ADSENSE

Sabtu, 28 November 2015

Gulai Itik Hijau

Gulai Itik Hijau...
Untuk mendapatkan resepi yang asli, boleh rujuk RESEP GULAI ITIAK LADO MUDO KHAS MINANG, yang katanya berasal dari Agam, Bukit Tinggi, Sumatera Barat.

Bahan-bahan:
1 ekor itik - potong 10 bahagian
1/2 kg cili hijau - kisar kasar
800 ml air
2 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur
1/2 cawan minyak

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
10 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
1 sudu besar lada putih
garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, serai dan daun limau purut sehingga wangi.
2. Tambahkan cili hijau dan asam keping. Gaul rata.
3. Masukkan daging itik serta air. Masak sehingga daging itik empuk.


Gunakan 1/2 kg lado mudo yo!

1 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie..tgk gulai itik ni teringat kat abg ipar yg suka noooo mkn juadah dari itik ni :D