ADSENSE

Rabu, 13 Mei 2015

Udang Balut Kulit Popia.... tak ada kulit wantan, kulit popia pun jadi laaaa.....

Cadangnya nak balut udang dengan kulit wantan, tapi tak ada pulak kulit wantan di merata pasar atau pun pasar raya. Baiklah gunakan saja kulit popia yang dah lama duduk menganggur dalam peti sejuk tu....

Gambar di bawah ni Amie gunakan kulit wantan. Amie gunakan udang harimau tapi untuk resepi kali ini Amie gunakan udang kertas. Apa-apa udang pun boleh...sebab kalau dah namanya udang, olah macamana pun tetap rasa udang.... takkan bertukar rasa ketam pulak...hohohooo!

Bahan-bahan:
15 ekor udang saiz sederhana besar
5 helai kulit popia saiz besar - gunting menjadi 3 bahagian
1 sudu teh serbuk pati ayam 
putih telur untuk melekatkan kulit wantan
1 sudu makan bijan yang sudah disangai
minyak

Bahan tumbuk halus:
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 cm halia muda
1/2 sudu teh lada putih

Cara:
1. Bersihkan udang. Buang kulit dan kepala, tinggalkan ekornya. Buang urat di belakangnya, dan kelar-kelar kecil bahagian bawah perut udang supaya udang tidak bengkok bergulung ketika digoreng.
2. Gaul udang bersama bahan tumbuk dan perap selama 5 minit.
3. Ambil sehelai kulit popia dan letakkan seekor udang di atasnya. Balut dengan cara menggulung udang, dan lekatkan kulit popia dengan putih telur.
4. Goreng menggunakan api sederhana panas sehingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan. Taburkan bijan di atasnya, atau golekkan di atas bijan.
6. Enak dimakan begitu sahaja, atau jika suka boleh cicah dengan sos pilihan.



Makan begitu saja pun sodap! Tak payah nak cicah...hihihiii!

3 ulasan:

aji nugraha berkata...

wihhh nikmat..........








































Obat Herbal Jelly Gamat Gold G

Suhana Mohd.Diah berkata...

wahhh..memang sedap, tapi kalau risaukan kolestrolnya,jom kawal dengan PHYTOCOL ST!

http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

Suzana Ibrahim berkata...

Best in the world!!