ADSENSE

Jumaat, 20 Oktober 2017

Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village

Lawatan kami seterusnya ialah ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau atau PDIKM. PDIKM merupakan salah satu museum di Sumatera Barat dan terletak di Kelurahan Silaing Bawah, Kecamatan Padang Panjang Barat, Kota Padang Panjang. 

Kesempatan yang tak mungkin dilepaskan, bergambar di hadapan Museum Minang walaupun ketika itu panas terik! Tiba-tiba teringat tentang Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang dipelajari sewaktu zaman persekolahan dahulu! Hari ini, memang merupakan kesempatan keemasan untuk lebih memahami sebahagian daripada adat tersebut! Tidak pernah terlintas di fikiran akan mengenakan pakaian adat atau pakaian pengantin Minang yang lengkap dengan  suntiang atau hiasan kepala yang besar warna emas dan perak!
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pakaian adat, bolehlah klik di sini : PAKAIAN PENGANTIN MINANG

PDIKM ini merupakan sebuah bangunan berbentuk rumah panggung atau disebut sebagai rumah gadang yang merupakan  rumah adat orang Minangkabau. Salah satu ciri khas rumah gadang ini ialah bagonjong di bahagian bumbung serta berukir. PDIKM ini juga disebut Museum Bustanil Arifin sempena nama Bapak Bustanil Arifin, salah seorang menteri era kepimpinan Soeharto yang menyumbang idea membangunkan pusat ini. 


Ketika kami sampai, ramai pengunjung berada di dalam rumah gadang ini. Sebahagiannya sedang bergambar dengan pakaian adat di beberapa bahagian rumah tersebut.

 Gambar : WhatsApp Kumpulan

Kami diberi peluang memilih warna dan jenis pakaian yang diminati. Kemudian menunggu giliran untuk dipakaikan kelengkapan pakaian adat. Pada waktu itu, pengunjung agak ramai. Memang berpeluh-peluh menunggu di bilik kecil itu. Kami sangka, boleh tukar baju! Rupanya semua main sarung! Yang bulat macam Amie bertambahlah bulatnya....hiks! Tudungnya pula, sudah bertudung sendiri, dipakaikan lagi dengan sehelai tudung yang lain untuk disesuaikan dengan warna baju dan aksesori di kepala.

 Gambar : WhatsApp Kumpulan

Kami merancang untuk bergambar bersama. Jadi, sementara siap menunggu rakan-rakan berpakaian, kami pun tangkap dahulu gambar, mana yang sempat sajalah.

 Berpeluh-peluh sampai wap naik ke kaca mata!

Jusna, Kamsiah dan Zana sedang bersiap dalam bilik, jadi kami posing-posing dulu di pelamin Minang!
 Jusna pula keluar dari bilik, Akmi pula tangkap gambar kami.

 Di tangga Rumah Gadang.

Andeeeehhhh! 
Janganlah aksesori kepala jatuh!
Tidaklah berat sangat, tapi sempat jugalah berlaga di antara satu sama lain ketike beraksi mengambil gambar! 


Jom berkenalan dengan rangkiang, iaitu lumbung padi atau tempan menyimpan padi. Biasanya rangkiang dapat dilihat di halaman rumah gadang.
Ini merupakan salah satu pengalaman berharga kami sewaktu berkunjung ke Rumah Gadang. Oh! Hampir terlupa! Sewa untuk sepasang baju adat lengkap dengan aksesori hanyalah 25,000 rupiah sahaja. Rasanya tak sah kalau berkunjung ke sini tapi tidak mencuba memakai baju adat! Sebelum undur diri buat seketika, Amie akhiri entri kali ini dengan kata-kata perbilangan:

“Muafakat mencari benar
Bergaduh di hulu habis di hulu
Bergaduh di hilir habis di hilir
Di tengah-tengah mencari damai
Buang yang keruh ambil yang jernih
Adat mencari benar
Adat bersandar Kitabullah”.

Terima kasih Pak Herman, kerana sabar menunggu kami mengambil gambar sehingga terlupa waktu untuk makan tengahari! Tak rugi memilih Pak Herman sebagai tour guide untuk ke Bukit Tinggi.
Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399 


Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:
1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
17. Silver Work Koto Gadang  
18. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
19. Lobang Jepang  
20. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
21. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
22. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
23. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
24. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
25. Sepetang di Kota Padang  
26. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
27. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

2 ulasan:

notie berkata...

Manis-manis semuanya. Banyak cerita mengenai budaya dan adat Minang di museum ni. Banyak info berkenaan dengan budaya Minang dan juga Adat perpatih. Seronok mendengar cerita tentang hikayat lama-lama.

Amie berkata...

Notie,
barangkali banyak perkara yang tidak sempat untuk diteroka ketika kami berada di sini kerana masing-masing teruja nak pakai baju adat. In shaa Allah di kesempatan lain ada rezeki untuk mengenali dan mendengar cerita hikayat lama di sini.