ADSENSE

Isnin, 6 Julai 2015

Juadah Berbuka Puasa : Sticky Caramel Chicken Wing... rugi kalau tak cuba!

Bila Encik Suami bawa pulang sayap ayam segar, tiba-tiba Amie teringat resepi Sticky Caramel Chicken Wing di dapur ZILA FOREVER. Dah lama sebenarnya Amie nak cuba resepi yang kelihatannya sangat menggoda selera tu! Jadi, petang tadi Amie cuba buat untuk hidangan berbuka puasa. Menjadi juga.... walaupun sebelah tangan lagi masak sayur dan goreng sotong, masak juga Sticky Caramel Chicken Wing. Gambar tak berapa jelas, maklum sajalah hanya tinggal beberapa minit menanti waktu berbuka, suasana pun dah gelap, jadi tangkap sajalah mana yang sempat he he hee...

Resepinya tidaklah sesukar mana. Bahan yang digunakan pun tidak banyak, tapi hasilnya berbaloi-baloi! Bila masuk ke mulut, masih terasa aroma halia cincang yang sebenarnya membangkitkan keenakannya! Resepi ini, menurut Zila asalnya dari Mutiarazura MYR. Terima kasih buat kedua-duanya sebab sudi kongsi resepi yang lazat ini. Amie... memang selalu ketinggalan keretapi! Zila kata resepi ini dah lama, dan sudah popular beberapa tahun yang lalu....


Amie panjangkan resepinya di sini pula...

Bahan-bahan:
12 keping kepak ayam - potong dua
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih  - diketuk
1 sudu besar halia - cincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan madu

Bahan-bahan 12 keping kepak ayam - belah dua jadi 24 2 sudu besar minyak masak 3 ulas bawang putih - diketuk 1 sudu besar halia dicincang 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar kicap 1 sudu besar sos cili 1/4 cawan - 60ml madu

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bahan-bahan 12 keping kepak ayam - belah dua jadi 24 2 sudu besar minyak masak 3 ulas bawang putih - diketuk 1 sudu besar halia dicincang 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar kicap 1 sudu besar sos cili 1/4 cawan - 60ml madu Cara-cara

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bahan-bahan 12 keping kepak ayam - belah dua jadi 24 2 sudu besar minyak masak 3 ulas bawang putih - diketuk 1 sudu besar halia dicincang 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar kicap 1 sudu besar sos cili 1/4 cawan - 60ml madu

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bahan-bahan 12 keping kepak ayam - belah dua jadi 24 2 sudu besar minyak masak 3 ulas bawang putih - diketuk 1 sudu besar halia dicincang 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar kicap 1 sudu besar sos cili 1/4 cawan - 60ml madu

Copy and WIN : http://ow.ly/KNIC
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bawang putih, halia dan kepak ayam, kacau dan goreng selama 5 minit. 
3. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan kemudian tutup kuali.
4. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua kepak masak atau keperang-perangan atau bersalut dengan sos.

Peringatan: Apabila sudah masukkan madu, sos akan berbuih. Jangan takut apabila sos seperti hangit. Apabila sos agak kering dan bersalut pada kepak ia akan jadi melekit seperti ayam barbeku.

Memang rugi kalau tak cuba!
Firdaus... mmmm menjilat bahagian luar kepak ayam! Suka sangat dia dengan rasanya... rasa karamel yang melekit tu!

3 ulasan:

kasihilmar.com berkata...

Looks so delicious!

wanie yahaya berkata...

agak menyelerakan...hihi..
follow my blog... http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com..boleh tukar2 idea dan info..

aiza azreen berkata...

ayam tak perlu goreng dulu ye kak