ADSENSE

Isnin, 18 Januari 2016

Bermalam di Glory Beach Resort

Kali ini Amie nak sambung cerita tentang cuti-cuti kami pada Disember 2015 lalu. Tak jauh mana pun perginya... hanya ke Port Dickson saja! Teruja nak ke PD sebab dah berpuluh tahun tak ke sana... dan rasanya pernah pergi kali terakhir sewaktu tingkatan 2, ikut rombongan sekolah! Lama tu...lebih 30 tahun kot!


Setelah tersesat sehingga terpaksa melalui 3 laluan tol, akhirnya kami sampai juga ke Port Dickson. Bukan apa... terlepas pandang papan tanda yang sepatutnya arah Kuala Lumpur, tapi kami ikut arah ke Johor Bharu!

 Maklumlah masih terkenang-kenang kota Melaka yang ditinggalkan!

Guide kami... Ziah... entah keman hilangnya! Cuaca semakin gelap sebab mendung! Syukurlah kad touch and go masih banyak RMnya! Minta maaflah Encik Suami... sebab kita leka sampai Ziah pun terlepas pandangan dari kita! Fuad buka GPS, sambil menelefon Ziah, akhirnya kami temui jalan keluar!

Lega rasanya bila terpandang papan tanda di atas tu!

Ziah biasa menginap di sini..apartment di Glory Beac Resort. Katanya satu malam RM280. Memang sesuailah pilih apartment untuk kami anak-beranak menginap sebab hptel lain di sekitar Port Dickson penuh! Maklumlah... hampir menjelang Krismas.

Glory Beach Resort terletak di Pantai Tanjung Gemuk. Ada hotel dan juga apartment. Kebetulannya ada tempat kosong, jadi Ziah terus booking untuk kami. Tuan rumahnya, kalau tak silap India... tapi entah ke mana Amie letak kad niaga yang diberikan tempohari.

Bila dah rasa letih sangat, nak tangkap gambar suasana dalam apartment tu pun dah tak larat... Bila tengok semula dalam memory card ada gambar Firdaus mengusung bantal busuknya! Itulah suasana tempat bermalam kami.

Ruang tamunya memang penuh dengan sofa dan juga televisyen, serta meja dan kerusi makan di belakangnya. Pendingin hawa juga disediakan, tak ingat ada berapa. Peti sejuk dan pemanas air turut disediakan.

 Ketika ini hari sudah remang-remang senja... Firdaus pun belum mandi. Tengoklah naju yang dipakainya tu pun baju yang sama ketika melawat Bandar Hilir Melaka!


Bilik airnya hanya sebuah. Kena kongsi bersama. Tuala yang disediakan hanya dua helai termasuk sabun mandi.


 Ini bilik tidur utama.

Dan bilik tidur dengan katil single. Extra tilam dan bantal disediakan.. tapi tak sempat kira he he heee.

 Dalam keadaan letih pun sempat juga menjenguk ke luar beranda... wow! Ada kolam renang.

Bila diperhatiakan betul-betul rupanya kolam renang itu milik jiran...Hotel Grand Lexis yang bertaraf 5 bintang tu! Uiii... bilalah boleh merasa bermalam di hotel mewah yang serba-serbi istimewa itu? Tak apalah... bagi pengunjung marhaen  he he heeee... menginap di apartment pun dah cukup bagus...ahaks! Ada rezeki nanti bolehlah singgah di situ.


Nampak permai sangat suasana sekitar Gran Lexis tuuu.. sampai kita terlupa kaki kita ni sedang berpijak di beranda Apartment Glory Beach Resort! Malam tuu kami keluar cari makan  di Medan Ikan Bakar Batu 4.

Pemandangan di waktu pagi. Kelmarin tak sempat tengok keliling, maklumlah sampai pun dah senja. Penat lagi satu hal... 

Ada taman permainan dan kolam renang di sediakan dan boleh digunakan oleh para pengunjung yang berada di hotel atau di apartment.

Tempat tukar pakaian pun ada.

Berjalan ke hadapan sedikit, sudah kelihatan pantai Port Dickson. Airnya masih surut.


Orang ramai lebih tertumpu di kolah renang berbanding di tepi pantai. Walaupun hari masih pagi, tapi nampak ramai yang berada di sini.


Yang seronoknya... ada pula haiwan di sini.



Di dalam kolam bulat ini katanya ada ikan gergasi... tapi tak nampak pun!

Tempat sukan dan permainan pun disediakan. Bolehlah main sepak takraw atau tennis di sini.




1 ulasan:

Rizziela berkata...

mcm best gak.. tp sy lebih suka g ke Tiara beach resort.. skg dah tukar nama ker apa ntah