Melaka : Kapal Flor de La Mar, Muzium Samudera II & Muzium TLDM

10:03 PTG

Ada yang kata Flor de La Mar membawa maksud Bunga Laut. Ada juga yang mengatakan Si Kuntum Laut. Kapal ini milik Portugis, dibina di Lisbon  dengan anggaran  seberat 400 tan. 

Flor de La Mar dibina pada tahun 1502. Floe de La Mar memulakan pelayaran pertama di bawah arahan pengemudian Estavao de Gama iaitu abang Vasco de Gama. Pada 1505, Flor de La Mar dibawa ke India oleh Portugis dan kemudian pada pelayaran balik kapal ini belayar di sekeliling pantai Tanjung Harapan sebelum kembali ke Mozambique untuk dibaiki. 

Seterusnya, Flor de La Mar menyertai ekspedisi penjajahan Ormuz pada tahun 1507 dan turut serta dalam ekspedisi pertempuran Diu pada 1509 dan berjaya menawan Goa pada tahun 1510.


Jangka hayatnya tidak lama... hanya berusia 9 tahun sahaja apabila diwartakan karam di Selat Melaka pada tahun 1511 ketika dalam pelayaran Alfonso de Albuquerque  membawa muatan berharga untuk dipersembahkan kepada Raja Portugis!


Walaupun sudah dianggap tidak selamat, Flor de La Mar masih tetap digunakan sebagai salah satu kapal untuk menawan Melaka, yang ketika itu sebagai sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan terulung pada kurun ke-15 di dunia di sebelah Nusantara. Dengan memberikan tanggungjawab yang besar untuk membawa kapasiti barangan melebihi had muatan, Afonso de Albuquerque mahu menghadiahkan harta rampasan dari Melaka kepada Raja Portugis ketika itu, Raja Manuel I. Kapal juga digunakan dalam pelayaran pulang, menjelang akhir tahun 1511, untuk mengangkut khazanah besar yang dihimpunkan dalam penaklukan Melaka serta hadiah dari Kerajaan Siam (Thailand) kepada Raja Portugal.



Apabila “Flor de La Mar” belayar keluar dari Melaka dan mahu menuju ke Goa, yakni di persisir perairan Sumatera timur di Selat Melaka berdekatan negeri Pasé (Pasai), tanpa diduga, telah berlakunya ribut yang dahsyat, dengan panahan petir yang kuat yang menyebabkan laut bergelora di Selat Melaka, kapal digambarkan rosak teruk menyebabkan banyak barang rampasan musnah, dan ramai terkorban.[2]



Akibat dari kerakusan alam itu, kapal Flor de la mar tidak dapat bertahan lalu tenggelam dan karam di lautan berdekatan persisir pantai. Kejadian itu berlaku pada malam 20 November 1511. Walaubagaimanapun, laksamana Afonso de Albuquerque telah terselamat, tetapi masih dalam keadaan yang sukar, dengan hanya mengharapkan pertolongan rakit ubah suai ia cuba menyelamatkan diri, tetapi semua kargo bernilai berbilion-billion dolar hilang dalam sekelip mata.

“ “Tidak ada apa yang terselamat kecuali mahkota dan pedang emas dan cincin bertakhta batu delima yang disampaikan oleh Raja Siam kepada Raja D. Manuel. Antara yang hilang, Afonso de Albuquerque sangat berduka kebanyakan semua gelang yang dia telah temui di Naodabegea, yang dia mendapat anugerah kepujian untuk ditunjukkan kepada raja, dan empat (atau enam) singa gangsa dari Sultan Melaka yang dia berhasrat untuk menguburinya sendiri (membuangnya tidak mahu disimpan lagi)” 


Sumber:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Flor_de_La_Mar


Tiket masuk untuk dewasa hanya RM5 dan kanak-kanak RM3. Pengunjung bukan sahaja berpeluang memasuki Replika Kapal Flor de La Mar kerana tiket ini juga digunakan untuk memasuki Muzium Samudera II yang terletak di hadapan replika kapal,dan Muzium TLDM yang terletak di seberang jalan bersebelahan dengan Anjung Samudera.

 Kena naik tangga untuk masuk ke dalam kapal.

  Pemandangan dari atas kapal.

Marilah kita telusuri sejarah tanahair kita, imbas kembali peristiwa masa lampau agar kita tidak mengulangi kesilapan. Ambil ikhtibar agar tidak tercipta sekali lagi sejarah hitam!

  Jumpa lagi Hang Tuah di sini.



 Antara khazanah lama yang terdapat dalam perut replika kapal.


Alhamdulillah....
Sekiranya anda sentiasa mengikuti perkembangan sejarah negara, anda sudah semestinya mengetahui bahawa Flor de La Mar telah ditemui semula!

KULAIJAYA 22 Feb. - Usaha mengapungkan kapal Portugis, Flor De Lamar yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh, Indonesia ketika membawa rampasan khazanah empayar Melaka bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM6.4 bilion) dijangka dapat direalisasi dengan kerjasama tiga negara.
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan usaha tersebut, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, negara terbabit ialah Malaysia, Indonesia serta Portugal dan untuk mencapai hasrat itu, beliau telah mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk melaksanakan projek itu.
"Sejak dahulu beberapa percubaan telah dibuat oleh pemburu harta karun dari Eropah dan Asia untuk kenal pasti lokasi kapal Portugis itu, tetapi cubaan itu gagal atas beberapa perkara teknikal.
"Ini kerana terdapat 30 kapal di lokasi tersebut. Jadi, jika hendak mengenal pasti yang mana satu kapal Flor De Lamar, kita memerlukan teknologi canggih serta melibatkan kos kira-kira AS$30 juta (RM96 juta)," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Usahawan Bumiputera Perlu Bijak Rancang Strategi di Dewan Bandar Putera, di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) percaya dengan kerjasama kerajaan ketiga-tiga negara terbabit, kapal tersebut boleh diapungkan dan secara langsung mengembalikan warisan dan kehebatan empayar Melaka ketika itu yang telah pun diambil oleh Portugis," katanya.
Rahim berkata, harta karun di dalam kapal Portugis itu yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh diyakini masih tidak terusik kerana sudah dilitupi lumpur dan ditumbuhi batu karang.
"Kami difahamkan dalam kapal itu ada lebih 40 jenis barangan berharga yang hendak dibawa ke Portugal dari Melaka pada 1511, setelah dirampas oleh Panglima Afonso de Albuquerque.
"Senarai khazanah Melaka itu kemudian telah disenaraikan oleh anak Alfonso sebelum dibawa ke London dan badan lelongan harta purba di sana menganggar nilainya lebih AS$2 bilion.
"Antara harta karun itu ialah 22 peti wang emas dan perak serta dua patung monyet emas bertatahkan batu permata yang diberikan kerajaan Thai kepada Melaka," katanya sambil memberitahu harta berkenaan bukan sahaja mempunyai nilai kewangan, malah warisan sejarah.

Sumber: http://realitiabadi.blogspot.my/2014/11/percaya-atau-tak-kami-akan-cuba.html

Petikan dari Astro Awani : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perlu-kerjasama-buru-harta-flor-de-la-mar-34138
Sebelum ini, pencari harta karun Amerika, Robert Marx menyifatkan Flor De La Mar ialah kapal kaya raya yang telah hilang di lautan.Jelas Robert, kapal itu dikatakan menampung 200 tong dipenuhi batu permata berharga, berlian dari saiz kecil setengah inci sehingga sebesar genggam manusia. Difahamkan, usaha mengapungkan kapal itu memerlukan penggunaan teknologi tertentu dengan menelan kos sehingga RM98.9 juta (AS$30 juta).

Wokeh...
Kita melawat Muzium Samudera II pula.... masuk kena buka kasut ye, sama seperti masuk dalam perut kapal tadi.


Antara yang terdapat dalam muzium ini...



...kalau nak tahu lebih lanjut, datanglah ye.
Ni nak terus masuk ke Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia pulak.
Masuk saja, tak payah buka kasut.


Inilah yang anak-anak suka tengok.

 Macam-macam ada di sini... tapi dah tak larat nak ambil gambar...





Memandangkan pukul 3 petang kami akan bergerak ke Port Dickson, terpaksalah kami menamatkan lawatan di Melaka setakat ini sahaja....


3 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe