ADSENSE

Sabtu, 27 Disember 2014

Sedapnya Apam Pisang Tanpa Telur!

Selamat berhujung minggu buat semua.

Apam pisang kukus di loyang,
Buat sarapan seisi keluarga,
Hingga kini masih terkenang,
Resepi Bonda tak ternilai harga!


Seingat Amie masa kecil dulu Bonda kalau buat apam pisang memang tak pernah bubuh telur dan minyak! Selepas mengaji al-Quran dan solat Isya', kami adik-beradik akan duduk mengelilingi Bonda mengadun tepung dan pisang yang  ditambah ibu roti untuk menghasilkan apam pisang yang gebu, di bawah sinaran lampu gasolin. Kemudian Bonda kukus dalam loyang menggunakan dapur kayu sehingga apam masak sebelum tidur. Apam pisang ini Bonda akan jadikan hidangan sarapan kami sekeluarga pada sebelah pagi. Biasanya sebelum kami bangun pagi, Bonda sudah siap potong apam pisang dan letakkan di bawah tudung saji.


Hari ini Amie berkesempatan buat apam pisang, walaupun di pertengahan jalan Firdaus sibuk buat 'kerja' di dapur. Akhirnya jadilah juga apam pisang lemak manis buat sarapan pagi kami anak-beranak. Amie tak gunakan telur, tapi Amie tambah minyak jagung dalam adunan. Ingatkan nak gunakan gula perang, tapi rupanya dah habis. Jadi Amie gunakan gula kastor saja, untuk rasa yang tidak begitu manis sebab pisang yang digunakan pun dah ada rasa manis.

Bahan-bahan:
1 cawan pisang lemak manis lecek halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
2 biji pisang lemak manis - hiris nipis untuk hiasan

Cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Amie gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

Entah kenapa... adakah disebabkan rupa apam pisang ini comel, Firdaus dan Fairuz suka makan pulak! Selalunya, hanya Amie dan Encik Suami saja yang makan! Kali ini bersih.... licin... alhamdulillah!


Sama dirasa jiran dihulur,
Pilihan betul menu yang sihat,
Berminyak jagung, adunan tak bertelur,
Kurang kolesterol enak berkhasiat.

9 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nooriah Abdullah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nooriah Abdullah berkata...

adusss Mie dah tergolek sebijik bak lah sini sedang ngopi ni nk buat malasss heehe

kasihilmar.com berkata...

Assalamualaikum Amie.
InshaaAllah bila ada kelapangan masa nanti nak kena cuba resipi ini.. nmpk sedap!

dik mancis berkata...

sedapnya......ptg ni jugak nk cuba....

dik mancis berkata...

sedapnya......ptg ni jugak nk cuba....

Norhidayu Noor Mohamad berkata...

Hirisan pisang diletak selepas atau sebelum kukis

Amie berkata...

Norhidayu,
diletak sebelum dikukus....
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Amie gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

nilam sari berkata...

Tq yer tuan rumah.. sy buat apam pisang mlm ni sbb syg ke pisang yg tk de org mkn.. hehe