ADSENSE

Ahad, 13 April 2014

Udang Goreng Mayonis

Selamat berhujung minggu rakan-rakan pengunjung tersayang...
Amie hidangkan Udang Goreng Mayonis untuk pagi ini.... makan dengan nasi goreng, sebagai alas perut di pagi hari. Maklumlah bila hujung minggu begini bukannya boleh lepak sesuka hati (kalau boleh nak melengkau macam ular sawa je kat atas katil he hehehhe ). Encik Suami dah bangun awal pagi bersama anak-anak bujang yang lain membantu mengemas mana yang patut... di dapur, di halaman sekangkang monyet, di ruang tamu.... pendek kata semua ruang rumah! Dia biarkan saja Amie bersejuk-sejuk peluk Firdaus dalam bilik, aduhai... sebab tak sampai hati itulah terus buang selimut dan buat apa yang patut. Dan sudah tentunya Amie terus ke dapuuurrr.....


Amie teringat ada udang kertas saiz besar dalam peti sejuk. Jadi Amie keluarkan dan rendam nak bagi lembut.  Amie cadang nak goreng saja. Boleh makan dengan nasi goreng. Tapi Amie goreng dengan lidi penyucuknya sekali. Muat pula kuali dengan saiz udang dengan lidi sate untuk goreng terendam. Untuk resepi Udang Goreng Mayonis ini pun Amie main bubuh aje mana yang boleh dibuat pemerap. Meh kita tengok resepinya.

Resepi : Udang Goreng Mayonis

Bahan-bahan:
700 gram udang kertas saiz besar - bersihkan, cuci dan toskan
4 sudu makan mayonis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
minyak
lidi sate secukupnya

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh lada putih

Cara:
1. Gaul mayonis, sos tiram, sos lada hitam dan kicap pekat manis hingga sebati.
2. Masukkan bahan tumbuk dan gaul lagi sekali. Perap seketika.
3. Cucuk seekor udang dengan lidi sate. Lakukan sehingga selesai.
4. Panaskan minyak yang banyak untuk goreng terendam.
5. Goreng udang hingga masak.
6. Angkat dan toskan.


Sesungguhnya Udang Goreng Mayonis enak dimakan begitu saja!

5 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie...sedapnya meratah udang besau ni,puashati!!

adda syuhada berkata...

Sedapnyer K.Amie...

Bbwana adienia berkata...

sedapnya makan udang..

nasa mulia berkata...

takpe kak emie, nanti sya balik kampung sia (sandakan) makan udang banyak2...hehehe

Suzana Ibrahim berkata...

wau...hari-hari makan udang!.terliurnya.