ADSENSE

Isnin, 4 Januari 2016

Restoran Asam Pedas Selera Kampung

Hari Selasa.
22 Disember 2015.
Encik Suami bayar RM2.00 sahaja di tempat letak kereta bersebelahan dengan Medan Samudera. Tiada had masa. Letaklah di situ sepanjang hari atau sepanjang malam. Tiada bayaran tambahan akan dikenakan.
Kononnya, nak singgah sekali lagi di Restoran Asam Pedas JR, mesti nak rasa asam pedas di situ sebelum meninggalkan Melaka. Sebaik sahaja melintas jalan nak menuju ke restoran tersebut, tiba-tiba mata terpandang papan tanda yang sangat popular, yang selalu disebut-sebut dalam blog pencinta jalan-jalan cari makan! Apalagi, dengan penuh teruja kita pun tarik tangan Encik Suami untuk singgah di situ.
 Restoran ini terletak  bersebelahan jalan dengan Restoran Asam Pedas JR. 

Di hadapannya banyak terdapat kedai menjual pelbagai jenis cenderamata dan makanan tradisional Melaka.

Lepas makan bolehlah tinjau-tinjau di sini kalau nak beli apa-apa.
Sebenarnya banyak hidangan lauk-pauk di restoran ini termasuklah deretan asam pedas dengan pelbagai jenis ikan. Tapi hati dan mata lebih tertarik untuk mengambil lauk-pauk di bawah ini, sementara Encik Suami dan anak-anak pula memilih lauk masing-masing.

Ini antara lauk-pauk yang kita pilih, yang kita nak cuba makan. Maklumlah, Encik Suami dan anak-anak bila sampai sini seleranya jadi tak sama dengan selera kita! Dari semalam, ada saja yang dibebelkan.... Ada kalanya turut membantutkan selera kita!  Kita pula, suka mencuba masakan yang belum pernah kita rasa sebelum ini. Di sini lauk-pauk sudah tersedia dalam piring kecil. Kita boleh ambil mana yang berkenan pada selera kita. Yang di atas tu sambal kupang kot.... jenuh juga nak menghabiskannya, sebab anak-anak tak usik.


Yang ini daging salai masak lemak. Dagingnya dihiris nipis tapi terasa agak liat sedikit ketika dikunyah. Kita dengan Encik Suami saja yang berusaha menghabiskannya.

 Ini ayam.... tak ada rasa pedas walaupun nampak macam ayam masak sambal. Anak-anak sangka daging burung sebab saiznya nampak kecil sahaja.

 Kita berminat ambil tempe goreng... cicah dengan sambal belacan! Kita makan berdua dengan Fuad.
 
Tak ambil banyak gambar. Ini sajalah yang ada dalam simpanan.
Harga makanan di sini.... biasalah di tengah-tengah bandar :)


Entri bersambung..... 

1 ulasan:

Othman Zan berkata...

Assalam. Melaka memang bes untuk dilawati.