Istano Basa Pagaruyung

6:13 PTG

Aktiviti kami selepas makan tengahari di tengah sawah diteruskan menuju ke Kecamatan Tanjung Emas, Kota Batu Sangkar, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Pada petang hari kedua lawatan kami ini, sekali lagi kami berpeluang meihat tinggalan warisan Minangkabau yang tidak kurang gahnya! Ia merupakan sebuah istana lama yang dikenali sebagai Istano Basa atau Istana Pagaruyung.

Istana yang cantik berseni ini pernah mengalami cerita sedih apabila pangkalan istana asal yang terletak di atas Bukit  Batu Patah dibakar dalam rusuhan berdarah pada tahun  1804, dan kemudian dibina semula tetapi dibakar pula pada tahun 1966. Bangunan baru didirikan semula tetapi di atas tapak yang berbeza dan mula dibuka kepada orang ramai pada penghujung 1970-an.
Sekali lagi, kebakaran berlaku dan memusnahkan sebahagian besar istana ini pada 27 Februari 2007 apabila kilat menyambar puncak istana sehingga mengakibatkan bangunan tiga tingkat itu musnah! Dikatakan hanya 15% sahaja barangan berharga termasuk dokumen dan barang perhiasan yang sempat diselamatkan.


 Hari ini, Istano Basa atau Istana Pagaruyung hanyalah merupakan replika dari istana asal.



 Rangkiang!

Sekali lagi, kami berpecah dua. Kali ini Warite, Akmi, Jusna dan Ain  bercadang untuk memakai pakaian adat. Amie, Zana dan Kamsiah bergerak ke sudut lain. Kami tidak berhasrat untuk mengambil gambar sekali lagi dengan berpakaian adat memandangkan masa telah lewat petang menghampiri senja.


Pengunjung boleh menaiki keretapi (?) ini untuk mengelilingi istana dengan bayaran sebanyak IDR5,000 sahaja.


 Masa untuk meninggalkan Istano Basa Pagayurung!
Entah bila dapat berkunjung lagi. Di hati berharap ini bukanlah kali terakhir, tapi kali pertama datang ke sini, dan bermakna ada untuk kali kedua atau seterusnya!

 Kamsiah!
Sudahlah tu oi!
Kobau tu tak boyi makan layi!

Jang oh Jang!
Eh! Bukan.... Warite! Kemi! Jusna! Aiiiinnn....
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo…

 Kita turun dululah!
Nanti pandailah mereka mencari kita.

 Sementara menanti Pak Herman muncul, kami jalan-jalan melihat pemandangan di hadapan pintu pagar istana.

Kalaulah dekat, mahu rasanya beli buah durian belanda @ buah sirsak ini.Harganya pun sangatlah murah, sekitar 4-5 ringgit sahaja. Encik Suami suka sangat buah ini. Seingat Amie, sewaktu kecil-kecil dahulu, selalu panjat pokok durian belanda di belakang rumah nenek, dan belum sempat buah masak ranum, sudah selamat masuk perut!  

 Buah nona?

Siapa tak kenal buah ciku? Nak beli, tapi tak jadi beli. Bincang-bincang dengan Zana, kalau beli sebiji dua bolehlah tapi dijual sepuluh biji sekaligus! Perut pun masih penuh selepas makan di tengah sawah! Tak tahu nak letak di ruang mana lagi.

Ayam apa ini?
Ada yang kata ayam Belanda.
Ada yang kata ayam Turki.
Ada yang kata ayam kuluq-kuluq!
Yang pasti ini bukan ayam deh lapeh!

Petang kelmarin, sebaik sahaja menjejakkan kaki di tempat letak kereta PDIKM, kami terpandang sebuah gerai bergerak menjual sate dan ketupat. Amie dan Warite berjanji untuk 'cuba' makan di situ. Sayangnya, setelah kami keluar dari PDIKM, gerak sate tersebut sudah tiada di situ. Mungkin jualannya telah habis! Mungkin ada sate dan ketupat di tempat lain, sebab kami memang teringin merasa sate Padang yang dikatakan menggunakan kuah yang berbeza dari kuah sate di tempat kita.

Ketika itu juga Pak Herman muncul, dan kami terus menaiki van.
Sempat juga bertanya itu ini walaupun sudah meminta maaf sebab kami 'banyak mulut'!
"Pak Herman, kenapa ketupat (katupek) berdaun hijau?" 
Di dalam hati memang rasa hairan, sebab memikirkan daun kelapa warna hijau sudah tentunya dari daun kelapa sawit. Tapi sepanjang berada di Bukit Tinggi, belum sekali terjumpa pokok kelapa sawit!
"Ketupat untuk jualan memang daunnya hijau sebab gunakan daun kelapa tua."
"Oh! Jadi memang kalau buat ketupat guna daun kelapa tua? Bukannya daun kelapa muda?"
"Daun kelapa muda pun digunakan tapi untuk buat ketupat waktu hari raya. Kalau hari-hari gunakan daun kelapa muda untuk buat sarung ketupat, nanti habislah daun kelapa muda. Ada dua jenis ketupat, satu ketupat nasi dan satu lagi ketupat pulut. Ketupat nasi makan dengan sate, dan dimakan juga dengan gulai lemak sayur."

Bila cerita tentang ketupat dan hari raya, susah benar akhir-akhir ini untuk menganyam sarung ketupat. Bukan susah sebab tak pandai menganyam tapi susah untuk mendapatkan bekalan daun kelapa muda! Akhirnya ketupat segera menjadi pilihan yang kononnya kita panggil sebagai nasi himpit! Apa salahnya kita gunakan daun kelapa tua, atau daun kelapa sawit. Siapa nak cuba?

Seperti kebiasaannya, Amie sentiasa mengambil kesempatan merakam gambar di sebelah kiri atau di hadapan. Mana-mana gambar yang dapat dirakam dengan jelas Amie kongsikan dalam catatan perjalanan ini. Menurut Pak Herman, rumah-rumah potongan Belanda (seni bina Belanda) biasanya tampil dengan bentuk tingkap yang memanjang hingga ke bawah! Yuuuppp.... Amie sentiasa mencari-cari bentuk rumah yang dimaksudkan tetapi gambar-gambar yang dirakam agak kabur! Jadi, tak dapatlah nak kongsi.




Nampaknya suasana petang mula merangkak ke waktu senja! Remang-remang cahaya matahari yang suram mula kelihatan dan bebayang senja mula menyelimuti alam.


Sebelum mengakhiri entri kali ini Amie abadikan sekeping gambar pemandangan waktu senja yang sempat Amie rakam dalam perjalanan. Bila kami melihat gambar ini bersama-sama, rasa terusik jiwa! Andainya Amie seorang jurukamera profesional, sudah tentulah Amie dapat memilih sudut yang istimewa! Sayangnya Amie hanyalah orang amatur sahaja! 
Kata  Zana: Luka lama berdarah kembali!
Kata Jusna: Cinta lama bersemi kembali! 
Jom duduk di bawah pokok besar di tepi kelok jalan, sambil memandang sawah bertingkat-tingkat di kejauhan, dengan latar gunung Marapi (atau Singgalang?) yang sebahagiannya ditutup kabus!
Kalaulah ada ayam hutan lalu di hadapan kita, marilah kita kejar, tapi kalau tak dapat tangkap  kita nyanyi saja lagu Ayam Den Lapeh!
Sikua capang sikua capeh
Saikua tabang saikua lapeh
Lapehlah juo nan ka rimbo
Oi lah malang juo!
Kata Zana, sikua capang sikua capeh, saikua tabang saikua lapeh sama maknanya dengan peribahasa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran! Haaa... ini lebih kepada sindiran orang tamak nih! ORANG TAMAK SELALU UNTUNG!

Tidak mengapa kalau kalian sekadar menyahut : Ai ai...ayam den lapeh! 
Kita pun baru melawat Istana Pagaruyung, sudah mengelilingi Batu Sangkar dan Pak Herman pun sudah beritahu tentang orang Baso! Semua tempat tersebut ada dalam Ayam Den Lapeh. 
Pagaruyuang Batusangka
Tampek bajalan urang Baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo
Ai ai
Ayam den lapeh!

Lagu Ayam Den Lapeh ni kedengarannya rancak dengan musik latar dan iramanya yang riang, tapi rupanya penuh dengan kiasan dan sindiran! Nampaknya, petang itu kami hanya mampu memandang puncak Gunung Singgalang dan Gunung Merapi dengan sawah padinya yang bertingkat-tingkat, tapi takkanlah nak hangkut pindahkan ke tanah Malaya atau Negeri di Bawah Bayu pulak kan! Kena terimalah seadanya, kelapa sawit di sekeliling kita....hiks!

 Kata Pak Herman, ini Gunung Marapi!
Walaupun sudah senja, nampak terang benderanglah pulak puncaknya!

Lagu-lagu dendangan Ria Amelia terus berkumandang di corong radio di dalam van. Kesemuanya ada 12 lagu, tetapi hanya satu yang kami boleh 'masuk' iaitu Ayam Den Lapeh dan Mudiak Arau (itupun masing-masing menamakan lagu Mudiak Arau sebagai lagu Baranak Ampek sebab tidak tahu tajuk lagu, apa lagi maksudnya!) Dengan iringan lagu-lagu Minang ini, tidaklah kami berasa berada di tempat lain, melainkan dalam dunia Minangkabau itu sendiri.
Terima kasih Pak Herman kerana sepanjang perjalanan selalu memutarkan lagu-lagu Minang. Kami memang tidak faham maknanya, tapi kami menghayati iramanya sehingga terbawa-bawa ke negeri kami di bawah bayu!


Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399

Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

2 comments

  1. Tak tahu pulak daun kelapa sawit boleh di buat sarung ketupat sebab setau saya hanya daun kelapa muda je. Kalau daun kelapa sawit selalunya dibuat lidi penyapu diraut daun yang tua.

    Wah murah sungguh buah durian belanda. Dulu-dulu masa orang tak tau bertapa bernilainya buah durian belanda, harga dia murah je. Sekarang bila tahu khasiatnya dapat elakkan kanser bukan main mahal buahnya. Durian belanda yang muda boleh di goreng rasanya macam makan buah sukun. Sedap selain dibuat jus.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe