ADSENSE

Selasa, 30 Jun 2015

Sayur Kai Lan


Dulu, pulang dari sekolah, kami anak-anak tidak pernah bertanya kepada Bonda:
Mak sudah masak?
Mak masak apa hari ini?
Apa yang Amie ingat, Bonda sudah sediakan hidangan tengahari di bawah tudung saji. Kami yang keletihan mengayuh basikal dari sekolah hanya perlu membasuh tangan dan terus duduk bersila untuk menikmati hidangan.
Kami tidak pernah bertanya sebab kami tahu Bonda tidak pernah mengabaikan tugasnya memasak untuk keluarga. Lauk-pauk? Sekurang-kurangnya Bonda akan menyediakan dua menu termasuk ikan dan sayur-sayuran kampung.
Setelah Amie menjadi ibu, Amie akui tugas dan tanggungjawab seorang ibu sebenarnya bukan mudah. Apalagi jika ibu yang berkerjaya. Sudah tentulah perlu bijak mengatur masa antara tugas dan urusan rumahtangga.
Mommy sudah masak?
Mommy masak apa hari ini?
Pertanyaan sebeginilah yang Amie dengar setiap kali Fuad dan Fairuz pulang dari sekolah. Sebab apa? Sebab hidangan belum tersedia di atas meja. Biasanya pada masa itu  Amie sedang kelam-kabut di dapur menyediakan bahan untuk dimasak.
Sesibuk mana pun, Amie sentiasa memastikan hidangan untuk keluarga  akan tersaji untuk dinikmati bersama. Proses memasak sudah semestinya mudah, ringkas tetapi menghasilkan rasa lazat yang tidak terhingga! Bagaimana caranya? Sudah tentulah kita perlu ada pembantu!
Pembantu?
Pembantu rumah?
Oh! Tidak!
Kita hanya perlukan Maggi® CukupRasa™ ....


Inilah rahsia penyelesaian masalah Amie ketika di dapur, terutama di saat kesibukan sedang melanda.  Masaklah apa bahan makanan yang menjadi kegemaran anak-anak, dan olah mengikut cara masakan yang disukai,  kita hanya perlu tambahkan Maggi® CukupRasa yang membuatkan lauk biasa menjadi luar biasa enaknya.   Fuad dan Fairuz tidak perlu menunggu lama di meja makan, kerana hidangan segar dengan aroma yang menggoda selera siap dalam tempoh beberapa minit sahaja!
Amie memang sentiasa mempunyai simpanan   Maggi® CukupRasadalam kabinet dapur.  Maggi® CukupRasa yang diperbuat dengan bawang-bawang segar, garam, ikan bilis dan rempah mampu melazatkan pelbagai sajian untuk keluarga kecil Amie!
Di sini Amie ingin kongsikan resepi berasaskan sayur-sayuran yang mudah untuk disediakan tetapi dengan sentuhan akhir daripada taburan perencah Maggi® CukupRasa, menu ini menjadi begitu istimewa.


Jom kita lihat bagaimana  Maggi® CukupRasa mampu mengubah hidangan berasaskan sayur-sayuran ini menjadi  lebih lazat.

Resepi : Sayur Kai Lan
Bahan-bahan:
400 gram sayur kailan - potong sepanjang 3 cm - potong batang dan daun secara berasingan
5 batang putik jagung - potong serong
1/2 batang lobak merah - hiris bulat
200 gram udang - buang kepala dan kulit, tinggalkan ekor, belah bahagian belakang dan tarik keluar uratnya
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
3 sudu makan minyak
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan udang, lobak merah serta batang kailan. Gaul rata dan masak sehingga udang berubah warna.
3. Kemudian masukkan putik jagung serta daun kailan. Tutup kuali selama 2 minit.
4. Buka penutup kuali dan taburkan perencah Maggi® CukupRasa™

4. Buka penutup kuali dan taburkan perencah Maggi® CukupRasa™


5. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Sangat mudah bukan cara penyediaannya? Sudah tentulah anak-anak rasa tidak sabar untuk menjamahnya. Terhidu aroma bawang segar sahaja sudah cukup mengundang selera untuk menikmati hidangan yang baru diangkat dari dapur.

Mmmmm..... inilah hasil masakan yang tiada tandingan keenakannya! Biarpun menu ringkas namun mampu mengeratkan hubungan kasih sayang antara keluarga. Encik Suami nampak enak meratah sayur kai lan yang rangup, Fuad dan Fairuz sudah tentunya tidak akan meninggalkan sisa makanan di atas pinggan masing-masing.
Mungkinkah pertanyaan yang sering diulang-ulang itu:
Mommy sudah masak?
Mommy masak apa hari ini?
Sebenarnya membawa makna tersirat yang bermaksud anak-anak tidak sabar-sabar untuk menikmati hidangan yang lengkap enak  dengan  Maggi® CukupRasa seperti hidangan yang mereka nikmati sebelum ini?

Jangan lupa gunakan  Maggi® CukupRasa sebagai  perasa lengkap untuk anda sediakan apa juga jenis masakan! Selain menyebarkan aromanya yang tersendiri, ia mampu mengikat hubungan kekeluargaan anda kerana air tangan ibu tidak mungkin dapat dilupakan oleh anak-anak hingga akhir hayat mereka.

8 ulasan:

zila norazila berkata...

Sedap..biasa kailn msk goreng ikn msin jew..wat mcmnepun ok jgk kn

Mas berkata...

mas selalu masak kailan goreng belacan ..
next time nk try goreng mcm akak buat ni .. simple ..tpi menyelerakan ...

kasihilmar.com berkata...

Sayur goreng ni nmpk sedap, boleh meningkat selera makan !

Eny Abdullah berkata...

memang sedap sayur kailan goreng ni.. ditambah pula dengan Maggi CukupRasa.

Kakzakie berkata...

Lagi-lagi sebaik tuang dlm hidangan terus dimakan masih rangup mestilah sedap Amie:)

Gee® berkata...

Waaa.... sedapnya meratah

Amie berkata...

Zila,
resepi yang sangat ringkas... cepat dimasak sedap diratah!

Mas,
memang sedap masak gini Mas, ringkas tapi sodap!

Zanita,
betul tu Zanita.... sekejap je siap!

Amie berkata...

Eny,
dah tak payah nak tambah perasa lain.. dah cukup dah...he hehee.

Kakzakie,
betul tu kak... rangup krupkrap berbunyik dalam mulut.

Gee,
meh sama-sama ratah Gee.