ADSENSE

Ahad, 17 Januari 2016

Cuti-Cuti Semporna : Pulau Bohey Dulang


Terima kasih kerana masih sudi mengikuti coretan perjalanan percutian kami ke Pulau Bohey Dulang, Semporna.

Terima kasih yang tidak terhingga untuk Cikgu Habibi kerana sudi mengurus perjalanan kami, dari memohon permit lawatan dan juga tempahan bot laju. Nak masuk ke pulau Taman Marin Tun Sakaran kenalah dapatkan permit dulu dari Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah yea...uruskan saja dengan agensi pelancongan yang anda pilih. Jangan lupa bawa surat kebenaran tersebut bersama-sama anda ketika ke pulau yang ingin dilawati.

Minta maaf banyak-banyak sebab setiap paparan teramatlah panjang lebarnya... gambar pun tak terkira banyaknya! Kadang-kadang kita tak mampu nak menerangkan jadi gambar sajalah yang boleh dijadikan alat bantu mengajar ....ahaks!
Sebelum ini Amie kongsikan paparan tentang perjalanan dari Jeti Umum Semporna ke Pulau Bohey Dulang DI SINI. Oppss! Lupalah pulak... ekspedisi kami ini sebenarnya telah dilaksanakan dengan sempurnanya pada 2 Januari 2016 bersamaan pada hari Sabtu.

Kepada sesiapa yang ingin ke pulau ini, terutama yang belum pernah datang... beberapa peringatan penting perlu Amie sampaikan di sini. Pulau Bohey Dulang tidak menyediakan kemudahan seperti tempat penginapan, restoran atau kedai makan, tempat solat dan sebagainya. Toilet ada disediakan tetapi disebabkan kemudahan air bersih sangat terhad, jadi pastikan anda tidak tercari-cari tempat untuk qada' hajat. Selesaikan hajat anda di tanah daratan terlebih dahulu. Kalau nak makan pun, tidak ada tempat khusus. Tapi bolehlah nikmati bekalan makan minum anda di atas jeti. Satu lagi.... yang tak tahan panas tu... eloklah bawa topi. Kalau tak bawa topi, beli sajalah di Semporna Tourism Ocean Centre. Kalau nak sapu-sapu krim pun boleh... ikut suka koranglah....ahaks!
Oppps! Ada lagi satu ... kena pakai kasut tau sebab anda akan mendaki bukit! Untuk apa daki bukit? Jangan banyak songel... terus jew scrool ke bawah....




Ini Heli... kami punya guide. Heli ini sangat peramah orangnya! Apa yang kita tanya sedaya upaya dijawabnya dengan baik. Untuk Heli, bayaran sebanyak RM50 diberikan sebagai ganjaran menjadi guide kami sepanjang hari.

Memandangkan bot memecut laju, kita pun tak berani nak angkat kamera. Nak tangkap gambar pun hasilnya terhoyong-hayang macam orangnya juga! Gambar di atas tu... bayang di belakangnya yang seperti orang perempuan sedang tidur semakin kami hampiri. Di hadapannya pula sederetan rumah terapung tapi tak boleh nak ambil gambar dekat sebab bot menuju arah yang berlawanan. 

Walaupun gambar tak berapa jelas, dapatlah juga tangkap objek seperti rumah terapung itu. Amie sangka rumah Bajau Laut, tapi bila diteliti lain pula bentuknya. Bila Amie tanya Heli, jawabnya :
Itu rijot.
Ha? Rijot?
Ya.. Rijot Singgamata.
Oooo.... resort!
Terus terbayang peristiwa penculikan warga Taiwan suatu ketika dulu!
Dan juga bayaran yang rasanya tak berapa mampu nak keluarkan dari poket... RM700 +++ untuk satu malam. Kalau ada yang sponsor okey juga...hiks! Patutlah kalau ke Pulau Sipadan pun kena keluarkan RM600 untuk satu hari sahaja, tanpa bermalam... (info yang Amie peroleh dari agen pelancongan).
Apa pun kalau sudah pasang hasrat, segala rintangan boleh diatasi... jom mula menabung untuk kunjungan ke pulau-pulau lain di sekitar Semporna ini. Rugi rasanya kalau tak jejak kaki ke tempat-tempat tersebut sementara ada kesempatan berada di bumi Sabah.

 Dari mula belayar sampailah hampir mendekati pulau, Amie suka sangat melihat warna air laut yang membiru (walaupun sebenarnya ada rasa gerun) dan air laut nan menghijau yang menandakan bot mula menghampiri pesisir pantai. Ketika itu barulah kurang rasa kembang kempis perut!

 Di kejauhan... bot laju memecut mendahului kami!

 Di kiri kanan kami sebenarnya banyak sampan nelayan kecil yang sedang memancing ikan. Melihat mereka menarik joran dengan hasil tangkapan rasanya ingin turut serta! Aduhai....

Bot bergerak perlahan apabila tiba di kawasan air cetek yang menghijau. Itulah jeti Pulau Bohey Dulang.

Nampak tak warna gelap bertompok-tompok di bawa air nan menghijau itu? Itulah batu-batu karang yang menjadikan tempat ini digemari oleh ikan-ikan bersembunyi!

Air laut yang bersih dan jernih tanpa cela! Maha Suci Allah yang menjadikan alam semesta ini begitu indah! Mana nak jumpa suasana begini di tempat kami... di daratan?

Rasa lega... teramat lega setelah lebih kurang 45 minit berada dalam bot laju, meredah lautan biru! Bolehlah kami jejakkan kaki di Pulau Bohey Dulang ini.

Ketibaan kami disambut oleh polis marin yang bertugas mengawal keselamatan di situ, Seterusmya kami dikehendaki mendaftar  untuk memasuki pulau.

 Ketika melangkah di atas jeti.... mata tertumpu ke bahagian bawah....
Ya Allah.... banyaknya ikan!

 Amie difahamkan ini ialah kawanan ikan tulai. Bukan ikan bilis ye!
Rasanya kalau boleh... nak tangkap 2-3 ekor... nak terus goreng!

 Oh! Syurga ikan!

Ini merupakan kawasan terumbu karang. Yang warna hitam berbulu itu ialah landak laut. Landak laut juga disebut bulu babi. Ada cara tertentu untuk memegangnya, sebab kalau tersalah pegang... akan terasa sakit sengsaralah jari atau tangan kita bila tercucuk bulunya yang tajam... lebih tajam dari jarum!

 Anda boleh menyaksikan beribu-ribu ekor ikan di bawah jeti ini.

Masuk ke kiri untuk pendaftaran masuk. Jika masuk ke kanan anda akan berpeluang melihat kima gergasi... di Pusat Pembenihan Kima Gergasi. 

Kami meneruskan perjalanan untuk mendaki bukit. Haa... inilah gunanya pakai kasut! Yang tak pakai kasut, misalnya pakai selipar tidak dibenarkan panjat bukit. Jadi, pandai-pandailah cari kasut kalau nak naik juga.

Inilah tangki air yang ada! Memang bekalan air sangat terhad! Ada tandas disediakan tapi ... air tak cukup banyak untuk menampung keperluan memandangkan pada hpagi kami sampai pun pengunjung bertali arus tidak putus--putus naik dan turun bukit!

 Bekalan elektrik pun tidak ada kot... ini pondok generator!

 Kami pun memulakan pendakian. 

Berapa jarak atau paras ketinggian bukit yang perlu di daki? Taklah sampai puncaknya yang ala-ala puncak Kinabalu tu.

 Cuma 300 meter sahaja!
Taklah tinggi mana..
Oii... tungu dulu! Jangan fikir serendah 300 meter sahaja yea...

Kejap naik kejap turun, kejap daki tangga, kejap melepasi batu-batu.... 300 meter jadi 600 meter! Oh! Macam daki gunung pun ada!

Cukup melelahkan bagi Amie yang sebenarnya tidak pernah membayangkan ketinggiannya! Ingatkan hanya setinggi bukit di Pulau Sapi... tempat kami berzipline dulu tuh! Tanpa persediaan stamina yang kuat, memang membuatkan kita tercungap-cungap! Tapi... yang seronoknya sebab boleh membakar ribu-ribu kilo kalori! Basah kuyup seluruh tubuh... basah lenyai juga bajuku! 

Terima kasih buat Cikgu Majit yang sentiasa memberikan semangat, membawa kamera kita sampai ke atas,  dan Cikgu Habibi yang tolong tangkap gambar.

Kata Heli, guide kami dan mereka yang pernah datang ke sini... rugi tak sampai ke atas bukit! Redah aje laaa... Dah sampai pertengahan jalan, takkan nak patah balik. Mesti boleh sampai tu.... terima kasih Cikgu Majit! Terima kasih banyak!

Pemandangan di atas bukit Pulau Bohey Dulang. Sebenarnya bukan setakat warga tempatan sahaja yang mengunjungi tempat ini, sebab Amie lihat ramai pelancong asing turut tercungap-cungap mendaki bukit. Bila Amie tegur  mereka tak faham... tak boleh bebahasa Inggeris rupanya, terutamanya pelancong dari Korea dan Jepun. Yang bergambar di depan macam nak terkam harimau tu bukan orang Jepun eaaa... tu Azland, orang Dusun Kadazan dari Ranau.

Sampai juga Cikgu Nozia dengan Cikgu Alias. Pasangan suami isteri yang sangat sporting! Topi yang Cikgu Nozia pakai tu kami sama-sama beli di jeti Semporna.... he he hee.

 Antara pemandangan sekitar dari atas bukit yang sempat dirakam.

 Cantik kan?

Nanti Amie akan paparkan satu entri khas untuk koleksi gambar pemandangan dari atas bukit. Sayang sangat dengan koleksi gambar tu tau... eloklah kita kongsi bersama!

Bila turun dari bukit, barulah teringat nak tangkap gambar tempat melihat pemandangan tadi. Itulah bukit yang kami daki. Selain aktiviti hiking,  snorkeling pun ada... tapi kami sepakat setelah turun bukit, kami teruskan pelayaran ke Pulau Sibuan pula.
Masa? Tak silap waktu itu melepasi pukul 11 pagi.
Perut?
Oh! Tersangatlah laparnya sebab dari pagi belum diisi!
Syukurlah, Cikgu Nozia sudi sediakan bekalan untuk kami. 
Tak sabar rasanya untuk sampai ke Pulau Sibuan.... yang penting nak isi perut!

Kita ke Pulau Sibuan pulak... kata Cikgu Habibi.

3 ulasan:

kasihilmar.com berkata...

Saya belum pernah sampai ke sana..nampak begitu menarik untuk percutian keluarga.

nurul izzati raihan | an cwet laveta | berkata...

kak boleh sy minta no tourguide akk? sy bercadang nak pergi semporna bulan 9 ni

Amie berkata...

Nurul,
Kak tak simpan /minta nombor tu. Tapi boleh terus berhubung dengan mana-mana agensi pelancongan di sana. Selamat dayang ke Semporna.