yang sangat berbaloi-baloi tu... sudah tentunya rasanya yang sedap!
 
Tak ingat entah berapa kali kongsi resepinya di dapur maya ini.
Tak apalah, kali ini pun nak kongsi juga walaupun resepinya tetap sama, tak berubah sedikit pun! Kalau anda rajin, cari sendirilah resepi yang Amie selalu buat tu... tanya saja sama Pak Google di mana Amie selitkan resepinya.


Bahan A: Gula Hangus
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gram mentega

Bahan B:
1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum - ayak bersama soda bikarbonate
2 sudu kecil soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Bahan A: Gula Hangus
1. Untuk menyediakan gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan sehingga gula larut dan berwarna perang.
3. Padamkan api dan masukkan air.
4. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut.
5. Masukkan mentega dan kacau rata. Ketepikan.


Bahan B: Adunan
1. Untuk menyediakan bahan adunan, pukul gula, telur dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
3. Masukkan susu dan diselang-selikan dengan tepung. Gaul rata. 
4. Panaskan pengukus dan acuan. Tuangkan adunan ke dalam acuan. 
6. Kukus selama 12 hingga 15 minit.

Wokey....
Kita nak bersiap pergi lunch di Saujana Putra.
Selamat Hari Deepavali...

4 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

sedap apam ni apa lagi apam gula hangus mesti wangi bngt ni

tun_telani berkata...

Sedappp.. tun suka makan apam nih.. biasa buat separuh adunan pon dpt banyak.. tun biasa buat pastu frozen kan.. bila2 nk makan defrost je 2-3 ketul. maklum la.. mkn sorg2.. hasben tun xberapa layam apam2 ni.

Cik Matahariku berkata...

haih..tengok je pun dah tau sedap! saya nak share resepi ni dalam blog ya!terima kasih awak..:)

Amie berkata...

Kak Nooriah,
saya suka makan yang masih panas...

Tun,
kami sekeluarga memang hantu apam mentega gula hangus, tak sempat nak simpan lama ha ha haa...

Ci Matahatiku,
silakan...