ADSENSE

Ahad, 10 November 2013

Thai Green Curry Chicken : Asian Food Fest (Thailand)

Setelah mencuba beberapa resepi ala Thai termasuk kari ikan yang menggunakan pes kari massaman DI SINI dan resepi kari ayam merah dengan pes kari merah DI SINI, akhirnya untuk hidangan tengahari kami hari ini Amie mencuba pula masakan Thai yang menggunakan pes kari hijau. Amie berterima kasih kepada Encik Suami dan anak-anak yang sentiasa mencuba setiap hidangan yang Amie sediakan tanpa banyak soal. Nampaknya menu dari Thailand : Land of a Thousand Smiles diterima baik oleh keluarga kecil kami.


Amie merujuk 2 buah buku masakan untuk menghasilkan Thai Green Curry Chicken : Tasty Thai Cuisine  oleh Patsie Cheong  untuk olahan masakan dan Vatch's Thai Kitchen oleh Vatcharin Bhumichitr untuk menghasilkan Green Curry Paste (Kruang Gaeng Keow-Wan).


Penggunaan pelbagai ramuan herba dan rempah ratus dalam hidangan Thai sesungguhnya menghasilkan citarasa yang tersendiri, unik dan sudah semestinya lazat! Bayangkan apabila anda menumis pes kari hijau yang mengandungi serai, lengkuas, akar ketumbar, belacan dan pelbagai lagi.... termasuk daun selasih! Alangkah semerbak aroma yang memenuhi ruang dapur anda!


Daun ketumbar & akarnya.



Daun limau purut serta buahnya..... semuanya mencipta aromanya yang tersendiri untuk menambah selera dalam hidangan anda!



Terung pipit merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk memasak Thai Green Curry Chicken selain terung bulat dan daging ayam sebagai bahan utama. 



Wokey.... kita mulakan dengan langkah pertama iaitu menyediakan  pes kari hijau.

Green Curry Paste ( Kruang Gaeng Keow Wan) by Vatcharin Bhumichitr
Ingredients:
1 teaspoon coriander seeds
1 teaspoon cumin seeds
1 teaspoon white peppercorns
1 tablespoon chooped fresh lemongrass
3 cm fresh galangal or ginger, peeled and chooped
2 long green chillies, chooped
10 small green chillies, chooped
2 tablespoons chooped garlic
3 pink shallots or 2 regular ones, chooped
3 coriander roots, chooped
1 teaspoon chooped kaffir lime skin, or finely chooped lime leaves
2 teaspoons shrimps paste

Using a mortar and pestle, grind all the ingredients to a thick paste.



Recipe : Thai Green Curry Thai by Patsie Cheong

Ingredients:
(A) 
1 cup greem curry paste
400ml thick coconut milk, 2 coconuts
500ml 2nd coconut milk
30g fresh basil leaves

(B)
500g chicken meat, skinless
2 tbsps sugar
50g Thai pea eggplants
2 green & red chilies
3 pieces kaffir lime leaves

(C)
2 tbsp fish sauce
salt to taste

Method:
1. Heat thick coconut milk in pot. Stir until oil stairs to segregate. Add in green curry paste and stir untul fragrant.
2. Add in (B). Stir fry until cooked. Pour in 2nd coconut lik, fresh basil and (C) to taste.
3. Remove and serve with rice.



Nampaknya.... Amie punya Thai Green Curry Chicken berkuah pekat sampai terbit minyak pulak! Alahai.... 





1 am submitting this post to Asian Food Fest (Thailand) November Month hosted by Lena of Frozen Wings.




3 ulasan:

rahel berkata...

perghhh...siapa berani menolak kari hijau yang mabeles ni...

asyifa mustaffa berkata...

Sedapnya....bole cuba nnti ni...

lena berkata...

hello amie! selamat datang ke aff thai!sungguh lazat nampak green curry chicken azie. Lena pun ada masak green kari ini and managed to buy the terung pipit..i didnt know that it's called terung pipit in malay, thanks!dont worry about the title of your link, lena akan edit untuk kak ya!thx for your submission!