ADSENSE

Ahad, 7 Ogos 2016

Resepi Ayam Masak Kurma Sedap!

Tiba-tiba teringat beberapa resepi masakan  yang Cik Jah (ibu mertua adik bongsu kita), bagi 3 tahun lalu. Antara resepinya yang sudah beberapa kali Amie cuba termasuklah KURMA DAGINGKURMA AYAMDALCA DAGING dan KARI KEPALA IKAN. Semuanya sedap-sedap belaka! Terima kasih Cik Jah kerana sudi kongsi resepi turun-temurun dari negeri kelahirannya, Pulau Pinang kepada Amie. Moga Cik Jah sentiasa sihat di samping anak cucu tersayang.
Hari ini Amie kongsikan sekali lagi, resepi kurma: Ayam Masak Kurma.

Macamana boleh tiba-tiba teringat resepi Cik Jah terutamanya masakan kurma sehingga timbul keinginan untuk masak kurma?

Pagi tadi jalan-jalan ke belakang dapur. Terpandang dua pasu tayar pokok pudina hidup subur merimbun! Seronok sangat tengok sebab selama ini kalau tanam pokok pudina memang tak pernah hidup! Selama ini kita yang tanam, tapi kali ini Encik Suami pula tanam. Eh! Sejuk tangan dia ye....

 Benih pudina ini kami beli di Kundasang dua bulan lepas. Mudah-mudahan terus hidup subur...

Lepas tu kita tengok buah limau nipis pun banyak bergayut di ranting. Tu yang terus teringat dua bahan segar yang perlu disediakan dalam masakan kurma : Daun pudina dan jus limau nipis! Wokey.... terus masuk dapur dan selongkar bahan nak masak kurma.


Kita tengok resepinya  di bawah ini. Gambar atas tu...saja jew Amie tambah telur rebus yang kemudiannya Amie masukkan dalam masakan kurma.

Bahan-bahan:
800 gram daging ayam - potong 8
3 biji kentang - belah 2
3 sudu makan rempah kurma
200 ml  pati santan
segenggam daun pudina
3 biji cili hijau - belah 2
1 biji limau nipis - ambil jusnya
sedikit minyak dicampur dengan  minyak sapi / mentega / marjerin 
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk halus / kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma, dan gaul sebati menggunakan api perlahan.
4. Masukkan daging ayam bersama kentang. masak hingga empuk.
5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina.
6. Perlahankan api supaya terbit minyak.
7. Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.

Perhatian:
1. Kalau tak mahu gunakan minyak sapi/mentega atau marjerin pun tidak jadi masalah. Tapi kalau tambahkan sedikit salah satu bahan tersebut, aroma masakan akan bertambah menggoda! 
2. Semasa memasak daging ayam bersama kentang, air dari daging ayam akan keluar (gunakan api sederhana), tetapi jika terlalu kering bolehlah tambahkan sedikit air sebelum masukkan santan.

Wokeh!
Ayam Masak Kurma sudah siap terhidang bersama nasi putih!

 Memandangkan jus limau nipis begitu menggoda, Amie buatkan sedikit acar timun dan dilayukan menggunakan jus limau nipis yang segar dari pokok. Mmmmmm..... kecuuurr!

Tunggu apa lagi!
Jomlah.... Bismillah.

5 ulasan:

Wani Sukarno berkata...

salam singgah kak amie..suburnyaaa daun pudina ..kat sini tak menjadi huu..kalo beli kat kedai hari ni beli esok dah layu.. buah limau kasturi kat sini pon buah lebat..dah lama tak buat kurma ayam.

Rizziela berkata...

menariknya

adda syuhada berkata...

sedapnyer...

wmm chevy berkata...

Tak pernah tau masak kurma bubuh daun pudina. Ni respei baru ni. tentu rasanya lain kan.

Liyana berkata...

fav anak2 sy nih... :)
sy tambah segenggam lada hitam yg ditumbuk halus... dan sedikit cili api... nk makan baru picit perut cili api hahaha