Cuti-Cuti Semporna : Bermalam di Scuba Tiger Holiday Resort

11:18 PTG

Farid sudah seminggu pulang bercuti. Tak sempat nak bawa jalan-jalan. Tak sempat nak sediakan hidangan yang sedap-sedap seperti yang dipintanya. Sibuk sangat ke? Aaarrgghhh... tak mahu cerita tentang kerja di sini. 
Bila Amie kemukakan cadangan untuk bawa anak-anak bermalam di Kampung Tampi-Tampi di Semporna, Encik Suami tanpa banyak karenah terus bersetuju.
Kelmarin.... pulang dari sekolah, selepas acara merentas desa, kami bertolak dari Lahad Datu ke Semporna selepas solat Zohor.

Kami menginap satu malam di Scuba Tiger Holiday Resort. 

Cantik tak?
Cantikkan pemandangan di sinii.

Iklan kejap...
Nampak layu saja muka anakanda kami ini. Maklumlah... belum tidur dari pagi, tiba-tiba kami nak bawa jalan ke Semporna pulak. 

Dah layu betul matanya tu... makan aiskrim pun dah tak larat.
Habis makan aiskrim, Firdaus terus tertidur di pangkuan kita sampailah tiba di Kampung Tampi-Tampi. Memang lena betul sepanjang 160 km perjalanan kami. Elok saja sampai di pintu gerbang Scuba Tiger Holiday Resort... dia pun buka mata!

Ambil gambar kenangan di sini.
Semuanya 5 abdul! Mak Minah tak ada...
Biasalah... photografer amatur sentiasa di belakang kamera!

Ini antara chalet yang disediakan. Kalau berminat boleh sediakan RM400.00 per/night.

Kami taklah bermalam di chalet... sebaliknya kami memilih Long House sahaja,  dengan bayaran RM60.00 satu kepala. Firdaus tu FOC saja... jadi total RM300.00. Bolehlah tu bajet untuk golongan marhaen ...ahaks!

 Selamat datang ke Long House... kata Firdaus.

 Inilah keadaan dalam bilik berkatil 5. Tidak ada almari pakaian dan sebagainya sebagaimana yang disediakan di hotel.


 Bilik airnya pun ringkas saja.

Sabun mandi bawa sendiri yea..

 Pemandangan di beranda Long House.

Oleh sebab anak-anak rasa lapar (sebab belum makan tengahari), kami pun bergegas naik kereta menuju ke Restoran Warisan yang pernah diwar-warkan terkenal dengan aneka hidangan lautnya. Restoran ini boleh dilihat dari resort kami.

Pemandangan sepanjang meniti jambatan menuju ke Restoran Warisan.
Kawasan ini merupakan perkampungan air bagi masyarakat Bajau. Nampak jernih air laut nan menghijau itu.

 Kalau nak masuk sini kena bayar RM2. 
Kami tak singgah... kami terus jalan nak cari makan...ahaks!

 Ramai yang berkelah di sini... siap bawa makanan lagi... yang sempat Amie intai...ngeee.

Sementara menunggu hidangan makanan yang dipesan siap dimasak, Amie tinjau-tinjau suasana di sini. Wow! Ada penerjun gaya bebas rupanya... di tempat masuk yang dikenakan RM2 tadi tu.

 Amie cuba-cuba tangkap... kalau menjadi!

 Tu dia.... entah gaya apa yea... he he heee. Tapi cukup mengujakan!

 Berapa markah nak bagi? 

Jom tengok pemandangan laut lepas... banyak bot laju berulang-alik di kawasan ini. Nun di seberang...pohon kelapa melambai-lambai. Nampak tenang mendamaikan! Alangkah indahnya pemandangan alam di petang hari di sini.

Oh! Rupanya tempat ini letaknya bersebelahan dengan tempat kami menginap. 
Nampak tak pemandangan di seberang sana tu.... jumlah yang tak seramai kita lihat di kawasan Restoran Warisan. Itulah kawasan Scuba Tiger Holiday Resort!
Nampaknya esok pagi giliran kamilah pulak berkubang dalam air!

 Makanan yang dipesan pun sampai. 
Bismillah...

Anak-anak Bajau sedang mandi-manda... di tangga rumah mereka.

 Pemandangan di Scuba Tiger Holiday Resort di kala senja,

Lampu-lampu sudah dinyalakan.

Sana sini tema harimau belang....

Perkhidmatan van pun ada...
Sesiapa yang berminat untuk bercuti di sini, boleh klik DI SINI untuk maklumat lanjut.

Walaupun sudah makan di Restoran Warisan, tapi anak-anak sepakat mengatakan masih lapar! Jadi... malam itu kami sekeluarga pun keluar ke pekan Semporna untuk jalan-jalan cari makan! Singgah dulu di kerusi lepak tepi pantai. Rasa nak tidur jew ...angin semilir menerpa ke wajah....waduuuhhh  waduuuhhhhh!

Oh... ya sebelum terlupa kita nak cerita tentang pakej percutian di sini. Pakej yang disediakan di sini selain penginapan anda juga berpeluang untuk mengikuti aktiviti snorkeling dan diving di pulau pilihan anda seperti Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Kappalai dan sebagainya. Bayaran tambahan akan dikenakan...
Anda juga berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis sukan air seperti jet ski, fllying fish, water tricycle dan entah apa lagi... 
Eh! Kita cerita lain pulak... padahal tadi kisahnya nak keluar cari makan di pekan Semporna!

Kononnya Encik Suami nak meratah seafood... tapi punyalah penuh orang di situ! Tak ada tempat duduk! Kami pun pergilah ke hujung... pesanlah apa saja yang anak-anak suka.

Last supper...
Sambil menghirup angin laut!

Kami diingatkan supaya pulang ke resort tidak lewat pukul 11: 00 malam. Sebelum masuk ke Long House petang tadi pun, kami dikehendaki mengisi borang maklumat peribadi untuk ditunjukkan kepada anggota keselamatan. Setiap malam tempat tersebut akan didatangi oleh anggota keselamatan.... alhamdulillah! Rasa lega...

 Lihatlah bulan yang berlindung di balik awan....

Naaa... nda boleh ditegur itu bulan... dia muncul akhirnya menyinar permukaan laut!

Kami melewati chalet yang terletak di sebelah kiri untuk sampai ke Long House nuuunnn di belakang sana. 

Keesokan pagi...

Anak-anak dan Encik Suami mandi-manda di laut. Tapi tak ada yang berani buat terjunan seperti penerjun gaya bebas petang kelmarin...

 Main-main air di tempat cetek jew...
Marah betul nampaknya abang Farid bila kepalanya disimbah air laut... siapa punya kerja tu? Fairuz atau Fuad? Dua-dua tak mahu mengaku.

Bilas... jangan tak bilas badan selepas mandi laut!

 Sejuk ke sayang?

 Tempat menukar pakaian dan membilas badan selepas mandi laut.


Ada restoran terapung di sini... ingatkan nak sarapan di sini tapi nampak macam sunyi saja. Jadi kami putusklan untuk terus check out... cari makan di pekan Semporna dan terus balik Lahad Datu.

Sempat tangkap lagi gambar persekitaran Scuba Tiger Holiday Resort sebelum pulang.

Jumpa lagi...

Entri bersambung.....


3 comments

  1. Assalamualaikum Amie...lama tak singgah. Menarik sekali percutian Amie sekeluarga..bila agaknya Cik Wan boleh ke sana. Cik Wan juga suka tgk T-Shirt siap dengan nama tu..nak tiru nanti hehehe

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Cik Wan,
    bila-bila masa boleh datang...moga ada kesempatan berkunjung ke sini ye Cik Wan. T-Shirt tu beli di Melaka Cik Wan, masa kami ke sana Disember lepas.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Amie.. seronoknya dpt tgk gambar2 percutian Amie sekeluarga...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe