ADSENSE

Sabtu, 7 November 2015

Crunchy Cornflakes & Fruits Bar

Ada tiga benda sebenarnya yang Amie nak buat, Milky Chocolate Cereal Bar, Crunchy Cornflakes & Fruits Bar dan juga American Brown Cheese Cake. Kononnya nak buat benda ni untuk makan-makan dengan anak-anak murid sewaktu jamuan perpisahan dua minggu lepas di rumah Amie. Satu kelas sepakat nak buat BBQ. Bahagian ini mereka yang sediakan.  Amie tambah sediakan coleslow, kentang panggang, air buah, popia dan juga mee goreng. 
Tiga benda yang Amie nak buat tu, Amie hanya sempat siapkan American Brown Cheese Cake dan juga Milky Chocolate Cereal Bar. (Dua-dua benda ni tak sempat nak ambil gambar).
Dua minggu telah berlalu.
Anak-anak murid pun sudah seminggu menduduki SPM.
Kelmarin, kemas-kemas dapur... terjumpalah bahan-bahan untuk Crunchy Cornflakes & Fruits Bar yang tak jadi dibuat hari tu!
 
Mungkin resepi ini sudah popular.... bermakna Amie ketinggalan keretapi!
Amie dapat resepi ini di Bakery Shop, ketika Amie beli bahan-bahan untuk buat American Brown Cheese Cake. Amie juga dapat satu lagi resepi mudah iaitu Milky Chocolate Cereal Bar. Yang ini tak payah dikongsi sebab dah tak ada bahan bukti! 
Untuk menyediakan Crunchy Conflakes & Fruits Bar ini tersangatlah mudahnya...
Anda hanya perlu sediakan coklat putih, (kalau nak sedap gunakan coklat susu) conflakes, biji labu, biji tembikai dan juga kranberi kering. Kalau suka boleh tambah kismis atau bahan lain mengikut selera.
 
Bahan-bahan:
250 gram coklat putih 
200 gram conflakes
80 gram pumpkin seed
50 gram melon seed
100 gram dried cranberry
loyang / bekas yang sesuai 
pisau / pemotong

Cara:
1. Ramas conflakes tetapi jangan sampai hancur.
2. Panggang / goreng tanpa minyak pumpkin seed dengan melon seed.
3. Campurkan conflakes, pumpkin seed dan melon seed serta dried cranberry. Ketepikan.
4. Gunakan kaedah double boiler untuk mencairkan coklat putih. 
5. Setelah coklat cair, gaulkan kesemua bahan campuran tadi hingga sebati.
6. Tuangkan bahan tadi ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
7. Tekan hingga rata (nak tebal atau nips, itu ikut suka sendirilah yea...hiks!) dan biarkan sehingga bahan agak sejuk.
8. Potong ikut bentuk yang disukai, sepeti empat segi tepat atau empat segi sama atau segi tiga dan sebagainya.
9. Masukkan loyang berisi Crunchy Conflakes & Fruits Bar tadi ke dalam peti sejuk (bukan bahagian sejuk beku yea.....
10. Biarkan selama satu jam atau lebih.

Bila sudah dikeluarkan dari peti sejuk, bolehlah dinikmati. Tak payah potong lagi sebab sebelum masuk peti sejuk kaaannn... sudah dipotong!
Ingat yea... adik-adik yang belum bias buat benda ni, kena potong dulu sebelum disejukkan, sebab nanti bila dah sejuk, dah keras... susah nak potong!

2 ulasan:

Liza Mustafa berkata...

sdap n simple jea nak buat...nak share resepi ea..nak try buat...

Amie berkata...

Liza,
silakan.