Kuih Gunting @ Kerepek Gunting : Kuih raya sepanjang zaman!

3:28 PTG

Siapa tuan punya resepi kuih gunting @ kerepek gunting yang kita makan sejak zaman kanak-kanak lagi? Amie masih ingat lagi kalau sudah di penghujung Syawal, ketika kuih muih tinggal keladak, kalau berkunjung ke rumah jiran, ada segenggam dua kuih gunting dihidang bersama! Biasanya kalau di sekolah, kawan-kawan pasti akan membawa kudap-kudapan ini untuk dimakan waktu rehat! Nampaknya kuih gunting @ kerepek gunting atau ada juga yang sebut biskut gunting ini 'evergreen' sifatnya... sebab kuih ini masih belum dilupakan dari dulu, kini dan harap terus kekal pada masa akan datang! Membuatnya tidaklah sesukar mana, dan bahan-bahan yang digunakan pun bahan biasa yang digunakan untuk masakan harian.


Bentuk kuih gunting pun macam-macam. Ada yang digunting kecil-kecil macam biji-biji kacang, dan biasanya bentuk begini rasanya agak keras! Ada yang digunting nipis dan serong pula. Rasanya pun pelbagai. Ada yang rasa kari, ada yang masin begitu saja. Ada pula yang agak pedas! Pendek kata, apa pun bentuk guntingan dan rasanya, kami tetap menggelarnya kuih gunting! Jadi... siapa tuan punya resepi kuih gunting @ kerepek gunting ini? Entahlah... milik bersama kot sebagaimana hasil warisan budaya yang lain seperti pantun dan gurindam yang tiada nama pengarangnya, sebab dikongsi bersama secara turun-temurun melalui tradisi lisan.


Pagi tadi, semasa sedang mengemas mana yang patut, kami dikejutkan dengan pengumuman melalui pembesar suara yang disampaikan oleh pihak berkuasa supaya mematuhi arahan perintah berkurung! Oleh kerana rumah kami berhampiran dengan jalan utama Lahad Datu - Tawau, jadi memang jelas kedengaran arahan tersebut! Nampaknya kami terpaksa menjalani perintah berkurung mulai 6 petang sehingga 6 pagi sehingga 2 Ogos ini. Terbayanglah suasana raya yang barangkali tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelum ini. Biasanya pada hari Ahad kami akan keluar ke pasar atau pasaraya mencari apa yang patut, tapi hari ini kami lebih selesa duduk di rumah sahaja.
Wokeeeyyy... kita kembali cerita tentang kuih gunting yang Amie buat pagi tadi. Kalau kuih gunting orang lain bentuknya comel je, tapi kuih gunting kita nampak kasar semacam aje, nampak benarlah kemalasannya he hehehhe... tapi dari segi rasa, jangan marah ye kalau Amie kata kuih gunting Amie ini sedap! Terlajak sedap tau!


Jom tengok sukatan dan resepi yang Amie buat seperti di bawah ini.

Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
1 cawan bawang merah & putih goreng - hancurkan
1/2 cawan udang kering - rendam hingga kembang dan tumbuk halus
1 sudu makan jintan manis - ratakan
2 sudu makan serbuk kari - ratakan
2 pelepah daun kari - lurutkan
 1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI atau garam
1 cawan air
1/2 cawan minyak panas
minyak

Cara:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah bekas / mangkuk.
2. Masukkan bawang merah & putih yang dihancurkan, udang kering tumbuk, jintan manis, serbuk kari dan serbuk pati ayam MAGGI.
3. Tuangkan minyak panas dan gaul rata.
4. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan gaul lagi sehingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat.
5. Biarkan adunan selama 10 minit.
6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut suka dan bulat-bulatkan untuk memudahkan proses mencanai.
7. Taburkan sedikit tepung gandum di tempat untuk mencanai supaya tidak melekat. Canai doh sehingga nipis dan kemudian bolehlah dipotong ikut saiz yang dikehendaki. Anda boleh gunakan pisau yang tajam atau gunting.
8. Taburkan tepung supaya tidak melekat tetapi jangan terlalu banyak supaya hasil gorengan tidak bergelembung.
9.  Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga kuning keemasan. Jangan lupa masukkan sedikit daun kari untuk menaikkan aroma.
10. Toskan minyak dan setelah benar-benar sejuk bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.


Awas yaaa.... biar pun rupa Kuih Gunting @ Kerepek Guntingku ini jelek, tapi ada rasa yang tersendiri tau! Kalau tak percaya... boleh cuba! Tapi kalau anak-anak dan suami habiskan sebelum tiba raya, jangan salahkan Amie tau.... ha hahahhaah! Bayangkan... biarpun ringkas dan tak rupawan, tapi kerepek gunting ini mengandungi bahan yang membangkitkan rasa enak seperti bawang merah & putih goreng, udang kering dan juga jintan manis yang mampu menimbulkan aroma yang tersendiri bila dicampur dengan serbuk kari dan digoreng pula dengan daun kari!

27 comments

  1. assalam kak...wah..nggayah iki..arek sebalang gewdi ...hihiii

    BalasPadam
  2. Wah nampak rangup.Banyak resepi guna mentega tapi ni guna minyak.Nak cubala

    BalasPadam
  3. Wah sedapnya.Musim gst ni rasa semua nk buat sendiri.
    Jom singgah www.ainbeautifulhouse.blogspot .com

    BalasPadam
  4. Wah sedapnya.Musim gst ni rasa semua nk buat sendiri.
    Jom singgah www.ainbeautifulhouse.blogspot .com

    BalasPadam
  5. Nak tumpang tanya resepi.. 1 cawan bawang merah + 1 cawan bawang putih.. atau bawang merah dan bawang putih tu hanya secawan?

    Alamak.. faham ke apa soalan sata tu?

    BalasPadam
  6. Nak tumpang tanya resepi.. 1 cawan bawang merah + 1 cawan bawang putih.. atau bawang merah dan bawang putih tu hanya secawan?

    Alamak.. faham ke apa soalan sata tu?

    BalasPadam
  7. Yun Bo,
    campur..bawang putih + bawang merah jadikan secawan

    BalasPadam
  8. Saya dah buat kerepek resepi akak.. mmg sedap... 👍 saya bg 5 🌟

    BalasPadam
  9. Saya dah buat kerepek resepi akak.. mmg sedap... 👍 saya bg 5 🌟

    BalasPadam
  10. As salam kak,

    Salam kenal. TQ sudi kongsi resepi. Akan dicuba cubaan :D

    BalasPadam
  11. Amie masih tinggal di sabah ke

    BalasPadam
  12. Amie masih tinggal di sabah ke

    BalasPadam
  13. apa yang menyebabkan kuih gunting sedikit keras ???

    BalasPadam
  14. Jgn lebih air.sbb tu keras

    BalasPadam
  15. Nak buat sempena raya 2017.... Minta halal resepi

    BalasPadam
  16. Nk tnye, klo tk.ltk udang kering tk pe ke

    BalasPadam
  17. Mariana,
    ok jew, lagilah sedap.

    BalasPadam
  18. Terima ksih.cuma bagaimana nak bagi lembut sikit.

    BalasPadam
  19. Bawang merah dan bawang putih tu..kena goreng lepas tu baru hancurkan sis...saya tak berapa faham tentang bawang tu

    BalasPadam
  20. Tq sis resepi tu... buat n menjadi. Sedap.

    BalasPadam
  21. salam sis.. sy nak cuba resipi ni minta halal ye

    BalasPadam
  22. telor pon xgune ke.. marjerin atau minyak yg lembut ranggup sebenarnye.. saya gune marjerin cam keras sedikit, gigi kena kuat..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe