Tengahari tadi, sebaik selesai mesyuarat kita pun terus meluncur ke pasar! Sejak Farid pulang bercuti, memang jenuhlah memikir nak masak apa. Farid berbeza selera dengan Fuad! Kalau pulang bercuti, Fuad mesti ternanti-nanti masakan ikan, dan makan dengan penuh selera! Farid pula, kurang berminat dengan ikan tetapi lebih suka makanan laut yang lain seperti udang goreng tepung dan sotong goreng telur masin. Malam tadi,...
Disember ini, tuan dapur semakin menyepikan diri. Apakan daya, ada tugas lain yang lebih penting dan menuntut sebahagian besar waktu untuk menyiapkannya. Terasa rindu untuk memasak di dapur, namun terpaksa meminta anak bujang, Fairuz masak apa yang patung untuk isi perut. Dalam kesibukan itu pun, sempat jugalah masak sekali dua, seringkas-ringkasnya walaupun selera sebenarnya menuntut lebih daripada itu. Apa pun, Manuk Ballahan Lahad...
Mulanya Amie cadang untuk masak sayap ayam goreng berempah, tapi bila masuk dapur tukar fikiran pulak! Kalau boleh nak masak yang simple dimple saja. Jimat masa dan boleh tumpukan kerja menjunjung titah seri paduka baginda di musim cuti sekolah! Ikutkan hati, memang nak beli nasi bungkus untuk makan tengahari, tapi kesian pulak anak-anak yang sedang bercuti terutamanya Fuad yang akan berangkat ke Labuan...
Selamat petang semua. Musim cuti sekolah sudah bermula. Anak-anak pun asyik berulang-alik ke dapur mencari makanan, buka tudung saji, buka peti sejuk. Mesti keluar pertanyaan : Mommy tak masak? Mommy masak apa hari ini? Yang bagusnya tu, makanan yang dimasak tidak bersisa sampai ke hari esok, atau masukkan di dalam peti sejuk untuk dipanaskan semula pada waktu yang lain. Kentang yang terbiar di...
Bila sebut tentang pengat keladi, maka terbayanglah pencuci mulut yang sangat popular di kampung kami masa kecil-kecil dulu. Maklumlah, hidup sebagai anak tani, memang tak lari dari menyantap hidangan berasaskan ubi, keladi, keledek, jagung, pisang dan sebagainya! Ketika bulan puasa, Bonda tidak ketinggalan menyediakan pengat sebagai pemanis mulut. Sepanjang bulan puasa, memang ada sahaja pengat yang Bonda olah termasuk pengat keladi! Biasanya Bonda...
Sabtu, 8.40 pagi bersamaan 30 September 1995, rasanya baru semalam mendengar tangisan pertamanya dan menatap matanya yang bersinar terang ketika melihat dunia buat pertama kalinya! Masih terbayang, setelah dibersihkan dan diselimut rapi oleh jururawat Hospital Lahad Datu dan diserahkan ke pangkuan, matanya seolah-olah mengucapkan sesuatu walaupun pada ketika itu tiada apa yang terang pada pandangan matanya, namun anak matanya tepat memandang ke mataku...