ADSENSE

Isnin, 23 Oktober 2017

Makan Tengahari di Tengah Sawah

Alhamdulillah, sekali lagi kami berpeluang untuk menikmati hidangan masakan Padang pada hari kedua perjalanan kami. Menurut Pak Herman, kesemua rumah makan Padang yang akan kami singgahi menyediakan masakan secara tradisional dengan menggunakan kayu api dan memasak di dalam belanga. 
Sebelum sampai ke rumah makan di tengah sawah, mari kita jamu mata dengan pemandangan di kiri kanan jalan menuju ke Pondok Flora yang terletak di Jalan Raya Batu Sangkar, Tabek Patah KM 5  Kabupaten Tanah DatarBukit Tinggi, Indonesia.

Sepanjang berada di Bukit Tinggi, mata tidak pernah terlepas daripada memandang kehijauan sawah padi, pohon nyiur melambai dan gunung-ganang serta perbukitan yang berbanjar-banjar menjadi latar belakang alam. Sesekali terlihat sang kerbau berdiri di tengah sawah bersama petani yang sedang membanting tulang sama ada menanam atau mengetam padi. Di sesetengah tempat kelihatan padi baru dipindahkan dari tapak semaian, manakala di tempat lain pula pokok padi sedang subur merimbun. Tidak kurang juga pemandangan pokok padi tunduk ke tanah menahan berat isinya, semakin tunduk semakin berisi! Terdapat juga padi yang sedang menguning di beberapa petak sawah, manakala di bahagian lainnya kelihatan tumpukan jerami padi.

Pemandangan sebegini agak sukar untuk kita lihat di tempat sendiri kecuali kalau kita berada di Tanjung Karang, Sekinchan atau berada di negeri Kedah. Walaupun Amie tidak membesar di kawasan sawah padi, tapi Amie 'membesar' dengan membaca novel atau cerpen yang berlatar belakangkan suasana bendang! Membaca hasil karya sedemikian membawa imaginasi menerawang suasana permai di desa. Membayangkan lumpur dan selut, serta pacat dan lintah! Ketika meneruskan pelajaran dan tinggal di asrama, kebanyakan rakan yang berasal dari Tanjung Karang dan Sekinchan akan membawa oleh-oleh dari kampung. Sudah tentunya oleh-oleh yang dikongsi bersama meninggalkan nostalgia indah bila dikenang. Amie mula belajar makan 'wadik' iaitu ikan sawah seperti sepat dan puyu dijadikan pekasam yang terkenal dalam masyarakat Banjar dan juga burung uwak-uwak goreng. Sewaktu tinggal di kampus pula, rakan sebilik membawa emping padi dari negeri Kedah! Dari situlah Amie mula mengenali pelbagai jenis makanan luar dari kepompong hidup Amie.

Banyak masjid yang cantik dapat dilihat sepanjang perjalanan kami. 

Dan juga rumah-rumah tradisional Minangkabau. Menurut Pak Herman, kebanyakan rumah-rumah besar tidak berpenghuni kerana pemiliknya keluar merantau. Mereka akan kembali apabila tiba hari raya. Tidak sempat pula Amie tanya kenapa mereka meninggalkan rumah, untuk apa dan ke mana. Kasihan pulak Pak Herman ... sepanjang waktu menjadi 'encyclopedia bergerak' untuk menjawab segala persoalan yang dikemukakan. Apa pun, itu merupakan salah satu 'pakej' untuk menjadi pemandu pelancong yang baik, dan Pak Herman memang memilikinya.


Nampaknya kawan-kawan sudah tidak sabar untuk menjamah hidangan. Kali ini kami tidak teragak-agak untuk makan lauk-pauk yang tersedia. Kalau di Rumah Makan Aie Badarun, kami dihidangkan dengan 19 piring lauk, kali ini bilangannya bertambah menjadi 23!

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, dan ada kalanya agak kencang! Duduknya pula bersila. Apalagi, sebaik bacaan doa makan selesai, kami pun mencuci tangan dan menyenduk nasi yang masih panas ke dalam pinggan masing-masing. Masya Allah! Sedapnya nasi! Benarlah seperti kata Pak Herman, dan kami dapat merasa keenakan nasi yang dimasak dengan menggunakan kayu api! Ketika ini, tidak ada lagi pertanyaan seperti mana sudu atau macamana cara makan.
Selain minuman yang sudah disediakan, kami juga memesan air kelapa muda. Nampaknya di antara 23 piring lauk yang disajikan, terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan dari sekecil-kecilnya ikan sepat (sepat ronggeng?) sehinggalah ke rendang kerbau!

Sambal hijau merupakan hidangan wajib disajikan di semua tempat makan Padang yang kami singgahi. Kali ini sambal hijau dihidangkan bersama pucuk ubi dan terung. Mungkin terung celur? Selain pucuk ubi sebagai ulam, dihidangkan juga kerabu pucuk ubi (gambar kabur - tak dapat paparkan) bercampur terung pipit dan kacang panjang.

Teruja sangat nak makan ikan bakar (talapia atau kalui - tak dapat nak bezakan rasanya), sampai terlupa untuk perahkan jus limau.


Sate...... sate Padang?

Rendang kerbau!
Nampaknya sudah dua kali kami makan kerbau!

Sayur kangkung dan ikan kecil (bilis?) pun habis diratah!

Antara lauk yang berkuah. Tapi tak tahu apa nama masakan ini. Gulai telur (itik atau ayam?) dengan tempe.

Kerepek kentang pedas yang sangat sedap! 

Pecalkah ini? Kami makan dengan nasi.

Barangkali penat dalam perjalanan, dan tiba di rumah makan agak lewat (hampir pukul 2:30 petang bermakna pukul 3.:30 petang di tempat kita) di tambah pula dengan suasana yang nyaman, jadi menambah-nambahlah nasi masuk pinggan! Melihat acar timun di atas itu pun sudah cukup menyelerakan! Rasanya ada dua piring acar timun. Itu pun habis licin juga kesemuanya!

Yang ini tak tahu lauk apa. Tapi yang pasti masing-masing mencari jering! Tak perasan pula ada jering atau pun tidak! Balik nanti belajar-belajarlah masak jering ye kawan-kawan! Jangan pandang jering dengan sebelah mata lagi tau!

Barangkali ada campuran jering dalam lauk di atas.

Lauk ini pun sedap! Warite kata, ada campuran kerisek di dalamnya! Rebung?


Jemput....makan tengahari di tengah sawah!

Nampak comel jew sambal ikan kering ni...ikan bilis dengan ikan sepat kering. Ada lagi bahan lain yang ditambah iaitu hirisan petai.


Lepas makan Ain main congkak!

Zana masih setia duduk di situ dengan air kelapa mudanya! Yang lain sudah meninggalkan tempat ini menuju ke musolla untuk solat jamak takhir. Waktu Asar sudah tiba rupanya!

Tutup mata...tutup muka!
Siapa punya kerja ni?
Makan tengahari mengalahkan orang yang membanting tulang di tengah sawah!
Takutlah van Pak Herman senget sebelah bila kami naik semula nanti untuk sambung perjalanan...hiks!

Lepas makan dan solat, terus ambil gambar di sekitar.
Ini pemandangan di hadapan tempat kami makan.




Pemandangan di bahagian belakang rumah makan, berhampiran dengan musolla.




Sekawan itik, sebuah pondok di tengah sawah....

Masa untuk berangkat meninggalkan Pondok Flora.



Pondok Flora dari arah jalan raya.
Jadi, kalau anda berkesempatan berkunjung ke Bukit Tinggi, pasti singgah makan tengahari di tengah sawah di Pondok Flora ini!

Sebuah rumah makan di seberang jalan berhadapan dengan Pondok Flora.

Dan Amie sudahi dengan gambar pemandangan yang jarang dapat disaksikan dan jumpa lagi dalam catatan seterusnya.


Kata-kata Pak Herman yang kami telah lupakan setiap kali berada di rumah makan Padang:
Beberapa hari di sini, nanti akan naik berat badan!


Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399

Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:
1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
17. Silver Work Koto Gadang  
18. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
19. Lobang Jepang  
20. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
21. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
22. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
23. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
24. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
25. Sepetang di Kota Padang  
26. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
27. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

6 ulasan:

notie berkata...

Makan kat sini lagi syiok... dengan suasana yang nyaman, alam sekitar yang indah, makanan jadi sedap belaka...hehehehe. Licin tu perkara biasa. Yang pasti 1-2 hari makanan minang sedap belaka tapi bila tiba hari akhir tekak dah nak makan benda lain.


Semakin cantik Pondok Flora sekarang. kalau sawah padi sedang menjadi memang suasana di sana memang cantik apa lagi kalau ianya di tanam di lereng-lereng bukit. Yang pasti seronok sebab sawah bendang tepi rumah ja. Tanam sayur kobis belakang rumah. Tanah yang subur dan cuaca yang sejuk membuatkan tanam-tanaman menjadi belaka.

notie berkata...

Jangan tutup mata dan malu jika semua licin...sebab kan dah bayar...rugi kalau tak habiskan. hahahahaha

Amie berkata...

Notie,
memang begitulah pesanan Pak Herman, kalau tidak habis makan pengusaha rumah makan yang untung, sebab semuanya sudah dibayar.

Acik Erna berkata...

Sedapnya tengok gambar menu tu Amie

Phong Hong berkata...

Bestnya pelbagai lauk pauk yang sedap2 belaka! Teringin PH nak cuba. Tapi kena ke sana lah ya.

Amie berkata...

Acik Erna,
semuanya sedap, tak ada yang tak sedap!

PH,
datanglah ke sana PH, murah pula tu. Masakan padang dimasak cara tradisional, atas dapur kayu api dan dalam belanga, rasanya memang berbeza dengan masakan menggunakan dapur gas.