ADSENSE

Jumaat, 22 Januari 2016

Nasi Ayam Sedap!

Setelah sekian lama berhibernasi.... mogok tak masak-masak di dapur mayaku ini!
Inilah paparan resepi yang pertama tahun 2016!


Sebelum pulang ke LD untuk cuti semester selama 5 minggu, Farid berpesan... nanti Mommy masak sedap-sedap ye. Adeeeehhhh... nampaknya awal tahun 2016 begitu sibuk dengan pelbagai urusan. Habis waktu persekolahan, bermesyuarat itu ini, dan belum sempat menjamah makan tengahari... terpaksa bergegas ke padang. Sebelah malamnya pula menyiapkan tugasan yang belum selesai di sekolah. Opppss! Tak mahu cakap banyak tentang itu... kita cerita resepi saja di sini..errkkk!
Bukan main seronok anak-anak bila kita kata nak masak nasi ayam! Walaupun lewat petang, dan tak sempat untuk dijadikan hidangan tengahari.. anak-anak tetap kelihatan gembira menikmatinya! Resepi ini bukanlah resepi luar biasa, ia biasa-biasa saja.... ahaks!

Wokey... mari kita tengok resepinya di bawah ini.

Kali ini Amie masak nasi ayam menggunakan beras basmathi. Amie tambahkan secubit herba saffron dalam masakan ini. Amie cuci dan kemudian rendam selama 20 minit dan selepas itu toskan airnya sebelum dimasak. Biasanya Amie masak gunakan pengukus tapi kali ini Amie masak gunakan rice cooker. 

Resepi : Nasi Ayam
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam selama 20 minit 
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar stock ayam pekat MAGGI Cukup Rasa
4 sudu besar marjerin
3 ulas bawang putih - hiris halus
4 cm halia muda - hiris halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan - siat-siat
secubit herba saffron - rendam dengan 1 sudu besar air panas

Cara memasak:
1. Panaskan marjerin di dalam rice cooker. 
2. Tumis hirisan bawang putih, halia muda, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga serta daun pandan. Kacau sehingga terbit bau.
3. Masukkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih.
4. Toskan beras yang direndam tadi dan terus masukkan dalam rice cooker.
5. Masukkan herba saffron dan stock ayam pekat MAGGI.
6. Gaul rata dan kemudian tutup rice cooker.
7. Biarkan sehingga nasi menjadi tanak.

Jom kita cerita tentang lauknya pula. Sebenarnya Amie buat dua cara... ayam goreng dan ayam rebus. Maklumlah... dah usia matang begini, kalau boleh nak kurangkan kolesterol...lelemak tu he he heee. Tapi anak-anak tak berapa minat dengan ayam rebus @ kukus. Jadi, biarlah buat ayam goreng untuk anak-anak.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar - potong 4 bahagian - ketepikan sayap, kaki dan tulang belakang bahagian dada ayam
3 ulas bawang putih tumbuk
3 cm halia - tumbuk
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil perencah MAGGI Cukup Rasa

Cara memasak:
1. Cuci dan toskan daging ayam.
2. Perap daging ayam bersama semua bahan tumbuk, sos tiram, kicap manis, dan perencah MAGGI Cukup Rasa selama 30 minit.
3. Goreng tenggelam di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas.
4. Setelah daging ayam berwarna kuning keemasan  atau telah masak bolehlah diangkat.

Sekarang kita lihat pula resepi sup untuk nasi ayam. Sorry laaa... lupa nak ambil gambar sup... tuuu  naaa di hujung pinggan nasi ada semangkuk kecil...ahaks!

Bahan-bahan:
2 kepak ayam, bahagian leher dan tulang belakang dada ayam serta kaki ayam - potong ikut suka
1.8 liter air - (4 cawan air rebusan ayam digunakan untuk masak nasi)
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - belah 4
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 cm halia - diketuk
1 sudu kecil lada putih - ditumbuk
2 sudu besar perencah MAGGI Cukup Rasa
hirisan daun bawang / daun sup / bawang goreng untuk hiasan

Cara memasak:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali lada putih, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
3. Masak sehingga isi ayam lembut.
4. Setelah 4 cawan air rebusan tayam tadi diasingkan (untuk masak nasi ayam) tambahkan lada putih. 
5. Ketika menghidang, taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya.



Wokeyyy... ada lagikah resepi yang tertinggal. Ohh yeaaa.. sambal nasi ayam la pulak! Disebabkan berminat dengan hidangan nasi ayam di Sabah Chicken Wangi di Tawau tempohari, Amie ubahsuai sedikit cara penyediaan sambal ayam kali ini. Orang Cina kan suka bubuh banyak halia dalam masakan, jadi Amie pun lebihkan halia dalam sambal. Amie gunakan halia muda. 

Bahan-bahan:
2 biji cili merah - buang biji
7 bili cili padi
7 ulas bawang putih
5 cm halia muda
2 sudu besar jus limau kasturi
garam/ gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar halus.
2. Sediakan sambal ini sekurang-kurangnya satu jam lebih awal supaya rasanya lebih mesra ketika dinikmati bersama nasi ayam-ayam and the gang... he he heee!

Nampaknya ada lagi satu resepi yang tertinggal... kicap! Rasa dah lenguh menaip ni... kalau nak tahu juga resepinya, bukalah tudung saji di DI SINI. Carilah sendiri resepi sos kicap itu ye... Dah lapar sangat nih... mari kita hidangkan. Hiaskan dengan hirisan mentimun dan juga daun salad serta tomato.


Selamat menjamu selera!

3 ulasan:

inahar ali berkata...

woww..terliur nengok nasi ayamnye! nampak lembut cantik nasinye amie!

City Homestay berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
City Homestay berkata...

Wah sedapnya. Mesti cuba ni!