ADSENSE

Rabu, 8 Januari 2014

Udang Goreng Butter Cereal Seasoning Powder

Hari ini Amie masak udang, gunakan resepi yang sangat mudah! Walaupun cara penyediaannya sangat ringkas namun keenakannya tidak dapat dinafikan! Resepinya.... ikut saja arahan yang tertulis di belakang bungkusan Butter Cereal Seasoning Powder. Kalau ada majlis makan-makan di rumah, Amie suka selitkan menu ini sebagai salah satu hidangan di antara lauk-pauk lain. Biasanya habis licin bersih!


Udang Goreng Butter Cereal Seasoning Powder ini sungguh harum dengan aroma daun kari dan jika anda sukakan rasanya yang pedas bolehlah bubuh lebih cili padi.



Resepi : Udang Goreng Butter Cereal Seasoning Powder
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram udang - bersihkan, belah belakang dan gaul dengan sedikit garam / tak bubuh pun tak apa
2 sudu besar mentega
3 pelepah daun kari - lurutkan daunnya
10 biji cili padi - hiris
50 gram butter cereal seasoning powder (Serbuk Perencah Bijirin Mentega)
minyak


Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain, panaskan mentega dengan api perlahan.
3. Masukkan daun kari dan hirisan cili padi. Tumis hingga harum.
4. Masukkan udang dan gaul sebati dengan bahan tumis.
5. Padamkan api.
6. Masukkan Serbuk Perencah Bijiran Mentega dan gaul rata.
7. Sedia untuk dihidangkan.



Sudah semestinya enak & lazat!


5 ulasan:

che mid berkata...

Oh, memang guna banyak daun kari ya Amie..baru menyengat baunya kan..

❤Kamsiah❤ berkata...

kalau masak mcm ni,saya suka meratahnya mcm tu ja..

izahdaut berkata...

sama mcm kamsiah..saya pun suke ratah gitu je udang gini. wahh sedapnya

Fiza Lgk berkata...

Salam K.Amie...mengiurkan betul udang ni. T/kasih sudi berkongsi resepi. Masuk dalam list dulu..heee..hee.

ummiross berkata...

Amie..boleh bayangkan harum dan sedapnya udang goreng butter ni, ummi nak ratah je Amie.