ADSENSE

Jumaat, 18 April 2014

Nasi Goreng Udang Mayonis

 Entri tertunggak.... tapi nak paparkan juga, sebab gambar tak pandai basi kaaann....


Sekarang ni kalau nak masak, kena fikir dua kali sebab yang nak makan bukan empat mulut seperti kebiasaannya, tapi dah bertambah satu lagi! Kalau sebelum ini Amie asingkan masakan, tapi sekarang Firdaus nak makan benda yang sama kami makan. Tak mahu disuap, nak makan sendiri pulak dah! Kakak ipar kata kalau disuap alamat tak mahu makanlah jawabnya. Jadi, bila makan sendiri habis kotor pakaian dan satu badan. Terpaksalah mandi 3 hingga 4 kali sehari.... itu laporan kakak ipar yang jaga budak kecik tu... sejak umur dua hari!
Jadinya... kalau masak nasi goreng terpaksalah lupakan rasa pedasnya! Nasi Goreng Udang Mayonis ni masakan beberapa hari lepas... kaau tak silap masa cuti sekolah.... hari Ahad. Untuk resepi Udang Goreng Mayonis, bolehlah klik DI SINI.


Untuk nasi gorengnya pula, Amie paparkan resepinya di bawah ini.

Resepi : Nasi Goreng Udang Mayonis

Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih
2 sudu makan mayonis
1/2 cawan lobak merah cincang
1 cawan jagung biji
1 labu bawang besar - cincang
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
1 sudu makan kicap cair
3 sudu makan marjerin

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang dan toskan

Cara:
1. Panaskan marjerin. Tumis bahan tumbuk bersama cincangan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan lobak merah dan jagung. Gaul sebati.
3. Tambahkan mayonis dan gaul lagi.
4. Masukkan nasi putih serta kicap cair.
5. Gaul rata dan perasakan dengan serbuk pati ikan bilis.
6. Padamkan api dapur.


Ringkas saja kan? Tapi kalau sukakan rasa nasi goreng yang pedas, bolehlah taburkan hirisan cili padi sebelum menikmatinya, atau kalau rajin bolehlah sediakan sambal belacan serta ulam timun. Amie hidangkan bersama Udang Goreng Mayonis bersama telur rebus dan keropok belinjo.

1 ulasan:

adda syuhada berkata...

sedapnyerrr K.Amie...