ADSENSE

Ahad, 21 Disember 2014

Resepi Paling Mudah : Kuih Cara Manis

Bila musim hujan tiba....
Pagi, tengahari hingga petang cuaca mendung.... dingin, kelam dan suram.
Tapi... perut pulak asyik terasa lapar!
Encik Suami pun selalu tegur: Firdaus tu suka makan kuih. Rajin-rajinlah buat kuih!
Jom nikmati Kuih Cara Manis yang sangat ringkas cara penyediaannya ini.

Bahan-bahan (untuk batter):
125 gram tepung gandum - diayak
 250 ml santan - boleh juga gunakan susu
1/2 sudu teh garam
1 biji telur gred B
2 sudu makan gula pasir
setitik emulco pandan
sedikit minyak dan simpulan daun pandan untuk mengglis acuan

Cara menyediakan batter:
1. Bancuh bahan batter dengan telur dan santan. Adun hingga rata dan kemudian masukkan baki santan.
2. Tuang batter ke dalam jug penyukat.


Cara memasak kuih cara:
1. Panaskan acuan kuih cara.
2. Sapukan sedikit minyak menggunakan daun pandan.
3. Tuangkan batter hingga setengah penuh.
4. Masukkan dengan cermat 1/4 sudu teh gula pasir.
5. Tuangkan lagi batter supaya tertutup intinya.
6. Tutup acuan dengan tudungnya (atau tudung periuk) dan biarkan kuih masak perlahan-lahan.
7. Cungkil tepi kuih dengan pencucuk dan angkat kuih yang masak dengan sudu.
8. Ulangi hingga batter habis. 
 

 
Senang sangat kalau nak buat kuih cara manis ini. Nak makan lagilah senang.... tak sempat buat minuman panas, sudah hampir habis.

Petang tadi Firdaus makan empat ketul kuih cara manis!

3 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

nk dua tiga ketoii Mie boleh tak?? lapau ni, dah la ujan belum berenti kat sini..

kasihilmar.com berkata...

Kuih kesukaan saya!!

Kjee berkata...

Nadia suka sangat. sampai ke sudah mama dia tak pernah nak buatkan. acuan dah lama terperuk dlm setor. Hehehe